Perjanjian Paling Pelik, Takut-Takut AKHIRNYA TERGADAI...

BARU-BARU ini, Malaysia digegarkan dengan isu sem­padan negara yang bolos dan tidak dikawal rapi. Bagaimana pula dengan pulau-pulau di perairan ki­ta? Adakah pulau-pulau ini di bawah pengawasan kita sepenuhnya?

Pulau Pisang adalah sebuah pulau kecil di pantai barat daya Johor yang dikelilingi perairan Selat Melaka. Terdapat sebuah rumah api yang dibina di atas pulau yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pontian Kecil dan lima kilometer dari Benut ini. Sehingga kini, rumah api ini diselenggara oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura. Terdapat keresahan bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan, mungkinkah Pulau Pisang akan menjadi Pedra Branca kedua?

Selat Melaka antara laluan per­kapalan tersibuk di dunia. Bagi me­mastikan kelancaran pelayaran, pihak British telah membina sebuah rumah api di puncak Pulau Pisang pada 1914. Selama lebih seabad, rumah api Pulau Pisang berfungsi sebagai instrumen bantuan pelayaran bagi kapal-kapal yang menuju ke arah bukaan barat Selat Melaka membentang ke Selat Singapura. Walaupun Pulau Pisang tetap berada di bawah kedaulatan Malaysia, rumah api Pulau Pisang sehingga kini masih diselenggara pihak Singapura.

Aturan aneh ini lahir hasil perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1900 di antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim ketika itu dengan Sir James Alexander Sweethenham, Gabenor negeri-negeri Selat. Perjanjian ini antara lain mengakui kedaulatan Johor ke atas Pulau Pisang dan sebagai galang ganti, pihak Johor memberikan hak kekal kepada British untuk selama-lamanya menguruskan rumah api tersebut (termasuk tanah di mana rumah api itu akan didirikan) serta lot tanah di mana jalan dari jeti menuju ke rumah api itu akan dibina.

Apabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, tanggungjawab mengelolakan rumah api tersebut dianggap telah bertukar tangan kepada kerajaan Singapura dan Malaysia setakat ini­ be­lum mempunyai niat untuk mengambil alih pengurusan rumah api tersebut dari MPA.

Pada 2002, terdapat panggilan-panggilan yang menyeru kerajaan Malaysia memajukan pulau tersebut dan meminda fasal-fasal di dalam perjanjian yang ditandata­nga­ni oleh Sultan Johor lebih seabad lalu. Sejak tahun berkenaan, penjaga rumah api dari Singapura dikehendaki memasuki Pulau Pisang melalui kaunter imigresen Malaysia di Kukup sebelum ke sana.

Pada 2003, Menteri Luar Singa­pura memaklumkan kepada Parlimen Singapura bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia. Beliau mengulangi pendiriannya bahawa Singapura tidak pernah mempersoalkan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, akan tetapi, peng­urusan rumah api Pulau Pisang harus kekal bersama Singapura.

Setelah bertahun-tahun meng­uruskan rumah api ini, pihak Singa­pura telah memperluaskan kawasan rumah api di puncak Pulau Pisang apabila negara tersebut membina pagar kedua yang terletak 100 meter dari pagar lama. Singapura juga telah memperbesarkan jalan bagi memudahkan pergerakan kendera­an-kenderaan berat menuju ke rumah api berkenaan. Sehingga kini, pengunjung-pengunjung Malaysia ke pulau berkenaan tidak dibenarkan mendekati rumah api tersebut. Kehadiran pihak Singapura di pulau ini menunjukkan, secara tersurat atau tersirat, bahawa kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang belum sepenuhnya muktamad.

Undang-undang antarabangsa menyebut bahawa sesebuah negara boleh memiliki wilayah baru mengikut beberapa cara, iaitu menerusi preskripsi atau penyerahan. Sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke atas sesebuah wilayah sekiranya kedaulatan tersebut dipindahkan atau diserahkan oleh sesebuah negara kepada negara lain.

Sultan Johor menerusi Perjanjian 1900 memberikan hak selama-lama­nya kepada British sebahagian dari wilayahnya (kawasan di mana terletaknya rumah api, jalan yang menuju ke rumah api dan jeti) kepada kerajaan negeri-negeri Selat di Singapura. Ini adalah sebab utama kenapa sehingga kini rumah api Pulau Pisang masih diuruskan oleh MPA walaupun kedaulatan ke atas Pulau Pisang adalah bersama Malaysia.

Di bawah undang-undang antarabangsa, preskripsi merujuk kepada pemilikan kedaulatan ke atas sesuatu wilayah melalui amalan pemerintahan (actual exercise of sovereignty) yang dikekalkan untuk sesuatu jangka masa lama dengan tidak dibantah oleh mana-mana negara lain. Pengurusan Pulau Pisang oleh pihak Singapura telah berlangsung sejak tahun 1900 dan berterusan sehingga hari ini tanpa sebarang bantahan rasmi dibuat oleh pemerintah Malaysia.

Dalam menentukan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligi­tan, Mahkamah Keadilan Antara­bangsa (ICJ) mengambil kira soal ‘amalan pemerintahan sebenar’ atau effective occupation, sama ada telah diamalkan secara berterusan oleh negara yang membuat tuntutan.

Sejak 1914, pihak British meng­ambil langkah-langkah bagi meng­urus dan mengawal pengambilan telur penyu di atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan tanpa sebarang bantahan dari kerajaan Belanda yang memerintah Kalimantan Utara pada ketika itu. Aktiviti-aktiviti ini kemudiannya terus dijalankan tanpa henti oleh Sabah ketika menyertai gagasan Malaysia pada 1963, sekali lagi tanpa sebarang bantahan yang berterusan oleh negara pewaris Hindia Timur Belanda, Indonesia.

Oleh itu, pihak ICJ telah memberikan pengakuan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau ini berlandaskan effective occupation yang ditunjukkan oleh pemerintah Sabah, sebelum dan selepas kemerdekaan melebihi langkah-langkah yang diambil oleh pihak Belanda atau Indonesia.

Dengan merujuk kembali kepada rumah api Pulau Pisang, Singapura telah dengan secara aktif terlibat di dalam pengurusan rumah api tanpa bantahan berterusan dari pihak Malaysia. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, kedaulatan penuh Malaysia ke atas Pulau Pisang mungkin, pada masa akan datang, dipersoalkan terutama sekali di kawasan tanah yang mana rumah api itu didirikan.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana jika Singapura berhasil menuntut sebahagian kecil wilayah di atas Pulau Pisang, negara tersebut juga berhak mendapatkan wilayah kelautan di Selat Melaka yang ketika ini hanya dikongsi oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Setelah kehilangan Pulau Batu Puteh yang sekarang ini secara rasmi dinamakan semula sebagai Pedra Branca, Malaysia tidak boleh membiarkan pisang berbuah dua kali.

Tujuh tahun telah berlalu sejak keputusan mengenai Pedra Branca dibuat oleh ICJ, namun ia masih menghantui rakyat dan pemerintah Malaysia. Memang benar Singapura telah membuat kenyataan yang memperakukan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang. Akan tetapi, bagaimanakah sesebuah negara itu boleh secara positif benar-benar memastikan kedaulatan ke atas seluruh wilayahnya jika sebahagian daripadanya masih lagi diuruskan oleh negara asing?

Bagi mengukuhkan kedaulat­an Malaysia ke atas Pulau Pisang, Perjanjian 1900 itu perlu disemak semula dan pengurusan ke atas rumah api ini perlu diserahkan kepada Jabatan Marin Malaysia. Malaysia juga boleh mempertimbangkan untuk menempatkan boya-boya di kawasan Pulau Pisang bagi menggantikan rumah api tersebut sebagai alat bantu pelayaran. Fungsi rumah api sebagai alat bantu pelayaran sebenarnya sudah luput ditelan zaman dan tidak secekap penggunaan boya dalam pelayaran zaman moden.

Dengan adanya boya-boya ini, rumah api ini boleh dinyahfungsikan dan MPA Singapura tidak ada keper­luan untuk terus berada di Pulau Pisang yang diakui oleh pemerintah Singapura sendiri sebagai milik Malaysia.

Pemerintah Johor boleh mem­pertimbangkan juga untuk men­trans­formasikan Pulau Pisang sebagai destinasi ekopelancongan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang ke atas Pulau Jerejak. Langkah ini pen­ting bagi memastikan penguasaan Malaysia sepenuhnya ke atas Pulau Pisang tidak dilecehkan. Pulau Pisang adalah sah milik Malaysia dan kita perlu memastikan agar pulau ini tidak terlepas ke tangan negara lain.

