Andainya PAS menang di Bagan Pinang, pasti Chin Peng akan kembali ke Malaysia


Sekiranya pihak tentera memberi undi kepada PAS dalam PRK Bagan Pinang, samalah seperti Angkatan Tentera membenarkan Kepulangan Penganas Komunis bernama Chin Peng yang berpuluhan tahun hidupnya menggambil nyawa askar melayu. Anwar menyokong pulangnya Chin Peng ke Tanah Air, atas alasannya

dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan lah," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi pada 13 jun 2009.

Anwar menganggap Chin Peng sebagai seorang Nasionalis dan Parti Komunis Malaya sebagai satu Sejarah dan ia harus dilihat secara objektif dan (kita) harus megambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita lupakan sahaja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Anwar kata ambil sikap peri kemanusiaan? peri kemanusian kepada sape? dan peri kemanusian untuk apa? untuk meraih undi cina? untuk melukakan hati dan perasaan balu dan bekas anggota tentera dan polis yang dibunuh oleh komunis pimpinan Chin Peng? untuk siapa sebenarnya peri kemanusian tu?

Masa Chin Peng membunuh anggota Tentera dan Polis yang mejoritinya melayu ketika itu, ada dia fikir tentang peri kemanusian? semasa dia mengarahkan pembunuhan seorang Imam Masjid di Tanjung Karang selangor, ada dia fikir tentang peri kamanusian?

Bagaimana pula PAS melalui Nik Ajis boleh mengakui dan menganggap pengkhianat dan petualang negara seperti Chin Peng ini sebagai seorang Nasionalis?

Ingatlah usaha untuk membawa pulang pengganas komunis bernama Chin Peng hanya akan berjaya sekiranya kerajaan Melayu pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dapat di tumbangkan oleh Pakatan Haram, selepas itu jangan katakan Chin Peng akan di bawa pulang, silap-silap Parti Komunis pun di benar ditubuhkan di Malaysia ini, dan Anwar akan menggunakan alasan PERI KEMANUSIAN.

Sejarah Kezaliman Komunis yang di kepalai oleh Chin Peng, kini Chin Peng di angkat sebagai Nasionalis oleh Nik Ajis dan Anwar Ibrahim.

1. Pada 13 Dis 1948, pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.


2. Pada 21 Sept 1949, pengganas komunis di daerah Plentong, Jhr Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan thn ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.


3. Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.


4. Pada 12 Ogos 1949, pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.


5. Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.

Comments

YANG GAMBI said…
Nik Aziz kata 'islle' boleh maafkan puak-puak komunis ini, yang tak boleh 'AMNO' jo...... Anwar memang harap kepala komunis ni dapat balik, kaum kerabat komunis ni dah banyak menanti kat bandar-bandar.......
mudz said…
Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.Kalau UMNO kalah lagi kali ini maka UMNO berada di landasan yang betul untuk mengakhiri riwayatnya.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
Anonymous said…
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

kan lagi bagus kau tulis macam ni, saya tak akan undi umno, walau pun umno letak calon lain selain ts isa, saya tak akan undi umno... kemudian kau bagi la alasan lain untuk menyalahkan umno..

yang sebenarnya kau tu memang tak mau undi umno, cakap je terang-terang, tak perlu berdolak dalih lagi.

pada aku kau tu pengkhianat bangsa.
Orang Muda said…
ya pengkianat bangsa..sesuai dgn dia..
Unknown said…
hahahaha....woi juak2 umno...tahniah la...korang mmg penjilat jamban terbayekk...kalau geng korang pun tak suka mamat yang dihukum atas kesalahan rasuah...korang sokong lagi wat apa...nampak sangat korang sokong rasuah...hahaha...bodoh2 lagi penjilat najis umno nih...

jgn delete post aku...jangan...kasi reply saja...baru panas line
Unknown said…
pengkhianat bangsa la korang dok kobar2 slalu...pembunuh antarabangsa korang diamkan..cuih...korang lagi la pengkhianat lahanat...pengkhianat agama...pengkhianat amanah...pengkhianat bangsa pun dia jugak...wakakaka

jgn delete post aku...kasi reply saja...baru panas line...

bodoh punya orang umno...wakakakak
Unknown said…
KORANG LAH PENGKHIANAT 1MALAYSIA...wakakakakaka...
Anak Perelih said…
baguslah dia balik.... boleh kita bicarakan dia di mahkamah... ni dia dok releks di siam tu apa ke hal????
sakariya said…
MANA LEBIH BAHAYA CHEN PING BALIK MALAYSIA ATAU PEMIMPIM-PEMIMPIN UMNO MELANTAK DUIT RAKYAT MACAM DUIT MAK BAPAK DIA?????????????
-------BOLEH BANKRUP MALAYSIA----

Popular posts from this blog

Naratif Baru PN, YDP AGONG Lantik Orang Tidak SAH Jadi PM

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra