Dah 3 Tahun Gereja Gay Beroperasi Di Malaysia Secara Senyap

Apabila paderi homoseksual tunggal Malaysia mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan gereja 'gay' atau 'sesama jenis lelaki' yang pertama di negara ini, beliau dihujani pelbagai kritikan dan bidasan.

Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.

Menurut lapporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.

Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.

"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi,” katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.

"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'.”

Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka “tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.”

Comments

Anonymous said…
mungkin gereja gay tu dapat perlindungan dari anwar ibrahim atau khalid samad kutt
Anonymous said…
wartawannnn, apa lagi, minta statement dari 2 tokoh terkemuka iaitu nik aziz dan anwar ibrahim..cepat, rugi tak tanya..saya rasa pandangan diorang akan bernas dan mencapai tahap iq orang genius lagi sekali
Anonymous said…
lantak depa la...lagi pun ramai org kristian percaya jesus christ tu gay.jesus tu bukan nabi isa ya..jgn campur adukan!
d said…
Salam Perjuangan,

JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi mengunjungi blog kami...

Kami amat teruja dengan pengendalian blog anda dengan artikel2 yg amat bernas..

Semoga kita dapat berkongsi idea dalam memantapkan blog buat tatapan masyarakat.

Kami berharap agar pihak saudara dapat mempromosi blog kami ini..

Kami tlh linkkan blog anda di dalam blog pilihan di blog kami..

SEKIAN, SALAM KASIH DARI,

Melayu CinDia
Wakil blogger2 Gelombang Rakyat
http://perkasapetaling.blogspot.com said…
Tantawi dan N.ajis sepatutnya pergi serang dan cuci benda-benda ni bukan asyik berpolitik siang berpolitik malam. Itupun politik suku, agama suku. Ikut mana yang boleh dapat untung politik. Yang bab Agama, itu tolak tepi dulu sebab hok politik belum dapat! Itu pasallah kapir laknat berani berleluasa, sebab yg melayunya asyik berpolitik! Kalau dia ikut agama, dia akan berjihad bantu kerajaan yg dipimpin Islam dan tolong buat kerja-kerja banteras dan mendidik sementara kerajaan buat kerja-kerja tadbir dan urus. MasyaAllah!
Anonymous said…
NMPKNYE LPAS NI KHALID GONJOL KENE LA RAJIN2 PAKAI LIPSTIK KLU NAK BERTAKZIRAH DLM GEREJA TU NANTI KEHKEHKEH >|D
karok said…
'Gay' dalam kamus bermaksud orang peramah, liberal, senang bercampur.

Kan indah bunyinya. Ada tiga perkara itu anda sudah ahli gay hehehe.

Liberal itu kuncinya. "bebas tanpa sekatan" dalam pergaulan.
Anonymous said…
entah lah apa nak jadi dengan dunia skg nii...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.