PENULIS ialah Profesor Pelawat di Sekolah Undang-undang Far Eastern Fede­ral University, Vladivostok, Russia dan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Komen aku: Ini punya perjanjian memang pelik, buat rumah api atas tanah malaysia, tapi di selengara oleh singapura, lepas tu pulak, rakyat malaysia di larang mendekati rumah api itu, seolah-olah tanah tu dia punya, kerajaan mesti bertindak dalam hal ini...

Comments

Anonymous said…
Najib tidak akan berbuat apa apa percayalah!
Anonymous said…
Bodo lah , kalau kata ini salah najib. Kerajaan negeri, sultan patut tahu tindakan yang patut dibuat.
Anonymous said…
Tanya TMJ
Anonymous said…
Sultan johor la kena bunyi. Itu wilayah johor. Jangan letak direct kpd najib yg sarat bersilat pasal 1mdb. Sultan ibrahim yg tandatangan perjanjian pelik dgn british dulu tu datuk siapa?
Anonymous said…
Lepas bisingkan hal 1mdb, gst dan.sebagainya elok la.waris2 kesultanan johor ni kaunter balik perjanjian.pelik arwah datuk mereka dgn british dulu. Alang2 berjuang utk rakyat, wilayah johor jgn sampai tergadai secara bodoh. Tak cukup dgn kisah sedih pulau batu puteh?
Anonymous said…
Hantar Hassan malek,hishamuddin,palanivel jd org tgh msia singapura mesti setel punya...yg dpt pulau tu nanti Indon.
Anonymous said…
Yang diberikan hak adalah pengurusan rumah api bukkannya terhadap keadaulatan Wilayah Pulau Pisang. Perumpamaannya seperti dipajakkan / sewakan. Oleh kerana Rumah Api itu dibawah pengurusan/ pemilikan Singapura, ibrat orang sewa, dia ada hak untuk minta orang dari dating dekat Rumah Api tersebut. Namun tidak ada hak utk melarang sesiap dari mendekati atau mendarat pulau itu kecuali kawasan Rumah api itu saja.
Anonymous said…
Isu kedaulatan Pulau Pisng dibawah Johor tak timbul cuma pengurusannya saja dibuat oleh Singapura. Bermakna Polis Maritim Malaysia dan mana2 Pegawai PDRM atau tentera bole masuk Pulau itu cuma kawasan Rumah Api itu x bole kecuali ada waran geledah atau sebab untuk masuk geledah tanpa waran. Isu Batu Putih bukan contoh yang baik untuk dibuat perbandingan kerana batu putih, Setiausaha Kerajaan Johor sendiri buat statement yang Johor tidak menuntut Pulau tersebut. Bermakna bukannnya isu preskripsi yang membolehkn Singapura memperolehi Pulau Batu Putih tetapi prinsip terra nullius (wilayah tak bertuan).

Petikann dari artikel diatas dimana Kedaulatan Johor atas Pulau Pisang bukannya isu cuma Pengurusan Rumah Api itu saja dibawah Singapura.

Pada 2002, terdapat panggilan-panggilan yang menyeru kerajaan Malaysia memajukan pulau tersebut dan meminda fasal-fasal di dalam perjanjian yang ditandata­nga­ni oleh Sultan Johor lebih seabad lalu. Sejak tahun berkenaan, penjaga rumah api dari Singapura dikehendaki memasuki Pulau Pisang melalui kaunter imigresen Malaysia di Kukup sebelum ke sana.

Pada 2003, Menteri Luar Singa­pura memaklumkan kepada Parlimen Singapura bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia. Beliau mengulangi pendiriannya bahawa Singapura tidak pernah mempersoalkan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, akan tetapi, peng­urusan rumah api Pulau Pisang harus kekal bersama Singapura.

Prof Madya IIUM.
Anonymous said…
Tak logik betul - perjanjian PAKSAAN dengan PENJAJAH British-Zionis-amat KEPARAT dibiaqkan seolah undang-undang yg. mesti dipatuhi mcm kita, BUMIPUTERA adalah KULI depa - sehinggakan rejim SingaPORK boleh dbenarkan MENGURUS pulau KITA ini! BANGSAT betul!

PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara - lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR ini; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh! Maka MENTERI PERTAHANAN, tolonglah CELIK dan TEGAS serta CEKAP sikit dlm. MEMPERTAHANkan KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini!

Nek Tempoyak
Anonymous said…
PEMBETULAN:

Tak logik betul - perjanjian PAKSAAN dengan PENJAJAH British-Zionis-amat KEPARAT dibiaqkan seolah undang-undang yg. mesti dipatuhi mcm kita, BUMIPUTERA adalah KULI depa - sehinggakan rejim SingaPORK boleh dbenarkan MENGURUS pulau KITA ini! SingaPORK ni memang BANGSAT betul!

PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO yang termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, iaitu si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara- lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Ada penganalisa Barat menuduh MH370 terbang melalui ruang udara SingaPORK untuk di'CULIK' ke Pulau Diego Garcia, yg. diRAMPAS dari kaum Bumiputeranya yg. diHALAU ke pualu lain - pulau D. Garcia ini juga disyaki mempunyai pengkalan bawah laut untuk Submarine Nuklear HARAM Pengganas ISrael-NATO, yg. disyaki boleh menyebabkan Tsunami melalui letupan Nuklear bawah laut serta kepanasan bahang api dari bawah laut yg. boleh menyebabkan cuaca amat panas sesuatu negara (bayangkan SingaPORK dan TUan barat/Zionis dia ada AKSES seweanngnya bawah laut di Palau Pisang ini), serta hanya SingaPORK dibenaqkan jadi pusat kelauaq-masuk penerbangan dari Diego Garcia ini di Asia Tenggara terutamanya utk. tentera/perisik NATO-ISrael!

Sebab itu kita mesti SELAMATkan PULAU PISANG kita yg. sungguh INDAH dan BESAR di JOHOR ini; dari diJAJAH sewenangnya SingaPORK-KEPARAT spt. Batu Puteh! Maka MENTERI PERTAHANAN, tolonglah CELIK dan TEGAS serta CEKAP sikit dlm. MEMPERTAHANkan KEDAULATAN NEGARA ISLAM kita ini!

Nek Tempoyak
Anonymous said…
MANA SUARA TMJ TENTANG JAJAHAN TAKLUK NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. MANA SUARA TMJ YANG SANGGUP BERBUAT APA SAJA DEMI BANGSA JOHOR. MANA SUARA TMJ YANG GAH BAGAI HARIMAU BILA PROGRAM NOTHING TO HIDE DIBATALKAN TAPI BISU BILA SOAL PULAU PISANG YANG SAH MILIK JOHOR DIBICARAKAN. MANA SUARA TMJ BILA PULAU BATU PUTIH DIPINDAH MILI KEPADA SINGAPURA.
Anonymous said…
1. pinda perjanjian yang merugikan sebelah pihak. dalam kes ini, malaysia dan kedaulatan johor pihak yang rugi.
2. jadikan rumah api yang menjadi alasan utama singapura kekal di pulau pisang tidak penting lagi. contohnya memasang boya dan panduan perkapalan supaya trafik laut tidak bergantung kepada rumah api pulau pisang.
3. sediakan kertas kerja untuk memajukan pulau pisang sebagai pulau pelancongan. jadikan rumah api pulau pisang sebagai monumen sahaja tanpa fungsi yakni kesan sejarah peninggalan british. ini secara logik akan menyebabkan singapura melepaskan kedudukannya di rumah api pulau pisang.
4. sangat tidak manis daerah kedaulatan bumi johor diletakkan di bawah tadbir sebuah negara asing, walaupun hanya sekangkang kera wilayah tersebut. gunakan semua peruntukan undang2 yang ada untuk mendesak pihak luar keluar dari pulau pisang.
5. perjanjian asal oleh sultan ibrahim adalah ketika british masih berada di tanah melayu. waktu itu singapura juga adalah sebahagian dari tanah melayu. bila british keluar, sewajarnya perjanjian tersebut terbatal, sementelah pula singapura juga keluar dari malaysia. maka singapura wajar keluar dari sebarang wilayah yang bukan tanah air singapura.
6. seorang cerdik pandai dari iium menulis mengatakan bahawa kes pulau pisang tidak akan sama seperti pulau batu puteh. yakin benar profesor madya tersebut. adakah profesor madya tersebut tidak terfikir bahawa seribu satu helah akan digunakan oleh sesebuah negara asing untuk menguasai sesuatu kawasan yang strategik? cuba selusuri kes kepulauan spratly, kenapa begitu banyak negara menuntut kepulauan tersebut? juga apa pentingnya batu di pulau batu puteh sehingga singapura dan malaysia menyelesaikan tuntutan bertindih di mahkamah antarabangsa? boleh profesor madya tersebut huraikan?
Anonymous said…
Pajakan - A memilik dusun durian dan membenarkan B mengambil alih hak itu melalui penyewaan/pajakan. Disini A tetap Tuannya atas dasar penyerahan dusun itu kepada B adalah dibawah pajakan/sewa. Dalam tempoh pajakan itu, B bole menghalang A dari menggangu menceroboh dusun durian itu kecuali jika B telah melanggar rukun/ syarat perjanjian yang membolehkan perjanjian ditamatkan. Setiap perjanjian ada terma tersirat yang membolehkan ianya ditamatkan selalunya bila ada ingkar pada terma perjanjian. Pajakan seperti ini atau konsesi dengan pihak luar ini lumrah diMalaysia seperti contoh Perjanjian air dimana Singapura diberi hak untuk mengurus kawasan air tadahan yang membekalkan air ke Singapura untuk suatu tempoh dan bayaran seperti dipersetujui. Pulai Batu Putih dibawah kategori ini.

