Posts

Showing posts from December, 2013

KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG PENUH PDRM...

Image
Aku sebagai rakyat malaysia dan aku yakin majoriti rakyat yang lain juga akan memberikan sokongan penuh kepada pdrm... Apa pdrm nak buat pada pendemo-pendemo bodoh yang nak main guling-guling atas jalan malam nie pdrm buatlah, asalkan malaysia selamat dan tenteram di malam tahun baru ini. Harap pihak pdrm tidak mengecewakan rakyat malaysia yang cintakan keamanan, buat lah apa korang nak buat, asalkan malaysia aman...

APA SUMBANGAN CINA PADA UMAT ISLAM...???

Image
Bermula dengan perniagaan kain di satu unit kedai di pekan segamat johor, syarikat jakel mula menapak selangkah demi selangkah sehingga hari ini menjadi sebuah syarikat textile melayu/Islam yang terbesar di malaysia. Kini jakel memiliki 5000 perkerja kesemuanya anak-anak melayu dikedai mereka di seluruh malaysia, siapa sangka perniagaan bermula dari kecil-kecilan, kini syarikat milik orang Islam seratus peratus itu menjadi pemborong dan pengedar kain terbesar di malaysia. Kalau dulu kita nak beli kain, pastinya tangkak dan nilai akan menjadi tempat pilihan kita, kini dengan adanya syarikat jakel, maka orang melayu tak perlu lagi untuk berebut-berebut memenuhi kedai-kedai cina di tangkak dan nilai, padahal di sana tu barangan mereka bukan berkualiti sangat pun, tapi di sebab tidak ada pilihan, maka kedai cina dan india lah yang menjadi tumpuan orang melayu ketika itu. Jadi sempena nak masuk tahun baru yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi nie dan kempen boikot pern...

Mesti Baca, Bagai Mana Tun Mahathir Sekolahkan Najib Razak...

Image
KOS KERAJAAN 1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara dan mengekalkan undang-undang serta pentadbiran. 2. Dana kebanyakannya diperoleh melalui cukai daripada aktiviti rakyat yang punya pendapatan atau keuntungan, termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengangkutan, pembetungan, air dan tenaga, pelabuhan dan lapangan terbang, proses-proses kelulusan dan lain-lain 3. Walaupun banyak negara di mana rakyatnya mengelak dari membayar cukai, rakyat Malaysia secara amnya membayar cukai mereka serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Tetapi disebabkan kos kerajaan meningkat dari masa ke semasa, maka cukai ...

VIDEO: Mayat Paria Dikapan Dengan Bendera PAS...

Image
Ada haram jadah penyokong pas kata, gambar mayat hindu di tutup dengan bendera pas itu adalah rekayasa oleh blogger pro umno, kata mereka, bendera pas terlalu agung dan mulia jadi tidak logik mayat seorang kafir beragama hindu di tutup dengan bendera pas.. Maka melompat-lompat la cai-cai dan lebai pas menuduh umno dalang di sebalik supeimpose gambar tu, ya gambar mungkin boleh di supeimpose, tapi bagai mana pulak dengan video ini? dan kalau nak sah lagi, pergi tanya orang kuat pas kota raja, bernama cikgu jaafar, dia pun ada semasa video itu di rakam. Sumber: MALAYSIANEWS

Malaysia bankrap 9 tahun lagi?

Image
PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung. Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan. Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun. Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar. Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin. Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi,...

Jadikan Cerita Ini Sebagai Ikhtibar Buat Kita Seluruh Ummat Islam...

Image
Seperti yang di ceritakan oleh Admin SSTDMM Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat. Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.  Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.  "Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja...

Wohh... Cilake Kau Anwar, Dalam Diam Kau Mintak Jugak Naik Gaji...

Image
Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Disebabkan itu, Khalid telah menjadi ‘mangsa belasahan’ Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut.  Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat. Namun dalam diam-diam, Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan. baca lanjut disini

Kerajaan Najib Umpama Kapal Titanic Kalau Masih Simpan Hamlau Bernama Omar Ong...

Image
Sebelum Pilihanraya Umum ke 13, YAB Datuk Sri Najib mahukan sokongan padu rakyat…. Itu sudah pasti sebagai seorang Perdana Menteri beliau mahukan mandat yang mantap! Mengetuai perang politik, mengepalai PRU 13, Najib harus ada WOW faktor untuk yakinkan rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan. Mana mungkin untuk mendapatkan keyakinan para pengundi, BN tidak ada membuat apa apa ‘offer’ untuk rakyat…? Tambahan pula, pihak Pembangkang semakin disukai rakyat dengan kedudukan mereka yang berjaya menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Manakala diperingkat Parlimen pula, pihak Pembangkang sudah ada lebih 40 peratus wakil rakyat mereka sejak tahun 2008. Baca lanjut di sini

Rintihan Rakyat, Khas Untuk Bacaan Pak-Pak Menteri...

Image
Umpama timun hendaknya  Melanggar kami terluka  Dilanggar kami cedera Tapi itulah nasib kami yang hina Tanpa elaun seperti menteri Makan bayar sendiri Kereta pandu sendiri  Minyak isi sendiri Jalan sesak kami hadap saban hari  Mudah pula tuan berkata  Jangan makan bila ayam naik harga Jangan minum manis bila naik harga gula  Jangan guna jalan jika tol naik berganda  Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia  Kami umpama kain basahan  Tuan perah habis habisan Akhirnya kami kekeringan  Merana kami tuan kesenangan  Duit sejemput kami diperas hingga rabak Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak  Diusul kami, tuan amuk sampai koyak  Kami senyum lihat tuan makin menggalak  Tak mengapalah tuan  Kami terima segala ketentuan  Cuma ingat pesan Tuhan  Setiap perkara ada balasan  Nasib tuan belum ketahuan  Tuan jangan lupa  Kami manu...

Kenaikan Harga, GLC Di Dahulukan Omar Ong Di Utamakan, Rakyat...??

Image
Kat mana-mana pun, semua orang tengah marah ni. Pergi pasar, apek jual sayur yang tak tahu pun siapa Perdana Menteri Malaysia atau Malaysia merdeka tahun berapa, pun marah kat kerajaan kerana untung diorang makin kurang sebab harga sayur naik. Fuckatan dengan bangganya mengisytiharkan 2014 sebagai Tahun Kenaikan Harga. GLC-GLC yang berjaya dalam tuntutan diorang untuk menaikkan harga barangan serta servis, dah mula bagi alasan macam-macam. TNB kata, kenaikan tarif sebenarnya hanyalah untuk membolehkan diorang beli gas asli cecair dan arang batu saja. Petronas yang dikawal oleh Omar Ong dan geng-geng konsultan juga back-up TNB dengan alasan-alasan terkini yang dilihat wajar terutama sekali dalam hal harga minyak dan gas asli dunia. Diorang boleh cakap apa-apa pun tapi kenaikan tarif tenaga, air dan bahan bakar akan menyebabkan semua harga yang lain akan naik termasuklah harga nak masuk ke jamban awam untuk kencing dan berak. 4 tahun bukan jangka masa yang lama, beb!...

Rasionalisasi Sabsidi Yang Tak Ada Rasionalnya Pada Poket Rakyat...

Image
Satu demi satu rakyat Malaysia menghadapi siri 'rasionalisasi' harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Seolah2 kenaikan2 ini sudah tak tertahan nak dihambur keluar sesudah diperam lama sebelum pilihanraya.  Jangkamasa dua tahun pertama selepas PRU ini kita akan melihat momentum segala2nya naik. Yang turun hanya lah hujan. Apabila memasuki tahun ke 3 kelak nadanya akan berlainan. Seterusnya tahun ke 4 dan 5 menjelang PRU14. Rakyat akan dihambur pula dengan wang di sana sini. Saya melihat seolah2 ada yang tidak kena dengan pentadbiran Najib hari ini. Langsung perbandingan tidak dapat dielakkan dengan pentadbiran Tun dahulu. Zamannya berlaku juga kenaikan dan pengurangan subsidi ini. Ianya normal dalam mana2 sistem ekonomi. Tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan. Walaupun saya penyokong kerajaan saya juga melihat 'kepelikan' ini di depan mata. Umno tidak semestinya perfect. Tetapi pilihan ya...

Hanya Kerana Gambar, PAS Tuduh Mukhriz Juga Syiah...

Image
Hanya kerana sekeping gambar, buta-buta mukhriz juga di fitnah sebagai pengikut syiah oleh cai-cai pas, punya la mengelabah cai-cai pas cuba mengaitkan seberapa ramai pemimpin umno dengan syiah tampa melihat sendiri dalam parti mereka kini sudah hampir 40% ahli dalam parti mereka pengikut syiah... Baiklah kalau sekadar bergambar tampa apa-apa bukti seperti mana kdn dapat buktikan mat sabu syiah, cai-cai pas sudah tuduh mukhriz juga pengikut syiah, bagai mana pulak dengan gambar anwar, azmin dan beberapa ekor lebai pas sedang terangguk-angguk depan bangkai teoh beng hock sudah jadi kafir, pengikut agama buddha?

Dayang Ku Intan Terima Anugerah Khas AIM Kerana Fitnah Kerajaan Dan Najib...

Image
Senang cerita, apa jasa dayang ku intan pada industri muzik negara? pernahkah dia mencipta lagu sampai meletop-letop? pernahkah dia menang mana-mana festival muzik antarabangsa? atau pernahkah album solo dia mencatat jualan sampai 1 juta? jawapannya 'tak ada'. Minah nie sudah dilupakan dalam industri muzik negara kita, kalau tidak kerana dia menyertai pkr dan berceramah di pentas pembangkang dengan memfitnah umno/bn dan najib, dia sudah menjadi tukun dan terus di lupakan... Jadi apa rasionalnya untuk minah tu dapat anugerah AIM? Mungkin penganjur AIM ini cukup berminat dengan cara dayang ku intan memaki hamun kerajaan dan najib, jadi untuk menghargai jasa dayang ku intan yang sedikit sebanyak memberi kemenangan kepada pakatan pada pru lepas, maka satu anugerah di berikan kepada dia, walhal semua orang tahu, lagu dayang ku intan tak la meletop mane pun... Baca ulasan lanjut mengenai anugerah yang di terima oleh dayang ku intan di sini

Pembangkang Tak Boleh Tahan Dengan Setiausaha SPR Yang Baru Ini...

