Kenapa Kerajaan PAS Kelantan Tak Kawal Pelombong Haram...???


Apabila Utusan Malaysia mendedahkan kewujudan lombong emas haram di beberapa lokasi di Kelantan, ramai yang terkejut tidak menyangka yang negeri tersebut turut menyimpan hasil bumi yang berharga.

Bagi sesetengah penyokong PAS pula mereka memanipulasi pendedahan tersebut sebagai bukti negeri Kelantan berada dibawah rahmat Illahi kerana dikurniakan hasil galian mineral bernilai tinggi.

Tanpa mereka sedari, sejarah perlombongan emas di Kelantan sudah bermula berkurun lamanya dan bukannya mineral berharga itu hanya timbul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Tapi biasalah, standard pemikiran penyokong dan pemimpin PAS sentiasa gemar bermain propaganda untuk menggambarkan dirinya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t hingga lupa pada hakikat realiti.

Bukan satu rahsia pun, sejak beratus tahun lalu terdapat banyak lombong emas di seluruh negara dan hingga kini masih ada berbelas-belas lagi lombong emas yang masih aktif termasuklah 5 darinya berada di selatan Kelantan.

Daripada keseluruhan baki lombong yang masih aktif itu, lombong di Penjom, Kuala Lipis Pahang adalah lombong emas yang terbesar dan menghasilkan hampir 95% daripada keseluruhan pengeluaran emas negara.

Walaupun dari segi pengeluaran dan rezab emas, Kelantan jauh tertinggal di belakang Pahang, sebenarnya jika urus tadbir dapat dilaksanakan dengan telus dan amanah tentu saja hasilnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negeri.

Tapi sayang, gara-gara kelemahan akal dan ketidakcekapan pemimpin PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 22 tahun lalu, hasil bumi bernilai seperti emas menjadi santapan rakus pelombong haram yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan negeri.

Tak mustahil selain berlakunya rasuah dikalangan kakitangan kerajaan negeri, ada kemungkinan kegiatan perlombongan emas haram itu turut mendapat keizinan dan perlindungan pemimpin negeri tertentu yang mendapat laba kemewahan hasil kegiatan tersebut.

Langkah segera SPRM melakukan serbuan ke atas lombong tersebut selepas pendedahannya di laporkan oleh Utusan Malaysia merupakan langkah yang tepat bagi mengekang gejala rasuah yang pastinya merupakan punca utama lombong haram tersebut bebas beroperasi bertahun-tahun lamanya.

Comments

Anonymous said…
pasal perangai pemimpin pas pun macam haram jadah juga.
Anonymous said…
Takut hilang kerusi & tak tahu urus hasil negeri.asyik politik tahap bingung.
ahli umno 124 ..... said…
salam, kalau tuan ada menziarahi kota baru tuan akan nampak berpuluh2 kedai emas milik org melayu - saya bangga dengan keadaan itu. pahang walaupun pengeluar emas 95% NEGARA tlg tuan tunjukkan kedai emas melayu di pahang, maaf cakap yang ada sikit2 tu pun dibawa dari kelantan. jika dibandingkan kedai emas melayu KB masih tak terlawan olih seluruh kedai emas melayu seluroh malaysia. pikir2 lah kalau bercakap.
jawa pekat selangor said…
tuan 4;47 dan tuan 7;54. salam sejahtera. tuan2 bercakap serupa pepatah melayu kata 'kokok berderai2 ekor bergelumang tahi' saya bangga cara pas kelantan membangunkan ekonomi rakyatnya. mari tengok kedai emas melayu kota bharu dan bandingkan kedai emas melayu seluroh selangor... kesian saya tengok cara pemikiran umno selangor.
Unknown said…
Baguslah kalau Kelantan ada emas..cuma ditadbir dengan cara yang lebih effisien agar semua dapat manfaatnya..dah tahu ada pelombong haram..ambillah tindakan..
http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/07/emas-kelantanpelombong-yang-rakus.html

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID