Konflik Gaza, Malaysia Mungkin Hantar Tentera Pengaman...



Malaysia mungkin menghantar pasukan pengaman ke wilayah Palestin di Gaza jika terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghulurkan bantuan keselamatan di wilayah bergolak itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun masih belum ada perbincangan ke arah itu, namun Malaysia boleh memberi kerjasama kepada badan dunia tersebut.

"Bergantung kepada PBB, daripada rekod yang kita miliki melalui Pasukan Interim PBB di Lebanon (Unifil), Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Filipina dan sebagainya, pasukan tentera kita terbukti mampu memberi hasil yang positif.

"Dalam masa sama, Majlis Keselamatan PBB perlu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraan ke atas wilayah Palestin tersebut melalui gencatan senjata," katanya.

Komen aku: Apa pula keputusan anwar selepas tahu tun mahathir nak bantu penduduk gaza dengan menyumbangkan makan dan perubatan melalui pgpf dan angkatan tentera malaysia bersedia untuk jadi pengaman di kawasan bergolak itu, anwar tak mahu hantar jinggay 13 ke gaza ke???

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID