Pengaruh Liberal Anwar Dan Puak Pakatan Jadikan Evangelis Kristian Kurang Ajar...


Pengaruh liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak PR telah menjadikan Evangelis Kristian semakin kurang ajar.

“Mereka kini semakin berani mencabar kedudukan Islam, titah Sultan dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan secara terang-terangan,” demikian pandangan yang diluahkan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Merujuk kepada seruan PR kepada BN untuk berbincang isu ketegangan kaum semalam, katanya, apa yang berlaku sebenarnya bukanlah ketegangangan kaum atau agama tetapi adalah kebiadaban puak-
puak Evangelis muda dalam DAP itu sendiri.

“Apatah lagi tawaran liberal, kebebasan dan kesamarataan telah menjadikan mereka tamak dan lupa daratan,” ujarnya kepada wartawan ISMA.  

Sehubungan itu tegas Ustaz Abdullah dalam isu ini Anwar sepatutnya sedar dan membetulkan keadaan bukannya menyalahkan puak lain.

Beliau perlu menghalang kebiadaban golongan Evangelis Kristian terlebih dahulu.

Dalam pada itu ujarnya, seruan PR yang mengajak BN mengadakan perbincangan segera bagi menangani masalah ketegangan kaum ini hanya kepura-puraan yang ingin ditunjukkan PR kononnya mereka negarawan yang baik.

“Ini ekoran semenjak lahir saya belum pernah melihat kaum bukan Islam atau bukan Melayu menghina orang Melayu, pemimpin Melayu dan menghina agama Islam seperti hari ini khususnya selepas PRU 2008,” katanya di sini, hari ini. SUMBER

Comments

Anonymous said…
Negara Malaysia adalah negara yang unik. Pribumi orang Melayu menerima syarat dari British untuk menerima kaum pendatang China dan India untuk diberikan kerakyatan demi mencapai kemerdekaan. Pribumi melayu harus diberi penghormatan dan dihormati.
Kaum melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dari semua segi berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Pernah kita berperang menuntut kemerdekaan seperti negara-negara lain? Tidak, sebaliknya kita memilih jalan betolak ansur dan bermesyuarah dan berbincang dengan British. Begitu sabarnya orang-orang melayu. Tengoklah segi tarian pun lemah lembut berbanding dengan negara-negara lain. Kadang-kadang penari lelaki sampai seperti mak nyah lakunya. Begitulah lembutnya orang-orang melayu. Tutur bahasa sememangnya lembut cuma semenjak wujudnya bahasa ‘handphone’ dan bahasa internet. Bila budaya orang melayu begini, ia memberi ruang dan peluang dipergunakan dan ditipu oleh orang-orang bukan melayu di mana penipuan dan auta adalah biasa malah sebahagian budaya mereka. Sebab itulah satu perlembagaan telah di wujudkan demi mempertahankan orang-orang melayu. Begitu juga ISA. Sedikit sebanyak ISA membantu mempertahankan perlembagaan dan hak orang melayu. Ketiadaan ISA membuatkan orang-orang bukan melayu seperti terlepas dari sangkar jahanam cuba menghasut sesama melayu dan meracau sesuka hati tanpa rasa takut pada undang-undang atas nama kebebasan. Tidakkah pihak pemerintah rasa bersalah dengan penghapusan ISA? Jika terjadi perkara buruk terhadap bangsa melayu di bumi sendiri, orang yang beria-ia sangat dalam bersengkokol dalam penghapusan ISA akan dikutuk laknat oleh anak cucu cicit bangsa melayu besok hari.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.