Image
Post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran Pegawai Pengurus Pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka.   SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai Pengurus Pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon. Peraturan Pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi Parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia.  Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi be...

Akhirnya Kerajaan Komunis DAP Pulau Pinang Haramkan Bacaan Tarhim Sebelum Subuh...

Image
Bila Pengarah Jabatan Agama dipilih oleh Exco DAP setuju haramkan baca Quran sebelum subuh! 1.Isu ini tercetus pada 12 Ogos lalu yang melaporkan mengenai surat pekeliling dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang setuju menandatangani oleh Pengarahnya, Sazali Hussein, bahawa JHEAIPP setuju mengharamkan bacaan Al Quran sebelum subuh. 2.Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang telah memutuskan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebanyak 205 masjid dan surau sahaja diharamkan. Tetapi kini satu surat telah ditandatangai oleh Pengarah JHEAIPP yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang telah setuju mengharamkan bacaan Al Quran pada sebelum subuh di seluruh masjid dan surau Pulau Pinang. 3.Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuaratnya pada 7 April lalu dan sehubungan itu pegawa-pegawai JHEAIPP yang dipilih oleh Exco DAP Pulau Pinang mengeluarkan satu pekeliling bertajuk ‘Hukum Membaca al-Quran Sebel...

Pegawai PM Buat Buat Bodoh Atau Memang Bodoh?

Image
Begini ler jiwa Raja yang menyelami perasaan rakyat..! tidak kekok malah bersemangat membantu rakyat yang didalam kesusahan..! gambar menceritakan segala gala..! Tak payah nak mengarang dan menyunting cerita hingga dikatakan akhbar melaporkan berita yang salah, seperti kenyataan ini… “I did not say that, without GST, the country would go bankrupt. It’s the newspapers that caused trouble... this is what you call the hazards of being a politician,” Kalau kenyataan ketua sebuah kerajaan pun sewenang wenang disalah petik dan tidak pula akhbar berkenaan membetulkannya..macam mana dengan kenyataan puak pembangkang yang tidak pernah kering dengan fitnah dan pembohongan..! Soalnya mana pergi pegawai pegawai yang ramai yang menyebok kehulu hilir dengan gelaran pegawai PM..! Buat apa? buat bodoh atau memang bodoh..!!! Baca lanjut di putra merdeka

Jom Kita Berkayuh Sambil Beramal...

Image
Jom kita berkayuh sambil beramal bagi membantu rumah anak-anak yatim baitul hilmi, yuran penyertaan tak banyak, cuma RM 50 je, takan tak buleh kott, beli group set SRAM X9 harga dekat 2 ribu boleh, takan la nak tolong anak yatim tak boleh, hehehehe... Apa pun jumpe korang 19 januari nanti ekk... keterangan lanjut klik sini

Perhimpunan Agung UMNO Hari Terakhir Kelmarin...

Image
Maaf tiada gambar ketua puteri umno ketika sedang berucap kerana aku tak boleh masuk ke dewan ditahan oleh urus setia persidangan atas alasan bar code pada media pass aku tak boleh read, walau pun sudah tertera nama aku di skrin, aku tak tau kenapa mereka tak benarkan aku masuk, sudah 3-4 hari aku keluar masuk dewan merdeka sebelum ini tak ada masaalah pun. Biasa la sistem bar code di pwtc antara yang tercanggih di dunia, memang kadang-kadang ada problem dan biasanya selalu problem. Perwakilan pakai 300mm, hebat hebat...

Lepas Naik Bendera, Perwakilan Di Ajak Tengok Video Penipuan Anwar Ibrahim...

Image
Sekarang kita tengok sejauh mana Datuk Seri Anwar Ibrahim nak pusing pasal isu 40,000 pengundi hantu Bangladesh.Sebelum ini bos pembangkang itu relaks saja menafikan pernah membangkitkan dakwaan berkenaan.Ini ekoran penafian dibuat oleh Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu baru-baru ini. Pagi Khamis semasa menyampaikan ucapan dasarnya rasmi Perhimpunan Agung UMNO ketika menyentuh isu berkenaan,Najib telah tayang klip video rentetan penafian Anwar dan semasa beliau beberapa kali sebut isu itu dalam ceramahnya. baca selanjutnya di sini Wakil dari pertubuhan pembebasan Islam moro (MNLF) Wakil dari palestin Wakil dari partai demokratik indonesia dan partai golkar Negarawan ulung Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Tun pak lah dan tun jean Persiden-presiden parti komponen BN ...