"BERTERIMA KASIHLAH KEPADA CHIN PENG" kata Mat Sabu
Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "gila", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya) Mat Sabu mengatakan bergitu berdasarkan dalil ini, "Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya,"
det tak pasti sama ada Mat Sabu ni dah gila atau dia nak ambik hati orang cina yang masih lagi bersimpati dengan perjuangan komunis tajaan chin peng, ok la selepas det buat berberapa carian, betul Henry Gurney ni pernah bertugas di Palestin dan atas khidmat cemerlang dia di sana, maka kerajaan British menghantar dia bertugas di tanah melayu. ceritanya sekarang ni Henry Gurney dah lama mati, tapi chin peng yang membunuh beribu askar melayu dan orang awam masih lagi hidup, takan hanya kerana jasa dia membunuh Henry Gurney yang kononnya menyembelih rakyat palestin kita nak padamkan segala rekod kekejaman dia keatas bangsa melayu?
Tahukah wahai mat sabu yang chin peng itu ketua pengganas? tahukah wahai mat sabu, di atas arahan chin peng pengganas komunis membunuh polis-polis yang sama bangsa dan sama agama dengan kau di bukit kepong? malah ramai lagi anak melayu dan tok-tok imam menjadi mangsa anak buah chin peng yang langsung tidak berperikemanusian itu.
Masih berani kau minta orang melayu berterima kasih kepada Chin Peng? mat sabu kau sebenarnya dah gila, kau minta orang melayu berterima kasih pada bapa segala pengganas. sah mat sabu dah gila.
Baru-baru ini dalam satu forum "Sistem Dua Parti di Malaysia, anjuran PSM (Parti Sosialis Malaysia) pada 14 November lepas, mat sabu secara tampa berselindung bersetuju dengan prinsip yang ditulis oleh Karl Marx yang kini menjadi pegangan utama penganut fahaman komunis, yang mana" Prinsip Ateisme, tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu yang menghayalkan manusia.
Agama Islam adalah candu yang menghayalkan manusia? beristifar dan megucaplah semula kalimah syahadah mat sabu oii.... takkan agama yang dijamin Allah ini kamu ibaratkan seperti candu yang boleh menghayalkan manusia, det tak mahu mempertikaikan iman mat sabu ini, tapi sekiranya mat sabu atau anak buahnya terbaca tulisan det, korang bawak la pesan dengan mat sabu tu, suruh dia mengucap balik, det bimbang kalau dia mati dia tak sempat mengucap dan tarik balik apa yang dia kata hari tu.
Cukuplah di malaysia ni ada orang-orang seperti Hishamuddin Rais dan Dr. Syed Hussin Ali yang bergitu tok-tok pegangannya pada fahaman komunis janganlah di tambah seorang dua lagi.
Comments
ni lah perderhaka namanya. sumbat mangkuk gemuk ni dlm isa ajar sejarah walau pun tau dia ni buat2 buta sejarah..harap2 otak dia boleh waras n smbil2 tu bleh la kurus sket