Kenapa Guan Eng Melompat Bila Najib Nak Bina 20 Ribu Rumah Mampu Milik Di Penang...



Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.

Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.

Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.

Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.

Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.

Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.

Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.

Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR). 

Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN. 

Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.

Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Comments

Anonymous said…
Tengok muka apik nie...teringat muka bapak dia !!!
Bapak dia lah yang mencetuskan riot antara melayu dengan cina pada 13/5/1969.
Anonymous said…
sebab harga rm 300k tu lani pun bersepah kat penang, tak perlu tunggu harga mampu milik.
SALAM TUAN, MOHON DIPAUTKAN LINK BLOG KAMI DALAM BLOGROLL TUAN. TERIMA KASIH. http://shahalamrebels.blogspot.com/
Anonymous said…
macamana LGE tak lompat, malah terguling ketawa dan cirit birit lagi. Najib ni betul la maharaja lawak punya PM. Ade lak nak buat rumah mampu milik sampai 20000 unit. Harga rm 300k. sapa yg mampu milik........kecuali mamak umno je kot. Aku pun gelak sampai terkencing wa cakap lu. Dulu pm mahadeath, pun tak leh nak buat......sekarang punya la nak tipu orang melayu.....janji macam2. Over desperate lah ameno ni.
Anonymous said…
Memang patut pun PM buat rumah mampu milik bukan sahaja di Penang malah di Selangor. Pada tahun 1988 harga rumah PKNS di Seksyen 19 Shah Alam untuk unit dua tingkat 4 bilik adalah RM 90 ribu. Pada tahun 2007 rumah PKNS di Seksyen 7 dijual harga RM 280 ribu. Tetapi harga melambung naik bila PKR ambil aleh Selangor. Rumah PKNS yang di jual di Seksyen 19 Shah Alam pada Disember 2012 berharga RM 520 ribu. Berapa ramai Melayu yang terutama yang muda2 sanggup membeli rumah begini mahal?. Sepatutnya PKNS membantu orang Melayu. Bila cukai pintu tidak dibayar begitu banyak kain rentang dipasang MBSA di kawasan Shah Alam untuk sita premis yang tidak bayar cukai pintu.
Anonymous said…
Ya setuju!!!
Anonymous said…
Jagan le emo der!!

I sokong najib. Bn tak tipu!
Anonymous said…
Bn still the best!
Anonymous said…
D.a.p not good!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID