Posts

Showing posts from January, 2013

MESTI BACA: BTN Sabotaj Najib Disaat Pilihanraya Makin Dekat...

Image
Pengarah BTN menukarkan pegawainya hanya dengan memberi notis 48 jam, akibatnya, ramai pegawai BTN yang di transfer itu tidak dapat buat persediaan sebagai contoh, nak cari rumah sewa, nak daftar anak sekolah, bini nak tukar tempat kerja dan mereka berhadapan seribu satu masaalah lain lagi.... Aku bagi korang link artikel penuh mengenai sabotaj BTN terhadap najib, klik sini Published with Blogger-droid v2.0.6

TERDESAK: DAP Cuba Pinang Anak Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan...

Image
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda. "Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini. "Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya dalam satu ceramah di sini malam ini. Tunku Abdul Aziz berkata beli...

RCI Sabah: Jual IC Agenda Peribadi Tak Kena Mengena Dengan SPR...

Image
Mohd nasir sungip namanya tiba-tiba meletup dalam isu rci sabah, tapi siapa mohd nasir sungip ini...? sehinggakan pembangkan menggambarkan seolah-olah dia hero kepada mereka. Mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) telah mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok satu operasi bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi. dari tahun 1992-1995, tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR. sumber: malaysiakini Betul ke spr suruh jabatan pemdaftaran negara beri ic biru kepada pendatang supaya mereka boleh mengundi...?  Mari kita baca dua keterangan dari bakas-bekas pegawai jabatan pendaftaran yang telah di panggil memberi keterangan dalam inkuari itu... Bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu ...

Pecat Ustaz Nasa, Karpal Bagi Nik Ajis Hadiah Sebijik Kek...

Image
Karpal jemput nik ajis ke rumahnya bukan kerana nak sambut birthday nik ajis, tapi untuk meraikan pemecatan ustaz nasa dari menjadi ahli jawatankuasa majlis syura pas. Ada orang kata karpal jemput nik ajis pasal nak raikan birthday nik ajis, pada aku itu tak logik pasal nik ajis tak suka sambut birthday, sedangkan umat islam nak sambut hari kelahiran Rasulullah pun nik ajis itu perbuatan bidaah dan mengarut inikan pulak dia sendiri nak sambut hari lahirnya sendiri...

Adakah Hadi, Anwar Dan Azmin Lebih Kristian Dari BS Poh...???

Image
Seorang pendakwah kristian bernama bs poh merayu pengikut agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible. Katanya tidak ada sesiapa memaksa kristian menggunakan kalimah Allah, "Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," "Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya. Nampaknya anwar, hadi dan azmin lebih cintakan kristian dari agamanya sendiri iaitu Islam...

Majlis Syura PAS Ibarat Anjing Menyalak Bukit...

Image
Mana pergi maruah dan kredibiliti ulama dalam majlis syura pas bila seorang jantan dayus berani menolak mentah-mentah keputusan yang di buat oleh mereka...

Confirm Bakal Calon Pakatan Terdiri Dari Kaki Rasuah...

Image
Tien chua bertegas tidak akan memberikan senarai bakal calon pakatan kepada pihak sprm untuk di saring terlebih dahulu, kata tien chua, kerja sprm ialah tangkap perasuah, bukan bantu ahli politik pilih calon... Kenapa tien chua cuak bila sprm nak membantu pakatan untuk memstikan calon-calon mereka bersih dari rasuah...?? Bukan ke dengan bantuan dari sprm lebih memudahkan kerja pakatan dalam memilih calon yang benar-bernar bersih? atau mereka ada agenda lain, sebab itu mereka menolak bantuan sprm...

Kata Khalid "65 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Pakatan"

Image
Kata khalid dalam satu forum syok sendiri sesama pemimpin pakatan, "keyakinan rakyat selangor terhadap kerajaan negeri pakatan semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh mereka" Soalan aku pada khalid, apakah rakyat selangor bodoh nak beri keyakinan mereka pada pakatan setelah 4 tahun mereka di tipu hidup-hidup oleh rejim khalid dan pakatan??? Janji-janji dalam manifesto masih banyak yang belum tertunai, masaalah air masih belum selesai, elaun untuk ibu tunggal dan elaun untuk anak pra sekolah seperti yang di janjikan dalam manifesto belum sesen pun kerajaan selangor bayar pada mereka dan banyak lagi masaalah seperti sampah, longkang, pertumbuhan rumah urut dan pusat perjudian di selangor kian menjadi jadi banyaknya. Takan rakyat selangor buta mata kut...? khalid nak tipu sapa sebenarnya nie...? 

Anwar Muntah Darah, Ribuan Sambut Najib Di KLIA...

Image
PM selamat tiba di balai bunga raya klia tepat jam 11.10 pagi (ikut jam kamera aku) beliau di sambut oleh ribuan rakyat yang hadir sejak dari jam 8 pagi tadi, turut sama hadir menyambut kepulangan pm ialah, tan sri muhyiddin yasin dan isteri, mantan perdana menteri, tun dr mahathir dan tun siti hasmah dan berberapa pemimpin umno dan parti komponen bn...

Perkataan Allah Sekadar Terjemahan...??

Image
Video Dari Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013... Tolong dengar sampai habis, boleh di gunakan untuk melawan dakyah pakatan yang bersetuju supaya kalimah Allah di gunakan oleh kafir kristian...

Antara Anwar & Najib...

Image
Najib berkata... Dia mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke sini kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin. "Justeru saya lakukan lawatan ini yang dianggap bersejarah memandangkan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia melawat Palestin," katanya. Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Perdana Menteri berkata, Malaysia mengagumi keberanian dan ketabahan rakyat Palestin dalam berhadapan dengan kekejaman Israel. Anwar pula...  "I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar Jadi mana satu ...

RENCANA: Orang Bisnes Tabik Polis

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara ‘dihenyak’ perhimpunan Bersih 3.0. Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis. Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia. Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ‘‘...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika." Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama. Dengan kesimpulan yang sama, Ahmad Faris tetap menaruh kepercayaan y...

Petunjuk Pentadbiran Syaitan Berkepala Tiga...

Image
Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.    Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.    Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.    Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatk...

Sampai Bila Haron Din Nak Berdiam Diri...???

Image
Ulasan haron din sewaktu gelombang pertama permintaan kristian guna kalimah Allah cukup cantik, sampaikan banyak parasit-parasit dalam pas tak senang duduk dengan ulasan dan kupasan dari beliau korang boleh tengok video di bawah... Tapi kenapa akhir-akhir ini, haron din senyap diam seribu bahasa...??? adakah haron din pun termakan juga pujuk rayu anwar yang mungkin menjanjikan haron din jawatan menteri sekiranya pakatan perintah malaysia...??? Sampai bila haron din nak berdiam diri...???

Hampir 17 Juta Umat Islam Malaysia Kufur & Syirik Kerana Hadi Awang...

Image
Tak susah untuk dap mengkufur dan mensyirik kan umat islam di malaysia, buka sahaja cerita pasal kalimah Allah, maka akan ada lembu-lembu belaan mereka akan bersuara buka mulut bersetuju dengan permintaan dap... Bak kata haron din dalam videonya dulu, jatuh kufur dan syirik kita sebagai umat Islam kalau membenarkan orang kafir kristian menggunakan kalimah Allah untuk agama mereka... Nah sekarang, dap tak perlu keluarkan satu sen pun untuk kufurkan umat islam, cukup dengan memberikan hadi awang sehelai kertas kenyataan media untuk dia baca, tapi mungkin sebelum itu, anwar mungkin berjanji dengan hadi awang, bahawa satu jawatan menteri kabinet akan di berikan kepada dia sekiranya pakatan haram perintah malaysia... Kenapa hadi di pilih untuk baca kenyataan media itu??? kenapa tidak mat sabu atau pemimpin pas lain..??? ada berberapa sebab kenapa dap beri tanggung jawab itu kepada hadi, pertama kerana hadi bodoh, kedua, kerana hadi gila nak jadi menteri, jadi menteri apa pu...

Kenapa Hadi Takut Buat Sidang Media...???

Image
Hadi dengan angkuh mengatakan dia akan pertahankan keputusan majlis syura pas yang melarang menggunakan kalimah Allah oleh orang kafir di malaysia, tapi dalam angkuh-angkuh hadi tu ada bodohnya juga, kenapa kenyataan hadi tu di keluarkan oleh setiausaha politiknya, bukan dari mulut hadi sendiri...??? klik sini. Ini menunjukan yang hadi masih mempertahankan kenyataan yang dia baca sewaktu sidang media bersama anwar dan kit siang tempoh hari, kalau betul seperti apa yang di katakan oleh supol hadi tu, dah tentu hadi akan buat satu sidang media mempertahankan keputusan majlis syura... Tapi mana sidang media hadi??? dengan pakatan kau boleh bersama dalam sidang media untuk benarkan kalimah Allah orang kafir gunakan, tapi untuk pertahankan keputusan yang di buat oleh majlis syura parti dia sendiri, takan suruh supol ko yang jawab...

Anwar Menangis Baca Kenyataan Ini...

Image
Berbulu je anwar bila himpunan kl 112 jadi tak ubah macam ceramah perdana, anwar lebih berbulu bila pihak polis tak buat roadblock pada hari itu... Plan nak buat provokasi terhadap polis tak menjadi, plan nak huru-harakan kuala lumpur tak jadi, plan nak tumbuk polis tak jadi... Tahniah PDRM... anda memang cool...

Terbaik Dari Tun Mahathir...

Image
Antara jawapan tun m ketika di gasak oleh wartawan mengenai isu pemberian kerakyatan di sabah (RCI) yang di mainkan oleh oleh pembangkang terutama DAP. " Zaman Tunku dulu sejuta warga asing diberi taraf kewarganegaraan di Semenanjung, kenapa itu boleh ? " Beranikah kit siang, tony pua, karpal dan lain-lain pemimpin pembangkang yang mana datuk, nenek, mak atau bapak mereka dulu dapat kerakyatan di zaman tunku abdul rahman menyanggah apa yang tun m cakap tu...???

Isu Kalimah Allah, PKR Tolak Keputusan Majlis Syura PAS

Image
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan. "Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. "Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini. Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada...

Fathul Bari Jawab Fitnah Pembangkang...

Image
Bersama ini aku lampirkan berberapa dokumen yang berkaitan dengan isu ini...

Suara Keadilan Bengang Harakah Daily Play Safe...

Image
Tulisan aku tak panjang kali nie, cuba mintak korang buat sedikit perbandingan mutu berita dari agensi media asing dan portal penjilat pakatan, aku sengaja tak mau ambik portal berita dalam negara, nanti akan ada yang kata berita mereka berat sebelah, so aku ambil berita luar... Al-Jazeera lapor 45 ribu... Channel News Asia lapor 50 ribu... Suarakeadilan lapor 500 ribu... Roketkini lapor 100 ribu... Harakah Daily play safe lapor ratusan ribu...

Korang Semua Kena Tipu Dengan TV3, RTM, Utusan & Berita Harian...

Image
Apa yang di laporkan oleh media arus perdana semuanya bohong, palsu, pasu, tipu...tipu..tipu.. malah al-jazeera pun dah terikut sama pandai menipu... Gambar terbaru yang aku dapat pandang dari udara menunjukan memang 1 juta orang telah berkumpul di stadium merdeka, jumlah yang di tulis oleh media arus perdana tak betul, sengaja nak malukan mat sabu yang telah bersusah payah menggumpulkan orang... Bukan senang wooi nak muatkan 1 juta orang dalam stadium merdeka, tapi berkat usaha dan kesabaran mat sabu and the gang, mereka berjaya juga sumbat lebih 1 juta rakyat malaysia... Aku bukan cakap kosong la bro, aku pun goyang tengok gambar di bawah nie, bertapa istiqamahnya penyokong pakatan sampaikan atas bumbung stadium pun mereka sanggup duduk hanya semata-mata nak dengar amanat dari hadi dan anwar....

Penyokong Pakatan Bertumbuk Kerana Shamsidar...???

Image
Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas. Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. gambar hiasan Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita. Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO. Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaj...

Flip Flop Pemimpin Pas Isu Kalimah Allah...

Image
Ini kenyataan nik ajis minggu lepas, tak sampai seminggu dia boleh pusing cerita lain pulak, dalam kenyataan dia tu, dia kata dia akan menerima apa sahaja keputusan yang di buat oleh majlis syura pas... Persoalannya ialah, kenapa pandai-pandai buat kenyataan tampa merujuk kepada majlis syura dulu ? bukan ke dengan mengeluarkan kenyataan sebodoh ini boleh mengelirukan umat Islam...

Himpunan KL 112 Talian Hayat Pakatan, Al Jazeera Kata 45 Ribu Je Yang Hadir

Image
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri. Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya. Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya. Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung. Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terda...

Isu Kalimah ALLAH: Hasan Ali Cabar Anwar Keluar Kenyataan...

Image
KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH Syabas dan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai Kalimah Allah. Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab agama mereka kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk Agama Islam. Ianya tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah. Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari. Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa halatuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya. Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan...

Sudah Tiba Masanya Kita Perangi PAS Habis-Habisan...

Image
Majlis syura pas kata, "boleh pakai tapi tak boleh terjemahkan" Apa lagi yang kita umat Islam nak harapkan pada pas? duit balu mangsa memali pun depa seleweng, kerana amanat hadi, keluarga jadi tunggang langgang, porak peranda selama bertahun tahun dan yang terbaru, kepimpinan pas memperjudikan akidah umat Islam di malaysia dengan membenarkan KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH... Pas tak ada beza dengan pkr, pas mereka sanggup menganjing demi kepentingan politik, dalam mesyuarat majlis syura pas yang di anggotai oleh ulama-ulama yang kononnya cukup mahir dalam ilmu agama bersepakat dan bersetuju kalimah Allah boleh di guna pakai oleh kristian, yakni boleh di sebut dalam pertuturan tapi tidak boleh di terjemah... Adakah majlis syura pas boleh jamin mereka tidak akan terjemah perkataan Allah itu merujuk kepada tuhan mereka??? aku yakin kalau perkara nie jadi kalut satu masa nanti, kerajaan persekutuan jugalah yang akan pas salahkan... Mungkin ada betulnya cakap seor...

Orang Pakat Blah Bila Hadi Awang Berucap...

Image
Pelek, semasa penceramah lain berucap penonton duduk melekat kat padang. Tapi bila Hadi Awang bercucap sebelum Anwar Ibrahim, ramai juga penonton yang mula angkat punggong dan keluar dari stadium. Apa hal nya? Tak kan tak boleh tunggu sekejap saja lagi. Sia sia saja bangun pagi dan berarak jauh jauh tapi tak dapat manafaat sepenuhnya dari ceramah dan pesanan pemimpin pemimpin tertinggi. Adakah ini suatu fenomena atau perkembangan terbaru yang saya baru terperasan? 

Sembahyang Tak Ikut Kiblat, Pembangkang Kata Itu Sandiwara SB

Image
Asal kantoi je mesti salahkan orang lain, asal kantoi je orang yang lain yang disalahkan, itulah perangai pembangkang, dari pemimpin sampailah ke cai-cai upahan dalam facebooker, semuanya cuba cover kebodohan yang sudah terserlah... Ada berberapa komentar dalam facebook semalam mengatakan bukan peserta perhimpunan sebenarnya yang bersembahyang di atas padang stadium itu, tapi itu adalah sekumpulan anggota polis yang berpakaian seperti mereka... Konon kata komentar itu, pihak polis buat provokasi cara baru, dah tak buat kecoh lagi, cukup buat benda bodoh untuk burukan mereka... Tapi aku yakin, yang sembahyang tu puak-puak pakatan, pasal biase la depa nie, bab solat mesti nak poyo, suke menunjuk kat orang, jalan berbatu-batu boleh, nak menapak pi masjid negara pun tak larat ke??? padahal bukan jauh pun, kalau betul la niat nak bersolat...

Antara Tuntutan Paling Class Masa Himpunan KL 112...

Image
Himpunan kl 112 adalah kesinambungan pada perhimpunan bersih, depa tahu, kalau pakai nama perhimpunan bersih 4.0 atau 5.0, orang tak mau datang pasal dap dah buat palat, apa moto perhimpunan bersih " free and fair election" tapi dap buat palat, sampaikan undi pada pemilihan parti depa pun boleh tersilap kira... dah dua minggu baru perasan... Tuntutan pada himpunan kl 112 sama seperti tuntutan bersih, bersihkan daftar pemilih, minta lebih hari tempoh berkempen dan lain-lain... Tapi ada satu tuntutan yang paling class dalam himpunan tu... korang tengok apa yang mamat nie tuntut...

Sebab Utama Himpunan KL 112 Berjaya...

Image
Antara penyebab utama himpunan KL112 berjaya mengumpul 1 juta rakyat tak lain ialah kerana daya tarikan terbaru uniform muslimat pas dan ahli-ahli nisa juga daripada pas, mereka terpaksa mengubah sedikit penampilan mereka untuk menarik 1 juta crowd, mereka tak kisah untuk melakukan sedikit pengorbanan....

Belum Apa-Apa Lagi, Kenderaan JPJ Jadi Mangsa Pertama...

Image
Kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak. Persoalannya...?? kenapa kenderaan itu di bakar? kenapa kenderaan itu di terbalikan...?? Adakah mereka nak tunjukan sikap ganas mereka yang akan di terjemahkan pada hari nie...???

Punca Sebenar Depa Nak Berhimpun Di KL Esok...

Image
Depa nak desak mahkamah untuk tarik balik keputusan untuk memanggil shamsidar taharin (isteri azmin ali) sebagai saksi utama dalam kes anwar saman nallakarupan... Kenapa depa takut sangat kalau shamsidar jadi saksi dalam kes itu...??? hanya anwar dan nalla sahaja yang mampu menjawab...

Secara Automatik PAS Terkafir Di Sebabkan Buku Jingga...

Image
Ok korang baca balik amanat hadi dajjal tu, dulu dia kata dia kafirkan umno pasal umno mengekekalkan perlembagaan penjajah... Kemudian korang baca pulak deklarasi yang tertulis dalam buku jingga yang di persetujui dan di tandatangan oleh hadi dajjal, dalam buku itu terang-terang di sebutkan "pakatan rakyat meletakan perlembagaan persekutuan sebagai kompas perjuangan" dan juga ditulis "dasar pakatan rakyat no.1, mempertahankan perlembagaan persekutuan. Pas bersama-sama mempertahankan perlembagan persekutuan yang suatu masa dulu hadi dajjal pernah mengkafirkan siapa yang mengekal dan mengikut perlembagan itu... Maka bermula dari tarikh hadi awang tanda tangan perjanjian dalam buku jingga maka pas secara automatik menjadi sebuah parti kafir....

Kerajaan PAS Kedah Jadi Lembu DAP...

Image
Kalau undang-undang kecil pun pas tak boleh nak buat, macam mana nak buat hukum hudud...???

Hasan Ali Istihar Perang Terhadap PAS...

Image
Say no to pas... Say no to pas... Say no to pas...

Hadi Sokong Kristian Guna Kalimah ALLAH, Apa Kata Majlis Syura PAS & Dewan Ulama...???

Image
Di fahamkan, keputusan yang hadi buat sewaktu sidang media di pejabat pkr kelmarin tidak merujuk kepada majlis syura dan dewan ulama pas, ketua dewan ulama pas, haron taib, timbalan ketua dewan ulama ustaz ahmad yakop dan naib ketua dewan ulama ustaz mahfodz langsung tidak dirujuk oleh hadi sebelum dia membacakan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah di sidang media bersama anwar dan kit siang... Adakah ini keputusan terdesak atau hadi di desak untuk membacakan kenyataan itu, kalau kita tengok video di bawah, nampak jelas, hadi seolah-olah terpaksa membaca kenyataan itu, perhatikan riak muka hadi...

Azhar Idrus Tanya Nik Ajis, Allah Duduk Macam Mana..???

Image

Kerana Air Percuma, MP Serdang Sanggup Pindah Rumah...

Image
Kemaruk nakkan air percuma, mp serdang sanggup pindah rumah dari kuala lumpur pindah dok selangor... Walau pun gaji dia sebagai mp ada dekat 6 ribu sebulan, itu tak masuk elaun-elaun lain lagi, tapi kalau dah sikap tamak, air yang sepatutnya di beri percuma kepada mereka yang tak berkemampuan pun dia nak juga, bukan ke lebih elok kalau dia jumpa syabas minta, bill air rumah dia jangan di potong 20 ml padu, sedekahkan 20 ml padu tu pada rumah orang memerlukan, kan ke lebih elok...

Inilah Hasil Dari Didikan PAS & Amanat Dajjal Hadi...

Image
Dia sanggup solat di tokong cina, walau pun dia tahu, tokong cina tidak bersih... Dia sanggup keluar dari jemaah hanya semata-mata imam masjid itu bukan datang dari puaknya... Inilah yang dikatakan asobiyyah... Inilah dia khawarij... Inilah dia syiah...

Pusat Urut B2B Di Serbu Polis, Mr Ronnie Naik Angin...

Image
Kalau korang nak tau apa maksud B2B, korang tanya ronnie liew, exco kerajaan negeri selangor, dialah yang luluskan banyak lesen rumah urut di selangor nie... Apa pun korang layan video polis serbu rumah urut nie dulu, video nie hanya untuk orang dewasa sahaja...

Bercelaru Otak Pemimpin PAS Mengenai Isu Kalimah Allah...

Image
Kenyataan Media Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.  Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan. Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sej...

Aiyoo... Budak Darjah 4 Pun Tau Kira Laa...

Image
Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas, merupakan pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekaligus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum. "Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari. "Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Dis, dan menerusi keputusan yang ...