Hisham CKMM Akui Tidak Ghairah Kejar Jawatan & Akur Kemampuan Sendiri...


Selama ini ckmm berdiam diri, dia langsung tak mau bagi komen sama ada dia nak pertahankan jawatan naib presiden atau dia nak bertanding jawatan timbalan presiden atau langsung tak mau bertanding apa-apa jawatan dalam umno...

Dalam satu kenyataan media 30 ogos lepas, ckmm ada berkata mengenai pemimpin-pemimpin yang nak bertanding dalam pemilihan parti perlulah mengukur kemampuan diri sendiri, kata-kata ckmm itu kalau kita halusi sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri...

Memang setiap pemimpin yang nak bertanding apa-apa sahaja jawatan dalam umno perlu menilai kemampuan diri, kalau rasa diri tu tak mampu buat apa nak bertanding, jadi kata-kata ckmm semalam itu merujuk kepada dirinya juga, ckmm memang tak perlu bertanding apa-apa jawatan dalam umno, baik jawatan mt, naib presiden, timbalan presiden atau presiden umno, hatta jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap atau pemeriksa kira-kira pun ckmm tak layak...


Mungkin akan ada yang berkata, aku tibai ckmm lebih sangat, tapi cuba korang fikir dan renung balik, apa jasa ckmm pada umno dan kerajaan? sewaktu dia jadi ketua pemuda, di mana kehebatan pemuda, setakat cium keris kemudian mintak maaf itu nak di katakan hebat? ketika ckmm duduk di kabinet, mana satu kementerian yang gemilang di bawah pentadbirannya? jawapannya tiada, jadi ayat "pemimpin kena ukur kemampuan sendiri" itu memang layak pada dirinya...

Comments

Anonymous said…
bagus la kalau hisham pandai ukur baju di badan sendiri, dia memang tak layak pegang apa-apa jawatan baik dalam umno dan kerajaan, kerana sepupu dia pm maka hisham mendapa banyak jawatan dan keistemewaan dalam parti kerajaan.
Anonymous said…
Hisham ni faham ke apa yang dia cakapkan.

Patut dia tengok cermin dan cakap pada diri sendiri.

Nak kata pandai tapi ?????
AkuTau said…
Tuan, pecaya la lembik2 hisham dia akan dikekalkan sebagai naib presiden oleh perwakilan umno. sebabnya, umno kini tak lagi mencerminkan hasrat akar umbi. lagipun yg mencorakkan pemilihan umno ni ialah para pemimpin peringkat bahagian yg rata2 mengutamakan perut sendiri bukannya kepentingan ramai.

klu tuan nak tau maksud hisham sebenarnya ialah pemimpin lain tak payah sibuk nak bertanding naib presiden sebab sepupunya dah restu dia sendiri serta zahid dan shafie. malah mereka dah bergerak secara berakit dan jentera pun diselaraskan. klu tuan serius memerhati perihal umno sila siasat lebih lanjut.

inilah sebabnya lagi banyak kita tau pasal umno lagi kita meluat. ahli bawahan setiap masa disuruh ikhlas dan berkorban mcm la pemimpin atasan ikhlas dan bagus sangat! UMNO akan hancur dek kepura2an pemimpin!
Cium Keris Minta Maaf.....aku tanya kat janda baik pasal apa minta maaf. minta maaf kat sapa sampai sekarang tak jawab.
Anonymous said…
jangan asyik mencari kelemahan org saja... akan sampai masanya nanti anda akan disingkir seperti itu juga...atau anda diberi penghinaan oleh org yg tidak menyukai anda...nasib dan masa hadapan tiada siapa yg tahu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID