ANWAR PEMBOHONG
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan. Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini. "Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku," katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.
Itulah komen bodoh dari seorang Ketua Pembangkang yang menganggap dirinya lebih cerdik dari orang lain, bekas Menteri Kewangan semasa dalam UMNO-BN, yang mendakwa pakar penasihat kewangan dunia yang kini menjadi barua Yahudi-Amerika. Kerana terlalu gilakan publisiti dan hendak mencari kepincangan pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak petang semalam sehingga dia langsung tak nampak atau buat-buat tidak nampak dan mendengar Dato’ Sri Najib menyebut RM3.7 bilion diperuntukan kepada pasukan keselamatan.
RM3.7 bilion Kerajaan peruntukkan bagi meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.
RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan PDRM selaras dengan sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
RM1.9 bilion peruntukan bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan keselamatan sempadan Negara.
Selebihnya, RM622 juta diperuntukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai persediaan bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun.
Anwar dengan sengaja mengelirukan rakyat dan warga tentera mengenai pembentangan bajet 2010 untuk menarik perhatian anggota tentera kononnya UMNO-BN telah melupakan jasa mereka yang telah memberi kemenangan kepada BN dalam PRK Bagan Pinang.
Itulah perangai manusia yang suka berbohong dan sanggup menipu dan memutarbelit fakta sebenar. tapi malangnya pembohong itu masih lagi disayangi oleh manusia-manusia bingai dalam PAS dan PKR.
Bukti Anwar Pembohong
Comments
apa2 pun dia akan bohong juga!
Dia tak mampu beli buku belanjawan atau
tak nak baca akbar kerajaan kot...
Atau hanya nak tambahkan bahan cerita
sampah kat harakah yg memang dahagakan
berita hentak kerajaan jer