Ismail Sabri: 73 Produk Makanan Tidak Akan Mengalami Kenaikan Akibat GST...
Menurut menteri pertanian dan industri asas tani, datuk ismail sabri, 73 barang dan produk tersebut yang berasaskan pertanian segar, kering dan diproses akan kekal murah antara lima hingga 20 peratus berbanding tempat lain.
“Sepanjang program ini dilaksanakan di 580 pasar tani di seluruh negara sejak bulan lalu, kesannya begitu besar terutama terhadap kehadiran pelanggan dan jualan kepada peniaga.
“Kita sudah buktikan sejak program ini dilancarkan, jualan peniaga bertambah biarpun keuntungan yang diperoleh berkurangan,” katanya.
“Pada masa sama, saya juga hendak tegaskan bahawa kita tidak mengawal harga walaupun produk pertanian kecuali di pasar tani sahaja, malah itu pun berdasarkan kemampuan kita bukan melibatkan undang-undang.
“Hanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sahaja mempunyai kuasa undang-undang untuk mengawal harga dan sekiranya terdapat kenaikan melampau, pengguna boleh melaporkan kepada kementerian terbabit,” katanya.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terbabit di pintu masuk pasar tani.
Comments
Kalau kos barang di kawal harga x naik. Paham rantaian pengeluaran produk.
Menteri lain x paham ke?