Kuota Bumiputra Di Hapuskan... Adakah Ini Idea Nazir Razak ???


Kenapa kuota bumi di hapuskan di saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13? siapa punya idea ni? adakah ini solid idea najib atau idea penasihat-penasihat najib yang sengaja nak tengok melayu memberontak memaki hamun bn.

Sudahkah melayu bersedia hidup tampa 30% kuota itu? melayu seperti nazir razak, mohzani mahathir, syed mokhtar sudah tentu mampu harungi kehidupan tampa 30% kuota tu, tapi melayu pekerja kilang, pekerja pendawaian, penghantar surat mampu ke nak harungi hidup tampa kuota 30% ?

Sepatutnya najib bukan menghapuskan kuota 30% tu, sebaliknya kuota itu harus di tambah memandangkan sekarang ini populasi orang melayu semakin hari semakin bertambah.

Menghapuskan 30% kuota bumi samalah seperti menghapuskan DEB dasar yang pernah di buat oleh tun razak, adakah idea menghapuskan kuota 30% ini adalah idea nazir?

Aku teringat, pada tahun lepas, nazir pernah menyarankan kerajaan supaya menghapuskan DEB, kerana pada pendapatnya, DEB telah menyimpang dari tujuan asalnya, korang boleh baca kenyataan nazir tu di sini. pada aku si nazir ni boleh la cakap apa yang dia nak cakap pasal dia ni beranak atas duit, celik-celik mata je dia dah kaya, tapi orang macam kita ni apa cerita...???

Kata najib “Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” aku nak tanya, apa jaminannya???

Najib kena kaji balik untuk hapuskan 30% kuota, belum terlambat untuk najib tarik balik keputusan tu...

Comments

Mae said…
Najib kata hanya Melayu yang pintar-pintar saja yang layak. Siapa nanti Melayu yang pintar-pintar ? Anak beranak dia, kaum keluarga dia, kawan-kawan dia, geng-geng dia, kot.
Anonymous said…
pooooraaaah
Anonymous said…
tanam tebu dibibir, ayat berbelit belit, janji macam macam, sepet juga yg untung....
Anonymous said…
Kuota bumiputra dihapuskan !, apa kata pada PRU13 nanti bumiputra pula gunakan kuasa undi mereka hapuskan/singkirkan orang yg menghapuskan kuotanya.
Anonymous said…
NAJIB SENGAJA CARI PASAL LA TU..
Lt Kdr (B) Kasim bin Awang said…
Najib perlu diganti dengan orang lain sebelum nasi menjadi bubur. PERKASA perlu didaftarkan sebagai parti politik. Semua orang Melayu perlu undi PERKASA dankita kena pastikan wakil PERKASA perlu lebih ramai di dewan rakyat.
oldman said…
Rakyat di dahulukan..negara di utamakan anak branak,rakan toulan dikayakan...hidup Melayu walau pun tingal cawat.....
Anonymous said…
Mmg dah nmpk dasar najib nak amik kaum laen.....!Najib cuba bermain api dgn kaum melayu......so mmg betol jika ada group seperti penawar yg mahukan najib undur.....
Najib dan Rosmah dah jadi api didlm masyarakat org melayu....
Anonymous said…
Kuota tetap perlu dan tidak patut dihapuskan sepenuhnya. Mungkin boleh dikurangkan atau cari mekanisma yg lain?

Ini kerana status ekonomi Melayu dan Bumiputra yg lain masih belum benar2 kukuh, tak seperti bangsa lain. Tambahan pula ini merupakan bangsa tunjang dan terbesar negara.

Bukan semua anak2 Melayu dan Bumi (saya merujuk kepada Sabah dan Sarawak) yg tidak berpelajaran kerana mereka bodoh. Tapi antara faktor utama ialah kemiskinan jadi sukar untuk mereka belajar tinggi2.

Saya harap kerajaan pimpinan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak yg saya hormati tidak terlalu ghairah menarik undi bangsa2 lain yg tidak menikmati hak yg serupa.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.