Pak Aziz Satar Meninggal Dunia...


Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. Berita Harian Online

Comments

Anonymous said…
Seorag. demi seorag. artis GEMILANG dan TULEN kita dah menghadap Ilahi - sedih betul. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Datuk Aziz Sattar kita.

Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI, BUDAYA Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.