Merakyatkan Ekonomi Selangor Gagal, Selangorku Retorik Baru Untuk Bodohkan Rakyat.
"Merakyatkan ekonomi selangor" satu slogan bodoh yang ternyata gagal sepanjang tempoh pkr memerintah selangor, gagal merakyatkan ekonomi rakyat yang di rakyatkan hanyalah ekonomi kroni-kroni pkr dan adun-adun pkr di semua cabang-cabang di selangor. nak tengok betul ke tidak pkr hanya merakyatkan ekonomi kroni-kroni mereka, ada seorang adun pkr selangor mampu membeli sebuah rumah banglow berharga 1.78 juta di kawasan kota kemuning.
Aku sebagai rakyat selangor tak nampak apa ekonomi yang rakyat selangor dapat, toll di semua highway di selangor masih juga kerajaan negeri tak kurang kan, jangan nak berdalih, kerajaan negeri selangor ada 30 peratus syer dalam semua syarikat toll di selangor, kalau betul kerajaan selangor nak tolong rakyat, mereka boleh tolak keuntungan dari syer mereka untuk membantu rakyat.
Janji untuk buat perumahan rakyat mampu milik masih tak nampak, tapi perumahan mewah yang berharga 600 ribu ke atas makin berlambak-berlambak, pemberian elaun untuk suri rumah dan anak-anak yang belajar di tadika hanyalah retorik, pemberian saguhati untuk pelajar yang berjaya masuk universiti di susahkan permohonannya, ada di satu kawasan di hulu selangor, borang permohonan untuk saguhati itu mestilah di sertakan dengan kad keahlian pkr, pas atau dap, kepala bapak dia...
Bila slogan bodoh "merakyatkan ekonomi selangor" gagal sama-sekali, maka khalid menukar pula slogan yang sekali lagi mampu untuk menipu rakyat selangor, slogan "selangorku" akan di lancarkan pada 24 julai ini di stadium melawati shah alam, kalau sambutan ulang tahun ke 40 yayasan selangor boleh menelan belanja sebanyak 1 juta, agak-agak untuk sambuatan dan pelancaran slogan bodoh ni berapa agaknya ??? mungkin ke lebih dari 1 juta...???
Comments
Terlalu banyak masalah membabitkan Pimpinan Tertinggi UMNO sekarang. Kenapa perlu pertahankan Pimpinan Tertinggi yang sebenarnya 'Lybility' kepada kita? Sebelum UMNO ditolak terus oleh Golongan 'Atas Pagar', lebih baik 'Pimpinan Tertinggi' berkenaan berundur secara Terhormat.
Ayuh bersama Gerakan 'M4PM' - Selamatkan UMNO,Selamatkan Malaysia'!
ak yg rakyat sgor pun tau pkr dok setel mslh bn yg dlu punye.dgn ex MB khir x stel2 kes mhkmh umah 3.5juta.padahal lon 3 juta wat utk rakyat kan bguih.bau dok pgg sepenggal mcm 2 peelnye.pengundi mude mcm ak ingat la sume ni time pru13 ni
nampak gaya selangor lebih advance. EKONOMI terus dirakyatkan. dulu masa PAS menang di terengganu pun org cakap hutang bekas MB tinggal banyak, walhal bila BN pegang balik hutang makin bertambah. siap timbul isu BALAK lagi.
bukankah dulu ANWAR pernah kata ramai pelabur-pelabur dari arab sedang menunggu untuk melabur di negeri selangor apabila PR menang. mana pergi semua pelabur-pelabur arab tu semua? kenapa tak guna duit tu untuk bayar hutang. PR kan pandai SPIN. SPIN lah semua pak arab tu. hehe..
KORUPSI bukan hanya di dalam UMNO/BN. dalam PR pun ada. tapi kenapa hanya timbul isu KORUPSI bila perkara tersebut melibatkan kerajaan? sebab otak penyokong PR telah diSPIN di dalam ceramah-ceramah dorang. orang melayu ni pulak jenis malas membaca. mula lah kena KENCING sampai hancing. soal hukum korang nak tentang, tapi IQRA' tak mau. kan ke ayat pertama yang Allah turunkan pada Rasulullah melalui Jibril tu. mukjizat Rasulullah tu.. BACA & FAHAM betul-betul tentang hal ehwal semasa. jangan jadi bebal menonong percaya pada si PEMBOHONG. zaman skrg BOHONG dah jadi satu MAINAN demi KUASA & WANG!