Alhamdulilah...Shah Alam Terselamat Dari Jadi Pusat Kristian.


Alhamdulilah syukur, perkara yang aku risaukan sangat ni akhirnya di batalkan, hari tu aku buat satu posting bertajuk 'Bandar Shah Alam Jadi Pusat Kristian' (klik sini)yang mana satu kumpulan gereja yang dikenali sebagai gereja grace kebaktian bm shah alam nak buat eventnya di shah alam yang mana bandarnya di huni lebih 70% umat Islam, apa yang peliknya kenapa event tu nak di buat di kawasan yang ramai orang Islam?

Syukur artikel aku di sambut oleh PERKASA daerah petaling, pada 16 ogos 2010, PERKASA daerah petaling telah menghantar satu memo bantahan kepada pengerusi MAIS dan pengurusan sacc tempat dimana berlangsungnya event kristian itu, (klik sini) dan PERKASA juga ada membuat laporan polis berhubung satu artikel yang di siarkan dalam laman web gereja grace itu yang bertajuk 'kenapa kami berada di shah alam' tulisan pastor joseph marcose, tapi malangnya artikel itu telah ghaib dari laman web itu.

Dan semalam aku terbaca dalam laman web malaysian insider (klik sini) yang pengerusi siera management sdn. bhd., syarikat yang menguruskan sacc, datuk muhammad adan telah mengesahkan yang event anjuran gereja grace itu telah dibatalkan.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada PERKASA daerah petaling kerana aku yakin dengan usaha merekalah event itu di batalkan. Terima Kasih PERKASA.

Comments

luncai said…
Kenapa diorang tak buat kat kota bharu aje?Mesti nik aziz bagi restu punya.Oh ya diorang nak buat kat shah alam mesti atas restu khalid gereja.Khalid kan mesra gitu dengan father2 semua ni.
Tahniah Perkasa teruskan jihad anda membasmi kemungkaran. Hanya Allah yang akan menghitung jihad anda di bulan Ramadhan ini.
Allahuakbar!!!
pak joni said…
teman dengor berite asalnye kalid gereja ade juge cadang nak di buat dekat Ulu Kelang, kawasan Azmin, tapi rimau belang kat zoo negara tak bagi le pulak.

Nganggu teman nak tido-kata pak blang
Gerakan Timur said…
Tahniah bro... Teruskan perjuangan, Gerakan Timur akan terus menyokong usaha murni ini. Mohon izin cilok posting ini dilinkan ke blog Gerakan Timur.

Terima kasih.
joecharlie said…
cubaan pertama Kristianisasi Gagal sila KITA PANTAU aktibti gereja ini berterusan.
Anonymous said…
habislah Perkasa..Father Khalid Samad mesti marah kat korang nnt..
hanizam said…
eloklah dibatalkan...memang nampak kebodohan PAKATAN bila perintah selangor...semua nak dibuat ikut sedap rasa je...

dulu cadangan nak guna duit zakat, ni konsert tajaan gereja pulak...

kalau diteruskan jugak, MB selangor & exconya, pengurusan MBSA serta staff, pengurusan SACC semua akan dapat saham...

kenape sarjan Hassan tak bising benda ni...YB Parlimen shah alam pun 1 muangkuk tingkat, sepatutnya tegahlah dari awal jangan buat konsert ni kat kawasan melayu...

ni makin menggalakkan...

maner perginya YB-YB PAS, melarang perkara ni pun ibadat gak...takan sebab nak cari modal politik baru nak buat?? tapi macam join sama je bila benda ni berlaku...

malang betul dapat YB macam ni...nak liberal pun, biarlah bertempat...

buat je konsert sebelah rumah YB PAS, ape macam??ada berani??

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID