Happy Birthday UMNO...



Sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian... opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan Nasional

Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta presiden parti-parti komponen BN.


























Comments

Anonymous said…
Selangor kecundang habis. Nak birthday pebenda? Ini semua akibat zin badak dan noh omar! Pemimpin hebat konon. Zin kata 'I am responsible' dlm soal pilih calon. Dia sndiri bukan winable candidate. Serve you right encik zin. Selangor memerlukan anak selangor menjadi pengerusi perhubungan. Orang pahang atau melaka tak payah mengada2. Itu dua ekor adik beradik berdarah melaka turut kecundang. Mereka dipilih oleh zin badak sbb dia pun anak melaka. Noh omar sibuk dgn program cari makan dan buat duit. patutlah umno dianggap korup. Yg bermasalah moral juga zin badak pilih turut kecundang juga. zin wajar ditendang keluar dari umno. Pimpinan umno selangor jadi pak turut bodoh. Ramai ketua bahagian tak dipilih. Nak buat apa jadi ketua bahagian kalau tdk dihormati. Tinggal 12 kerusi dalam DUN selangor. zin badak Mr.Responsible please be responsible and step down as ketua bahagian. Shame on you.
Anonymous said…
jangan emo bro, selangor kalah, perak dan kedah dapat balik, apa salah nak celebrate hari umno, yang palat zin badak, jamaluddin jarjis, husni hanazlah jangan nak salahkan keseluruhan umno pulak.
Anonymous said…
Org melayu dah lama dahagakan pemimpin yg brani mcm tun M, sudah smpi masanya pemimpin melayu brani bertindak bkn sekadar memberi amaran, satu benda yg blh di pelajari dr anwar knp berjaya menarik sokongan melayu ialah dia nmpk berani dan tegas bila berckp walaupun benda tu tak betul, era mr nice guy sudah berlalu kita mahukan mr wise guy.. Kalau dulu org tolak paklah sbb lembik jgn pula kita mengulangi benda yg sama..
Unknown said…
Happy birthday UMNO... sungguhpun gua amoi Cina gua respect UMNO... bagi gua untuk cari kawan yang baik, carilah kawan dari UMNO... berkawan dengan DAP boleh tetapi kena pekak telinga kerana DAP amat langsi dan amat membenci serta tidak mempercayai orang-orang Melayu... Gua bersekolah di sekolah kebangsaan dari sekolah rendah sampai menengah.... Gua dapati semua guru tak kira bangsa amat rajin dan mengajar gua bersungguh-sungguh dan gua amat teruja apabila seorang ustazah yang comel mengucapkan syabas kepada gua bila gua menang dalam lumba lari lol... Di sekolah sesiapa yang pandai akan menerima ganjaran tanpa mengira kaum walaupun mesti diingat ramai juga guru yang tidak menyokong kerajaan... dan gua faham kenapa kerajaan memberi galakan dari segi bantuan kepada kawan-kawan saya orang melayu kerana tanpa bantuan kerajaan orang melayu macam 'lost' tak tahu mana mahu pergi... Dulu gua tertanya-tanya kenapa kawan Gua dari kaum Cina yang bijak di offer untuk sambung belajar di Singapura oleh pemerintah singapura... bila gua bandingkan dengan DAP baru gua faham... dasar kedua-dua parti di Singapura 'PAP' dan DAP adalah sama... Di Singapura slogan pemerintah adalah Singapore Singaporean adalah sama dengan slogan parti DAP iaitu Malaysia Malaysian..... namun hakikatnya kedua-dua badan ini mengamalkan dasar jelik iaitu Chinese first Singaporean second adalah dasar pemerintah Singapore manakala DAP juga sama iaitu Chinese first Malaysian second... SIngapore terang-terang menerima baik orang-orang Cina dari negara lain seperti Hong Kong, Taiwan dan Negara China untuk diterima sebagai warga negara Singapore dengan mudah (hanya yang kaya ye)... Lihat pekerja-pekerjanya dalam perindustrian atau lain-lain perkhidmatan kebanyakan orang luar yang bekerja adalah orang-orang Cina.... Ada juga orang melayu dari negara Malaysia yang bekerja di sana tetapi dalam bidang yang tidak professional iaitu sebagai 'kuli' sahaja... Bagi gua UMNO adalah sahabat yang tahu menghargai sahabat, jadi kepada UMNO Happy birthday to you all and thank you very much... tidak lupa Selamat Hari Guru (jangan pecaya kapada pembangkang Cikgu ye).
Anonymous said…
Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?
Anonymous said…
UMNO SELANGOR DAH KIRA HISTORY. DARI KONFIDEN RAMPAS KEMBALI SEKARANG TINGGAL 12 KERUSI DUN. PILIHLAH PENGERUSI PERHUBUNGAN SELAIN DARI BADAK DAN NOH OMAR. MEREKA NI DUDUK SEBAGAI TIMBALAN PUN TAK LAYAK. ADA PAHAM?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID