Cerita Di Sebalik Pembangunan Tapak Penjara Pudu..


Kalau kita tengok plan uda holdings macam mana dia nak mencorakan bangunan bukit bintang city centre, jelas nampak pihak uda holdings memang nak tolong dan majukan ekonomi orang melayu, siapa yang tak teruja boleh meniaga di kawasan segi tiga emas kuala lumpur, di sekeliling kawasan tu, sewa untuk satu tapak meniaga boleh mencecah belasan ribu ringgit, sudah tentu peniaga melayu tak ada kemampuan untuk meniaga di situ, uda holding datang untuk memberi peluang kepada orang melayu berniaga di kawasan itu.

Jadi bila dengar sahaja uda holding nak buat bangunan kat situ, maka banyaklah juga syarikat-syarikat bumiputra ali baba dan yang betul-betul nak buat projek tu datang nak menempel nakkan juga projek tu, kat sinilah timbul cerita tak puas hati dan blaa blaa blaa... korang bayangkan syarikat naza ttdi pun tak mampu nak buat projek yang di cadangkan oleh oleh uda holding, padahal syarikat naza ttdi tu bukan kecik anak punya syarikat, mereka pun tak mampu nak buat projek tu inikan pulak syarikit yang di miliki oleh musa syeikh fadil?

Jadi bila tiada syarikat dalam malaysia yang boleh buat projek mengikut apa yang di hendakkan oleh uda holdings, maka uda holdings pun membuka la peluang itu kepada syarikat asing, maka adalah sebuah syarikat dari negara cina berminat untuk melabur dan membangunkan tapak bekas penjara pudu itu sesuai dengan kehendak uda holdings, kita kena paham, syarikat dari negara cina tu bukan syarikat apek lempang, tapi syarikat itu adalah syarikat milik penuh kerajaan negara cina, so tak timbul la nanti cerita syarikat yang uda holdings lantik tu syarikat ali baba...

Jadi itu sebapnya datuk najib pergi ke negara cina, aku di pahamkan najib ke cina untuk deal mengenai projek tapak bekas penjara pudu untuk di jadikan bukit bintang city centre.

Comments

Anonymous said…
Apa yang pasti dari projek ini?

Dari awal lagi orang Melayu dah dilihat dipihak yang rugi, baik dari segi kontraktornya, baik dari segi ruang niaganya, dan baik dari segi moralnya sekalipun

Walau apa pun alasan yang UDA berikan, ia tetap memberi tempias kepada muka muka orang Melayu

Tidak bolehkah kita bangunkan kawasan tersebut mengikut kemampuan kita? Baik dari segi kontraktornya, ruang niaganya,ATAU adakah jika diberikan kepada melayu maka labanya tak besar, komisyen juga kecil?

Apalah maknanya gah dimata tetapi orang melayu cuma boleh melihat dan bercerita sahaja?

Berbeza dengan bekas kelab lumba kuda yang dijadikan "KL Twin Towers", bekas tapak penjara pudu ini milik UDA ,, untuk apa UDA itu?

Biarlah Lim Goh Tong, Ananda, atau siapa sahaja Tycoon bukan melayu nak bina apa sekali pun, tapi UDA ini punya peranan yang berbeda

Siapa tak nak untung BESAR, tetapi apalah maknanya keuntungan itu jika hanya segelintir Melayu sahaja yang menikmatinya?

Melayu Melayu,

Ikut resmi China, jangan kata buat, kita nak beli rumah mereka bina pun susah!!! mujurlah ada kuota , itu pun kadang kadang disonglap juga...
Sniper said…
hah...tu lah melayu...
MJ guevera said…
Jangan salah anggap dgn apa yg nak aku katakan...ini adalah benar walaupun pahit dn loya utk kita semua telan....tunjukkan aku sebuah pusat perniagaan Melayu yg GAH ..kalau ada pun yg paling hebat adalah kompleks PKNS Shah Alam(itu pun cekik darah).kita org melayu hanya layak berniaga di bazaar shj..berniaga di bazaar adalah benar2 kuasa ekonomi Melayu...jd aku lebih suka kalau UDA membina bangunan yg lebih kemelayuan(Bazaar) dr membina bangunan yg hebat2 tp at last kaum lain yg meraih untung.....konsepkan satu bazaar yg menarik, ianyan pasti berjaya..

kita susah nak berjaya kerana konsep perniagaan yg mengambil utg lebih 150% telah di kuasai oleh org cina...derang ada persatuan yg kuat, berniaga tak jujur dan boleh buat dosa sesuka hati..camne kita nak berlawan dgn mereka?
maaf kalau aku menyinggung tp ini adalah fakta benar. Syarikat2 melayu yg besar toksah nak di harapla....depa tu lebih suka tolong bangsa lain dr tolong org melayu.....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID