The Star Proksi Chin Peng?


Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia (Ahad 6 Disember 2009) bekas Panglima Pemerintahan Medan Tentera Darat Lt. Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said (hero sauk) telah memberikan pandangan yang amat penting untuk perhatian Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia tentang siapa yang ada dibelakang usaha menghidupkan kembali isu untuk membenarkan bekas ketua komunis Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

Pekara ini gagal untuk dihidu oleh Menteri Dalam Negeri dan ia dilihat sebagai suatu usaha dari parti komponen BN untuk melemahkan lagi kerajaan yang sudah lemah dengan matlamat terakhir, melenyapkan kuasa Melayu dan Islam di negara ini.

Lt Jen. Zaini yang berpengalaman memburu Chin Peng dalam hutan berpendapat bahawa Chin Peng mungkin sebahagian daripada strateji kelompok tertentu menjadikan isunya bagi membuktikan orang Melayu dan Islam tidak berlaku adil.

Sentimen dan prejudis ini memang telah berjaya dikocakan oleh akhbar Inggeris The Star dan akhbar akhbar Cina yang mengambil kesempatan dari kedudukan kerajaan sekarang yang lemah.

Datuk Seri Zaini menegaskan" kerajaan kita ketika ini lemah. Apa juga isu yang boleh menimbulkan masalah yang memeningkan kerajaaan yang boleh membuktikan orang Melayu dan Islam tidak adil maka akan dilontarkan. Chin Peng mungkin adalah sebahagian daripada strateji itu dan ia gunakan oleh kelompok tertentu."

Siapakah yang pertama sekali melontar isu ini setelah Mahakamah Tinggi membuat keputusan muktamat mengharamkan kepulangan Chin Peng yang dengannya menyebabkan seluruh rakyat beranggapan isu itu telah tamat ?

Bukankah akhbar yang didukong oleh MCA sendiri iaitu The Star yang menghantar wartawan watawannya untuk menginterviu Ching Peng di Thailand dan menasihatkan pula supaya Chin Peng meminta maaf kepada rakyat Malaysia untuk menimbulkan simpati kepadanya?

Berita minta maaf inilah yang dibesarkan oleh The Star dan dipetik oleh berberapa akhbar Cina lainnya lalu dipromosikan oleh mereka sehingga menghidupkan semula isu itu tetapi kemudiannya Chin Peng sendiri merasa terhina dan memberikan penjelasan bahawa permohonan maaf itu adalah bersyarat kerana dia seorang pejuang.( ini diperkecil kecilkan oleh The Star)

Siapakah yang menjadi anasir surbesif yang mengapikan isu ini sebagai isu perkauman sehingga menimbulkan perpecahan antara rakyat?.(Akhbar The Star mempersoalkan kenapa seorang pejuang jihad Nordin Mat Top dibenarkan dibawa pulang)

Masalah besar kita ialah kita mempunyai Menteri Dalam Negeri yang tidak sensitif dan tidak cekap untuk dapat menghidu kejahatan ini sebaliknya lebih bijak untuk menunjukam kompromi bagi memenangi perasaan bukan Melayu.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh The Star adalah plan strateji untuk melemahkan Barisan Nasional dan kerana itu usaha mengwujudkan 1Malaysia gagasan Datuk Najib Perdana Menteri Malaysia mestilah diperangi secara bijak.

Seorang yang tidak berpengalaman seperti Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang tidak mungkin dapat merasakan ini dan akan terus tertipu dengan kelicinan dan kebijaksanaan The Star yang lebih bijak dari menteri.

Comments

Anonymous said…
nak salahkan sape?
the star?,
mca? atau
chin peng?
Anonymous said…
Punca kesalahan adalah terletak kapada dasar terbukaan TUNdull yang buka pintu luas pada tahun 2004,
Pada semua bolih asal kan dia dapat apa yang di idamkan dan juga asal jangan kacau menantu punye periok nasi(besar pulak tu.)
Bukti nya ....Mac 2008.
Menteri dalam negeri suka bagi amaran demi amaran demi amaran atas sifat ape ....
Star sah anti islam anti melayu dan dapat perlindungan ,maka tak heiran lah....
Salah sapa..
salah orang kita juga
changkat lobak
arjuna waspada.
Anonymous said…
tu.....orang yang cium keris tu..cium aje keris tapi tak bertindak menikam pun...

cium aje le keris tu..sampai keris tu berkarat dek nafas awak yang berbau busuk...
Hayati said…
kalau baca the star banyak menunjukkan berita pembangkang..itu pun masih kata bn control media. the star memang racist..tengoklah collumn pembaca..berita anti melayu anti kerajaan aje yang banyak di siarkan.. asyik dok salahkan polis. rumah masuk pencuri, kena langgar semua salahkan polis..the star mcm suratkabar komplen..KDN takan tutup mata?
Anonymous said…
Amat berharap supaya DSH mempunyai kewibawaan dan pandangan jauh seperti Megat Junit. Ni lah susah nyer bila ada Menteri Dalam Negeri yang jalan nyer "KEPIT"


hadie jawa
Anonymous said…
LEMBIK! LEMBIK! LEMBIK! NGALAH SOTONG. CAKAP PUN BERBELIT-BELIT. HARAP JANGAN JADI SI KITUL DAH LE
Anonymous said…
salam DET,
saya ingat the current Home Minister kena tukar ke Kementerian yg sharizat pegang.lembik le dia

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.