Ahli PAS Parlimen Larut Sertai UMNO.

gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan, tidak ada kena mengena dengan artikel ini..


Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. "Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah..Harap yang lain sedar.
pacat said…
Semakin aku bangga dengan PERAK!!!
Anonymous said…
SLM BRO..STETMEN KOMAN WALLY CABOK KATE YG KUAR PARTI TU DH KENE BELI. CUMA X TAU BAPE JUTA DIA NK SEBUT
Anonymous said…
harakah kata itu lakonan UMNO jee..

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

PRU 13: Calon BN Dun Batu Tiga Tenang Menjawab Soalan Dari Penyokong PAS...