Mereka Memang Tak Suka Lihat Melayu Jadi Kaya...

Perhimpunan agung umno akan bermula dengan wanita, pemuda dan puteri akan bersidang dulu, makin dekat dengan perhimpunan agung umno, maki kuat jugalah cerita pasal NFC, dah banyak kali aku tulis, NFC bukan satu isu besar, kegagalan jabatan audit negara menilai projek itu dan kegagalan kementerian pertanian memberi laporan lengkap kepada audit menjadikan isu itu panas berapi.

Pkr dalam kongress nya pun dok cerita pasal isu itu, seolah-olah dengan isu itu mereka boleh jatuhkan kerajaan, sebok dengan isu NFC sampaikan mereka lupa yang kongress tahunan mereka tu sepatutnya membincangkan hala tuju parti selepas anwar ibrahim masuk penjara dan kemana pemimpin mereka nak pergi selepas tewas pilihanraya umum nanti.

Sekali lagi aku nak ingatkan, NFC tak ada isu, beli kondo pakai duit yang dipinjam dari bank bukan isu, pergi haji dikatakan pakai duit syarikat lagi lah bukan isu besar, suami shahrizat jadi ceo syarikat NFC pun bukan isu, pasal abang khalid ibrahim pun jadi pengarah urusan untuk syarikat kumpulan semesta yang menjalankan kerja korek pasir di selangor.

Yang menjadi isu ialah, bila ada orang melayu yang dengki dengan kejayaan orang melayu lain, mereka berasa sakit hati bila melihat melayu jadi kaya raya, pada mereka, melayu tak boleh jadi jutawan, pada mereka, melayu tak boleh meniaga besar-besar dan melayu tak boleh lebih hebat perniagaannya dari orang cina, asal ada melayu yang kaya dan menjadi jutawan, mereka ini akan cop sebagai kroni, percaya bulat-bulat apa sahaja yang si cina katakan walau pun yang bagi maklumat tu, ada kes pecah amanah, tak ke bodoh namanya tu.

NFC bukan lagi isu yang boleh pkr jaja kehulu kehilir, apa yang pkr kena fokuskan sebelum pru ini ialah, macam mana nasib parti itu nak hadapi pilihanraya sekiranya anwar masuk penjara dan apa akan jadi pada pkr sekiranya mereka tewas di kesemua kerusi parlimen dan dun nanti.


Comments

Anonymous said…
laknat kamu cuba bagi ke aku duit
tu kaya aku. dasar umno bonggok bagi kroni kata bagus kepala hotak engkau bagus

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID