KANTOI: Anwar Kantoi Besar-Besaran Semalam.




Selepas wan azizah kantoi kerana tidak dapat menunjukan pada wartawan jam omega yang kononnya ada pada dia, kini giliran anwar pulak kantoi besar semalam, anwar mula meracau-racau bila seorang wartawan pompuan menanyakan soalan pasal jam tu, korang boleh tengok sendiri macam mana anwar berhempas pulas berpusing-pusing nak jawab soalan yang pada aku cukup mudah untuk di jawab.

Kenapa anwar tak divert kan balik soalan tu pada wan azizah, kalau aku jadi anwar, aku akan tanya balik "apa yang wan azizah jawab masa pc hari tu," sudah tentu wartawan akan kata "wan azizah kata jam tu ada dalam simpanannya" dan anwar seharusnya menjawab macam ni "kalau wan azizah kata ada dalam simpanannya buat apa u tanya saya lagi" senang je kan jawapan anwar untuk patahkan hujah wartawan tu, tapi malangnya kenapa anwar berpusing-pusing nak jawab? tak terfikir ke dia nak jawab macam tu, pada aku biase la orang tengah kelam kabut, panic dan celaru otaknya, mana boleh fikir.

Memang nampak sangat anwar kelamkabut bila wartawan tanya soalan tu, mungkin dia tak sangka, itu pasal dia sampai meroyan tak tentu pasal pusing pulak cerita kes altantuya dengan datuk najib, kaitkan umno dan tuduh wartawan tu sebagai perkakas umno, ni apa punya orang ni... kesian anwar, dia nampak kelamkabut.

Korang tengok lah video tu, korang buatlah penilaian sendiri, orang tak bersalah tak perlu kelamkabut dan emosi untuk menjawab soalan, tak buat kata tak buat, kalau jam tu ada kata je jam tu ada, tak payah divert cerita kut lain.

Comments

pacat said…
betul tu bro.. tak profesional langsung! macam nie nak jadi PM? memang tak layak langsung...
Anonymous said…
wartawan tu bukan perkakas umno...tapi pencacai kepada umno//termasuk blogger paria ni...
WARISAN said…
Wahai saudara, janganlah marah dengan mengatakan wartawan pencacai kepada UMNO dan kepada Blogger tersebut, cuba berastafar, berfikir, Allah dah tunjukkan semua kemungkaran Anwar, masih nak tutup mata, pekakkan telinga, saya rasa saudara masih ketinggalan dan tidak mahu menerima hakikat, wartawan itu bertanya atas haknya sebagai wartawan, kalau pemimpin pujaan saudara tidak dapat menjawab dengan soalan mudah tersebut, maka berfikirlah, mesti ada yang tidak kena dengannya, Allah maha kaya pasti jua kebenaran terbongkar dan saudara jangan lah menuduh pihak lain untuk membela pemimpin pujaan saudara.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.