Tiada Lagi Rundingan, Buat Jugak Kompom ISA.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak lagi berminat berunding atau berbincang dengan mana-mana penganjur perhimpunan pada 9 Julai ini selepas nasihat diberikan kepada pemimpin masing-masing sejak kelmarin dan semalam.
Mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Timbalan ketua polis negara berkata tindakan itu diambil selepas cubaan untuk 'berlembut' atau menggunakan pendekatan berhemah seperti penerangan dan penjelasan mengenai kesan perhimpunan itu gagal dan menemui jalan buntu.
Dalam pertemuan dengan pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan haram kami beri penerangan dan penjelasan mengenai kebimbangan peniaga, pengusaha pelancongan dan orang ramai terhadap perancangan mereka untuk meneruskan perhimpunan itu.
"Hasil pertemuan itu, mereka (pihak penganjur perhimpunan) ingin juga meneruskan perhimpunan. Kami telah beri penerangan dan penjelasan, mereka masih mahu meneruskan, jadi kami akan gunakan apa juga peruntukan undang-undang yang ada untuk pastikan perhimpunan ini tidak diteruskan.
"Kami telah putuskan bahawa tidak ada lagi rundingan yang akan dibuat dengan mana-mana pihak. Kami sudah beri amaran sebelum ni, bahawa kami tidak akan benarkan perhimpunan diadakan," dan jika perhimpunan itu diteruskan, PDRM akan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada di negara ini termasuk menahan peserta perhimpunan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ambiga berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.
komen aku: cayalah pdrm... kami rakyat marhaen yang cintakan keamanan menyokong apa juga tindakan pdrm dan kami akan berdiri teguh belakang pdrm, buat lah apa pun, guna lah akta apa pun yang rakyat harap, perhimpunan haram tu di batalkan dan negara tidak huru hara.
Comments