Kenapa Melayu Terhegeh-Hegeh (Artikel Ridhuan Tee Abdullah)


MENGIKUT sejarah, asal-usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, Orang Asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua sahabat ini menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan lebat, lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh.

Tetapi pada fahaman Orang Asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, Orang Asli telah menikam rakan Melayunya itu. Tragedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.

Benar atau tidak, kisah asal-usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK Dun Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac depan.

Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa
tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa untung? Fikirlah sendiri.

Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang. Perlepasan Dun Kajang adalah bukti Cina ultra kiasu bukan mahukan kuasa, tetapi mahukan keadilan.

Benarkah? Pada saya, perlepasan Dun Kajang adalah strategi ultra kiasu, melihat drama Melayu ‘berbunuhan’ sesama sendiri. Manakala mereka bertepuk tangan.  Sebab itu, mereka sanggup lepaskan kuasa.

Musuh saya boleh menipu orang lain, tetapi bukan saya. Saya tidak akan tertipu dengan silap mata ini. PRK Dun Kajang adalah permainan politik. Bukan soal Cina mahu kuasa atau tidak. Ini soal strategi untuk berkuasa dan mendapat lebih kuasa.

Kesempatan ketika orang Melayu sedang bermusuhan sesama sendiri dihangatkan lagi. Malangnya, orang Melayu ultra kiasu melihat percaturan ini merupakan salah satu strategi untuk menguasai Putrajaya. Apakah mungkin ini berlaku?

Ramai tertanya-tanya, kenapa Dun Kajang yang dipilih bukan Dun majoriti Melayu. Untuk makluman semua, Dun Kajang adalah Dun majoriti Melayu, mewakili 48 peratus. Dun inilah paling strategik untuk membuktikan ultra kiasu Melayu mendapat sokongan Melayu. Sokongan Cina sudah tentulah tidak berbelah bahagi.

Jika Cina ultra kiasu benar-benar ikhlas, tawarkan Dun majoriti Cina yang dimenangi oleh ultra kiasu. Misalnya, Sekinchan, Teratai, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Damansara Utama, Bukit Lanjan, Pandamaran, dan Sungai Pinang.

Saya tidak nampak ultra kiasu akan melepas kerusi Dun (kuasa) kepada orang Melayu dan memaksa pengundinya mengundi Melayu. Lazimnya, politik di Malaysia ini, Melayu sanggup korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada Cina.

Kenapa sukar sangat untuk Cina berkorban kepada Melayu. Apakah benar Cina ultra kiasu tidak mahu kuasa? Siapa yang lebih bertoleransi?

Saudara pembaca perasan atau tidak, lazimnya apabila tiba musim perayaan setiap kaum di negara kita, pemimpin-pemimpin Melayu akan berpakaian tradisi bangsa yang menyambut perayaan tersebut.

Misalnya, ketika Deepavali atau Thaipusam atau Tahun Baru Cina, pemimpin Melayu akan memakai pakaian India (kurta) dan pakaian tradisi Cina. Semua ini dilakukan sebagai tanda toleransi dan mahu mengambil hati.

Tetapi teramat jarang kita lihat atau tidak pernah langsung, pemimpin bukan Melayu memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Puasa. Kenapa ya? Nampak isu ini kecil, tetapi ia penting dalam pembinaan negara bangsa.


Kita selalu mencanangkan, Malaysia adalah model terbaik dunia dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Kita tidak mempraktikkan asimilasi, tetapi lebih kepada integrasi dan akomodasi. Apakah itu benar? Sedangkan asimilasi adalah pendekatan terbaik untuk berintegrasi dan berakomodasi?

Sebenarnya integrasi dan akomodasi pun kita gagal. Begitu juga dengan akulturasi yakni peminjaman budaya orang lain. Pernah orang Cina meminjam budaya Melayu seperti memakai baju Melayu. Saya tidak nafikan ada, tetapi terlampau sedikit. Berbanding pemimpin Melayu yang kerap melakukannya.

Saya mengharapkan selepas ini pemimpin Melayu tidak perlulah terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi orang lain. Popularkanlah pakaian tradisi sendiri, walaupun berada dalam majlis keraian orang lain atau bangsa lain.

Melayu perlu ada jati diri, tidak perlu menjadi orang lain bagi menunjukkan mereka lebih bertoleransi. Cukuplah sekadar menghadiri majlis-majlis mereka.

Comments

Anonymous said…
Melayu selalu terlupa..muda lupa kata Tun Mahatir..
Anonymous said…
Terharu dengan teguran ikhlas Ustaz Ridhuan Tee yang berbangsa Cina. Pencipta sedang perli kita yang berbangsa Melayu dengan mengirimKAN seorang hamba Allah berbangsa cina untuk mengingatkan kita supaya berbuat baik berpada-paDA ..
Unknown said…
Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan saya.. Selama 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir, kekuatan BN adalah sekata.. BN mendapat sokongan dari semua bangsa malahan semasa pilihanraya penggal pertama Abdullah Badawi, beliau memperolehi majoriti yang tinggi namun setelah kelemahan demi kelemahan dipamerkan, sokongan kepada BN semakin merudum termasuklah sokongan dari orang Melayu sendiri dan sehinggalah kini.. Kenapa kita perlu salahkan orang cina? Mereka telah membuktikan bahawa mereka pernah menyokong BN walaupun ketika orang-orang Melayu beralih arah akibat isu Anwar Ibrahim.. Masalah kita sekarang bukannya isu bangsa cina.. Tetapi isu keyakinan.. Ke mana arah tuju Malaysia sekarang ini? Terlalu bangsatkah rakyat Malaysia sehinggakan kerajaan terpaksa memberikan bantuan-bantuan kepada rakyat seperti BR1M dan sebagainya? Siapakah sebenarnya kerajaan ingin bantu? Rakyat atau bank dan pengedar-pengedar yang sememangnya kaya? Bantuan seperti ini tidak membantu melonjakkan ekonomi negara malahan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat dan negara.. Rakyat terutama orang Melayu semakin hari semakin pemalas dan berbillion ringgit dihabiskan untuk 'membantu' rakyat? Sebenarnya BR1M hanyalah satu program menunjukkan bahawa kerajaan gagal untuk menjana ekonomi rakyat sehinggakan rakyat perlu diberi bantuan secara tahunan.. Jika ekonomi berada dilandasan yang betul, tidak perlu diberikan bantuan kepada sesiapa.. Peniaga-peniaga semakin hari semakin mengeluh kerana semakin hari perniagaan semakin merosot.. Tiada perkembangan baru yang meyakinkan dan pelan tindakan untuk merancakkan perniagaan.. Pekerja-pekerja biasa juga mengeluh kerana kos kehidupan semakin meningkat.. Tiada pelan tindakan untuk mengurangkan beban harga-harga barangan keperluan yang tidak turun-turun.. Bagaimana kaum cina tidak memberontak apatah lagi orang-orang Melayu yang berfikir.. Tidak kira sesiapa pun kerajaan dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat bukannya rakyat menyelesaikan masalah kerajaan.. Jika kerajaan boleh menaikkan harga minyak kenapa tidak peniaga-peniaga menaikkan harga barangan? Yang menjadi mangsa sekarang adalah rakyat.. Saya tidak pernah menyokong pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak relevan untuk membantu rakyat.. PKR membuktikan bahawa perjuangan mereka hanyalah untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.. Jika Anwar menjadi Perdana Menteri ke mana hala tuju Malaysia? Mereka memtadbir Selangor sekarang.. Negeri yang kaya dan ingin lagi kaya sehinggakan lupa tentang tanggungjawab kepada rakyat dengan menjual dan menaikkan harga pelbagai hartanah.. PAS mentadbir Kelantan sebegitu lama sehinggakan rakyatnya melimpah ruah ke negeri-negeri lain sebagaimana rakyat Indonesia melintasi lautan untuk mencari sesuap nasi.. Adakah itu suruhan Allah? Membiarkan ekonomi negeri terkontang kanting tanpa sebarang perancangan.. Bukannya setahun dua tetapi lebih 2 dekat tanpa peningkatan yang meyakinkan.. Bayangkan jika PAS mentadbir negara, kita pula terpaksa berhijrah ke Indonesia mencari rezeki.. DAP satu pertubuhan berbentuk pentadbiran komunis dan yahudi yang sah mengikut undang-undang negara.. Orang Melayu tidak akan ada tempat di mata mereka dan sedikit sebanyak jika mereka dibiarkan untuk mentadbir negara, harta benda orang-orang Melayu akan hanya menjadi tinggalan sejarah sahaja..

Jadi, wahai orang-orang Melayu di atas.. Jangan lupa.. Kerajaan dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat bukannya rakyat dipilih untuk menyelesaikan masalah kerajaan.. Jangan jadikan pemimpin Melayu sebagai pemimpin yang bodoh kerana kebodohan ini boleh menjadikan kami hilang agama, bangsa, negara dan maruah..
Anonymous said…
hahaha...cina ni perasan melayu pulak...dah kena samak ke blm cina ni?? dulu kan cina babi ni mkn bak ku tek...puuiii
Anonymous said…
dah terkena batang hidung sendiri ke?
kih...kih...kih....
Anonymous said…
aku rasa anon10:27 tu...
iman ko tak setanding dgn ustaz ridhuan...malu lah sikit dgn Allah..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID