Najib: Cina Hulu Selangor Pun Nak Calon Melayu.
Seperti yang det janjikan semalam, ini lah dia klip video yang sempat det rakamkan ketika det dan gap pergi ke hulu selangor pagi semalam, kami terjumpa dengan seorang cina yang sanggup untuk di temu bual oleh kami mengenai isu calon parti dan bangsa apa yang paling layak untuk mewakili bn di sana, lalu terkeluarlah segala cerita suka duka politik hulu selangor.
Dengan mendengar cerita dari pada penduduk asal hulu selangor itu, maka ini menguatkan lagi hujah kami yang memang kompom pengundi hulu selangor mahukan seorang calon melayu dari umno untuk bertanding di sana, tapi apa boleh buat, najib lebih mementingkan semangat muafakat bn dari suara dan harapan penduduk hulu selangor.
Dengan mendengar cerita dari pada penduduk asal hulu selangor itu, maka ini menguatkan lagi hujah kami yang memang kompom pengundi hulu selangor mahukan seorang calon melayu dari umno untuk bertanding di sana, tapi apa boleh buat, najib lebih mementingkan semangat muafakat bn dari suara dan harapan penduduk hulu selangor.
Selogan 1 malaysia, 'rakyat di dahulukan' cuma sekadar retorik politik najib, dalam kes prk hulu selangor ini ayat 'rakyat di dahulukan' kini sudah boleh di tukar kepada 'mic di dahulukan'. ikuti penjelasan otai cina hulu selangor namanya ah chew kenapa mereka nak sangat calon melayu dari umno untuk bertanding di situ.
HARAP MAAF, AUDIO INI KURANG JELAS KERANA IA DI RAKAM DI TEMPAT TERBUKA DAN KUALITI KAMERA KAMI TIDAK SETANDING KAMERA MILIK TV3 ATAU RTM. SILA KUATKAN VOLUME ANDA.
Comments
Bro, semalam kat SACC aku pun rasa kecewa juga. dan dari air muka orang2 umno dalam dewan pun aku tengok rase kurang senang dengan keputusan DSN.
Minum pagi tadi dgn uncle guard taman rumah aku ,seorang india. Dia sokong kalau letak calun UMNO. Dia cakap, PM mesti kasi ajar sikit sama Itu samy vellu.
Tapi buat sabaq en.det, DSN kata. Kalah BN bermakna, UMNO/MIC/MCA/GERAKAN pun kalah. So, lu pikir la sendiri. Kerja kuat.
maaf mengganggu..
hahahahahh,19990x
Aku agak keliru dengan cara ko tonggengkan gambar DSNTR. Tetapi apa-apa halpun sebagai blogger aku hormati pandangan blogger lain walapun tak semestinya aku bersetuju.
Aku faham dengan harapan yang terlalu memuncak dari kita-kita yang telah lama bersengkang mata, memerah otak, memercik peluh, menghabis pitih bagi mencari maklumat terus dari akar umbi. Syabas! Tetapi janganlah kerana hanya satu usaha dari satu keadaan kita terus stunt kepada kesimpulan total, takut kesimpulan kita tu umpama tilam usang tak berspring..dushh!
Banyak maklumat yang aku kutip di maya, kerana belum sempat turun ke sna lagi. Harap dapat berkongsi maklumat dan perasaan yang berdetik di nurani pengundi di Hulu Selangor bila di sana nanti, InsyaAllah.
AKU: Ada ketika aku kuat menyokong UMNO, adakala ada ketika ada masa ada suasana ada keadaan aku kena menyokong BN, kerana Pengerusi BN adalah DSNTR....
det juga.