Bekas Calon Pill Kuda Akan Saman Presiden PAS...


Tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang mendakwa penjual pil kuda dikalangan calon PKR ketika berkempen pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu disifatkan sebagai fitnah seterusnya mengundang penderitaan.

Bekas calon PKR Dun N25 Bukit Besi Terengganu pada PRU13 lalu Shamsul Mat Amin berkata fitnah tersebut juga mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap dirinya.

"Saya menderita akibat fitnah ini. Ucapan-ucapan itu telah disiar di semua media utama termasuk internet malah ucapan video juga dimuatnaik di laman YouTube.

Daripada ucapan tersebut saya sentiasa diaibkan, di ejek dikalangan masyarakat. Jejaskan perniagaan saya, kepercayaan masyarakat, hubungan persaudaraan antara sahabat malah keluarga juga ada yang percaya," katanya. cerita lanjut klik sini.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.