Aku Tak Paham Kenapa Najib Pilih HINDRAF Tidak Bukan IPF


HINDRAF dan IPF sama sahaja, dua-dua membawa suara kaum india di malaysia, cuma beza ipf dan hindraf ialah ipf sebuah parti politik yang di asaskan oleh datuk mg pandithan bekas naib presiden mic sewaktu zaman samy vellu dan hindraf pulak satu kumpulan pelampau hindu yang pada asalnya nak tuntut kerajaan britian membayar ganti rugi kepada kerana membawa nenek moyang mereka ke malaya (malaysia)

IPF pernah menyertai pilihanraya sekitar tahun 1990 hingga 1995 bergabung dengan Semangat 46 dan DAP untuk membentuk ikatan parti pembangkang di namakan gagasan rakyat, pas tak joint gagasan rakyat kerana dap menolak perjuangan negara islam yang di bawa oleh pas, maka semangat 46 membentuk satu lagi ikatan dengan pas yang di namakan angkatan perpaduan ummah bagi menawan negeri kelantan dan terangganu...

Selepas tahun 1995 ipf keluar dari gagasan rakyat dan menyokong barisan nasional, selepas bekas presidennya kecewa dengan perjuangan parti pembangkang, sejak dari hari itu, ipf menjadi penyokong setia barisan nasional, ipf pernah beberapa kali memohon untuk menjadi komponen bn tetapi di block oleh mic ketika itu presiden mic masih lagi samy vellu...

Mereka tidak kecewa, mereka tidak merusuh dan mereka tidak memaki hamun orang melayu dan umno, mereka tetap menyokong barisan nasional walau pun ada sesetengah pemimpin barisan nasional tak pandang langsung perjuangan mereka, setiap pilihanraya kecil terutama selepas 2008 mereka kerap menghantar jentera mereka terutama di beberapa estet yang di tak boleh di masuki oleh jentera mic dan ppp...

Soalnya sekarang adakah najib tidak pandang langsung jasa ipf ??? apa hebat sangat hindraf ??? orang yang langsung tidak berjasa malah satu masa dulu pernah menghina bangsa melayu, raja-raja melayu dan pernah meminta supaya kuota 30 peratus bumiputra di hapuskan kononnya hak sama rata...

Orang melayu perlu ingat kepala pelampau hindraf p. waytha moorthy sehingga ke hari ini masih belum minta maaf secara terbuka kepada orang melayu atas penghinaan yang mereka telah buat dulu... sekarang kepala pelampau pula di lantik menjadi timbalan menteri, agak-agak dia nak minta maaf tak...???

Comments

Anonymous said…
tapi aku tak pernah dengar langsoong pasal IPF ni ...
Anonymous said…
pasal kau budak-budak, siapa dah masok politik atau ambil tahu hal politik dari tahun 1986 dah tentu tahu kenapa ipf di tubuhkan dan perarakan keranda oleh datuk mg pandithan.
Anonymous said…
berapa org aje IPF nie, entah sapa pun aku tak kenal langsung. dah tak relevan lah IPF silap2 mic pun sama aje.
Anonymous said…
LOL yalah kami ni budak-budak ...
Anonymous said…
MG PANDIATAN dulu dp MIC..pernah jd timbalan speaker dewan rakyat.ada isu moral kene letak jawatan..kluar mic gadoh dgn samy velu..tubuhkn IPF..apa da x belaja sejarah ke?
Kita kalau dok sebaris dengan DSN baru nampak siapa layak tp klau dok sembang kedai kopi... Lainkalilah kita fikirkan. Bukan senang nk melantik ada saja yg xkena.. La Najib chief bg dia lah buat keputusan .. Tak gitu
Anonymous said…
Hahahahaa...

Aku rasa, pemimpin kanan MIC yang kene kes moral tu bukannya Mendiang Pandithan IPF ni laa..; dia tu nama P.Vijendran... yang 'anu' dengan pompuan kat video tuu...

Hehehehee..
Anonymous said…
Setuju pemimpin mic yang ada kes moral ialah p.vijendran, Dia punya video sehebat video anwar dan soi lek.
Anonymous said…
Najib memang kurang bijak. Selangor kecundang pun sbb dia salah beri kepercayaan pada encik badak. PRU14 milik pakatan. Akar umbi dah hilang hati pada umno. Di negara ini umno Selangorlah yg paling bodoh.
Anonymous said…
Tuan Blog, ada sebab ngapa DSN pilih Hindraf. Maka diamlah mereka dan tutuplah mulut mereka itu bila ada pangkat dan sedikit kuasa. Silapx mereka ini boleh mempengaruhi pengundi atas pagar dari kaum india menyokong DSN...IPF mmg dah sokong BN, Bagi tak bagi....mereka tetap setia dgn BN.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.