Preskripsi – A memiliki dusin durian namun tidak ambil endah bila pihak ketiga(B,C, D contohnya) atau orang yang tak berkenaan masuk ke dusun duriannya dan menetap didalamnya. Dan ia berlaku agak lama. A tidak bole halau B,C, D namun B,C,D tidak bole tuntut pemilikan atau ketuanan kerana tanah itu sudah bertuan hanya sekadar duduk saja. Ibarat kampung setinggan.

Terra Nullius (tidak bertuan) - B Tanya ini dusun durian siapa punya. A tidak tuntut bahkan mengatakan tidak berminat untuk tuntut. B masuk dan duduk serta membangunkannya. Dusun itu milik B kerana dusun itu tidak bertuan ketika diambil. Kes batu Putih dibawah kategori ini seperti pulau layang2 yang diduki oleh Malaysia dan pulau2 di Spratly yang diduduki oleh Negara-negara yang menuntut. Kes Ligitan & Sipadan pun bole dikira masuk dibawah prinsip ini.
Effective Occupation – seperti apa yang dilakukan oleh Israel diGaza. China dipulau Spratly yang dituntut oleh Filipina, Vietnam etc. Pemilikan Pulau Layang-layang yang diduki oleh Malaysia pun bole dikira jatuh dibawah prinsip ini. Kes Pulai Sipadan & Ligitan pun bole jatuh dibawah prinsip ini namun bukannya dibawah preskripsi kerana dibawah preskripsi Ketuanan tidak menjadi isu cuma tidak boleh paksa keluar mereka yang sudah lama “ceroboh” kedalam setelah buat tak tahu sekian lama.

Annexation – melalui perang yang kalah hilang wilayah.

Cessation – wilayah yang diperolehi melalui anugerah, pemberian.
Anonymous said…
Pajakan - A memilik dusun durian dan membenarkan B mengambil alih hak itu melalui penyewaan/pajakan. Disini A tetap Tuannya atas dasar penyerahan dusun itu kepada B adalah dibawah pajakan/sewa. Dalam tempoh pajakan itu, B bole menghalang A dari menggangu menceroboh dusun durian itu kecuali jika B telah melanggar rukun/ syarat perjanjian yang membolehkan perjanjian ditamatkan. Setiap perjanjian ada terma tersirat yang membolehkan ianya ditamatkan selalunya bila ada ingkar pada terma perjanjian. Pajakan seperti ini atau konsesi dengan pihak luar ini lumrah diMalaysia seperti contoh Perjanjian air dimana Singapura diberi hak untuk mengurus kawasan air tadahan yang membekalkan air ke Singapura untuk suatu tempoh dan bayaran seperti dipersetujui. Pulau Pisang(bukan Pulau Batu Putih-silap) dibawah kategori ini.
Anonymous said…
Jangan percaya sangat Singapore ni. Akan guna taktik yahudi . mereka amat laparkan tanah.
Anonymous said…
Itulah pentingnya untuk tahu undang2 antarabangsa bila berurusan dengan Negara-Negara lain. Jangan pakai sign. Dapatkan dulu nasihat dari yang berpengetahuan sebelum keputusan dibuat. Bila dah sign walaupun berat sebelah nak kata apa lagi. Bodoh diri sendirilah. Itulah yang berlaku waktu nenek moyang kita.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.