Dari Kastam DiRaja Malaysia Akan Jadi Kastam Malaysia Berhad...


Kata najib "Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.

“Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak,” katanya.



Kastam kemungkinan akan di korporatkan, agaknya ini nasihat roti jala dan PEMANDU kepada najib, dengan menkorporatkan kastam, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih lumayan berbanding sekarang...

Kalau pengkorporatan kastam menjadi kenyataan, agak-agak lepas nie apa pulak agensi kerajaan yang akan di korporatkan...? Polis DiRaja Malaysia akan jadi Polis Malaysia Berhad, Tentera Udara DiRaja Malaysia akan jadi Tentera Udara Malaysia Berhad...

Comments

Anonymous said…
ds najib ni jenis macamana nak cakap ye, jenis makhluk yg tak reti berhenti dari mengulangi kesilapan. selepas silap, terus buat silap yang lain. kastam negara maju mana yang telah diswastakan atau dikorporatkan? bukan semua agensi kerajaan sesuai diswastakan. pegangan penuh kepada kastam oleh kerajaan adalah amat penting demi kelangsungan hasil dan pendapatan negara tanpa menyusahkan lain2 pihak. adakah ds pm berpendapat dgn menswastakan kastam maka pendapatan negara bertambah? yg mana silap, kastam silap ke mekanisma kutipan cukai yang silap? perbaiki sahaja kelemahan, jangan terlalu akur dengan idea jongos kumpulan 'driver' yg belum tentu berkualiti dan jujur. kita sayang pm kita, tapi kita juga mahu pm yg tegas, garang, tetap pendirian dan bukan meminta2 supaya disayangi dan diberi undi.
Anonymous said…
gua setuju apa yg penulis ini cakap, nampak macam najib nak buang perkataan Di Raja pada setiap agensi kerajaan, apa najib pun dah tak suka dengan sultan lagi ke?
Anonymous said…
Kalau dulu orang kata kerja kerajaan ni terjamin masa depan, ada pencen, senang buat loan. Sektor swasta ni sebelah mata pun tak pandang. Hah sekarang padan muka.
jason said…
This comment has been removed by the author.
jason said…
Mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politik yang patut diswastakan atau diberi target seperti swasta (mana parti politik yang tidak mencapai target akan dibubarkan dalam pilihanraya akan datang), ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya. PETRONAS menawarkan jawatan konsultant kepada bekas perdana menteri adalah contoh terbaik.(Proton melantik bekas perdana mentri kita sebagai konsultan pada 16 mei 2014 tapi kenapa kena bagi gaji, kan dia suka bagi pendapat)

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.