Sekali Lagi Kerajaan Selangor Sabotaj Projek Rakyat.

Kenyataan datuk seri noh omar mengenai projek pembangunan pertanian bersepadu (IADA) barat laut selangor.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyuarakan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri Selangor yang dianggapnya gagal melihat kepentingan rakyat dalam projek menaik taraf terusan feeder dan projek kolam takungan air di kawasan Barat Laut Selangor.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang membawa masuk pelbagai projek ke Selangor, dengan menyediakan tapak untuk pelaksanaan projek-projek berkenaan."Sebaliknya 15 jentera bagi menjalankan projek di barat laut Selangor baru-baru ini disita, dan kontraktor terpaksa bayar denda RM150,000 untuk mendapatkan kembali jentera mereka," katanya. menurutnya pelaksana projek itu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut turut diminta membayar gantirugi RM650,000 kerana dikatakan menebang pokok-pokok di kawasan Hutan Simpan Raja Musa dan Sungai Karang tanpa kebenaran.


Selain itu beliau berkata kementerian perlu membayar sejumlah RM200,000 setahun untuk mendapatkan permit bagi melakukan kerja-kerja pembangunan kolam takungan air dan menaiktaraf terusan itu. Noh berkata pihaknya akan memastikan projek itu terus dilaksanakan, dan menurutnya pihak IADA sebelum ini pernah berhubung dengan agensi kerajaan negeri untuk mendapatkan permit, tetapi mereka tidak mendapat sebarang jawapan.

"Pembangunan terpaksa dijalankan kerana segala peruntukan kementerian untuk pembangunan pertanian di Selangor perlu diselesaikan sebelum Oktober ini jika tidak lebihan wang daripada projek yang tidak dapat disiapkan itu terpaksa diserahkan kembali kepada perbendaharaan, katanya.

Bernama.

Comments

dah tebang pokok dalam kawasan hutan simpan..memang menyalahi Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985...

memang patut pun kena denda...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID