Cerita Tentang Pejabat PKR Yang Nak Kena Lelong...


DENGAN kos ubahsuai, hiasan dalaman, peralatan pejabat dan sistem keselamatan yang katanya lebih RM3 juta,mesti ada istimewa dengan ibu pejabat PKR di Merchant Square Tropicana yang riuh nak kena lelong itu.

Sumber memberitahu Agendadaily, apa yang paling menarik pada bangunan warna coklat dengan papan tanda besar bertulis KEADILAN boleh dilihat oleh sesiapa yang keluar masuk Tol Damansara itu ialah tingkat empat yang menempatkan pejabat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tingkat empatdari dalam lif diekses dengan menekan butang 3A, keluar saja dari lif, kita akan jumpa pintu kaca yang nak masuk mesti ada pas khas atau dibuka oleh penyambut tetamu yang ada meja depan pintu.

Masuk saja nampak penyambut tetamu dulu, tidak jauh darinya ada lounge menunggu yang menempatkan aquarium kosong, kononnya ikan dalam tu selalu mati, jadi ia dibiarkan kosong sahaja.

Di sebelah kanan lounge sebuah bilik yang digunakan oleh pembantu Anwar, sebelah kiri ada satu bilik mesyuarat untuk kegunaan maksimum sepuluh orang. Di sebelah bilik itu ada sebuah lagi bilik mesyuarat yang eksklusif untuk perbincangan dengan tetamu penting ketua umum PKR itu.

"Bilik mesyuarat eksklusif ini mempunyai sistem keselamatan yang hebat, antaranya kalis bunyi, bertujuan apa saja perbincangan di dalam tidak boleh didengar orang luar," katanya.

Bagi setiap orang yang hendak ke bilik Anwar, ia mesti melalui dulu, bilik ketua staf, bersama pasukan pentadbirannya yang disediakan working station untuk 4 orang.

Oh, sebelum terlupa, seluruh ruang pejabat ketua umum itu dihias menggunakan konsep moden kontemporari.

Apabila kita melangkah masuk ke bilik Anwar, sebelah kanan ada pintu, yang kalau dibuka menempatkan bilik tidur -sebuah katil bujang dengan tilam mahal dan bantal empuk, juga bilik air peribadi. Ini bilik dalam bilik yang digunakan untuk ketua pembangkang itu berehat.

Tidak ada sofa dalam bilik, hanya ada meja dan kerusi untuk Anwar juga tetamu. Di sebelah kiri, ada lagi pintu, yang menjadi ekses kepada bilik mesyuarat eksklusif tadi.

"Bilik ini digelar bilik mesyuarat meja bulat, untuk kegunaan 12 ke 15 orang pada satu-satu masa. Hanya bila ada perjumpaan dengan tetamu penting sahaja digunakan,"katanya.

Pejabat presiden dan timbalannya di tingkat tiga bangunan tersebut, manakala tingkat dua pula pejabat setiausaha agung dan staf pentadbiran parti, selain pejabat Ketua Wanita dan Ketua AMK.

Tingkat dua hingga empat dilengkapi dengan sistem keselamatan dan nak masuk memang kena ada pas khas.

Tingkat satu pejabat keahlian dan kegunaan orang ramai yang datang mengadu hal. Selain itu juga menempatkan bilik mesyuarat utama yang juga digunakan sebagai bilik sidang media.

Melihat kepada berapa banyak perbelanjaan yang dihabiskan untuk pejabat ini, malang jika ia benar-benar dilelong 9 Jun ini, dan lebih malang jika PKR gagal untuk membidanya.

Tidak mustahil, jika bangunan ini terlepas, ada yang berminat untuk menyewanya.

Dengar cerita parti KITA pun tengah mencari-cari lokasi sesuai buat pejabat.

Rumah presiden parti itu,Datuk Zaid Ibrahim pun terletak tidak jauh dari bangunan berkenaan.

sumber: agenda daily

Comments

ANACONDA said…
BILIK UNTUK MENUTUH JANTAN & BETINA TAK ADA KE...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.