Hebatnya Anwar, Sampaikan Polis Datang Opisnya Untuk Ambil Keterangan.


Kebiasaannya bila seseorang itu di kehendaki memberi keterangan kepada pihak polis, maka orang itu diminta untuk hadir ke balai polis dan keterangannya akan di ambil, setahu aku itu prosidur biasa pihak polis untuk mengambil keterangan.

Tetapi dalam kes gambar sultan johor ni, agak istimewa sikit, polis sanggup datang ke pejabat pkr di tropicana untuk megambil keterangan daripada anwar, kenapa polis tak arahkan anwar datang ke balai sahaja? apa special nya manusia yang bernama anwar ibrahim ni, kalau tak silap aku ini kali ke-dua polis datang berlutut jumpa anwar di pejabatnya.

Lepas tu, boleh pulak ramai-ramai berlonggok duduk dalam bilik tempat di mana keterangan itu di ambil, gambar dari malaysiakini menunjukan chua jui meng pun turut sama duduk di sebelah anwar ketika keterangan anwar di ambil, boleh ke macam tu? siap duduk dalam bilik ada cermin lagi, senang untuk reporter ambik gambar, setahu aku kalau ada dua orang yang polis nak ambik keterangannya polis akan panggil seorang demi seorang masuk ke bilik bukannya dua-dua sekali dalam satu masa, itu prosidur biasa.

Lepas ni aku sarankan pada korang, kalau polis nak ambil korang punya keterangan korang suruh je la polis tu datang ke rumah atau ke pejabat korang atau kat mana-mana kedai mamak, kalau polis kata tak boleh, korang kata la 'anwar boleh buat, kenapa saya tak boleh'... mane perginya kredibiliti polis?

Comments

hangkedee said…
Wa punya ada tak ada mmaaaaaaaa
Anonymous said…
Biasalah... Boss polisi skrg ni kan Si Menteri Amaran... Awwwww!!!!
usin said…
polis dh kena jampi dah. pelik la kalo laporan ko ni betul. hebat, hebat. nak kata apa lagi. anu-war ni terhebat. salahpun buleh buat polis mcm ni, kalau betul, aku x tau dia nak suruh polis dtg mcmana. datang merangkak barangkali. kita tengok lepas ni, aku nak tengok ada org kuar mahkamah menangis sambil mengesot.. benci aku, BENCI!!!

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.