Cerita Dua Tahun Dulu: Siapa Yang Kirim Syiling 50 Sen Kepada Lanun Sulu Jamalul Kiram...?


Ingat tak lagi satu peristiwa yang cukup menggemparkan, seorang budak kecik yang bermain-main di depan rumah kepala lanun sulu, jamalul kiram di beri syiling 50 sen malaysia? peristiwa itu berlaku kira-kira 2 tahun lepas sewaktu insiden lahad datu tengah panas...

Ini lanjutan cerita pasal syiling 50 sen itu...

"..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013"

Kisah ni gempar jugak.. kita gempar di Malaysia ni.. korang tak fikir Kiram. Terkencing ketakutan sampai minta bantuan Polis Filipina untuk guard rumah dia. Mana pergi 10,000 askar dia aku pun tak tau. Banyak blog tulis kisah ni tapi so far takde yang detail. Jadi MMP dapatkan sendiri ceritanya dari tuan punya badan. Maka dapat lah saya korek cerita ni. Nama di rahsiakan ofcoz tapi beliau perkenalkan diri sebagai Sam.. aduih aku kenal lagi sorang Sam yang suka tinggal2 kan tanda kat kem tentera orang ni.. orang yang sama ke.

Apapun ini kisah nye. Jangan percaya atau terlalu serius ini masih hanya kisah lagenda yang bakal terpahat lama dalam sejarah ketenteraan kita.

Pada awal tahun 2013 Malaysia dikejutkn dengan siri pencerobohan bersenjata yg mengejutkan di negeri sabah oleh tentera sulu atau lebih layak digelar penceroboh bersenjata. Pendek cerita ops daulat pun dilancarkan. Sepanjang tempoh ops daulat banyak kejadian dan siri serangan dan serang balas berlaku.. Begitu juga provokasi yang dilakukan oleh pihak penceroboh agar dapat melemahkan semangat anggota keselamatan kita. Dan dalam banyak2 siri provokasi yg dilancarkan ada 1 yg menarik perhatian agensi keselamatan kita yg sekali gus merentap semangat kepahlawanan mereka.

Masihkah anda ingat sultan sulu menggembar gemburkan cerita bahawa mereka mampu menawan sabah dlm masa hanya 2jam?!! setelah beberapa jam kenyataan itu dikeluarkan maka seorang anggota komando GGK yg berpangkat **** bernama Sam telah dipanggil oleh seorang pegawai tinggi polis di lokasi yang dirahsiakan. 

Satu soalan sahaja yg ditanya " hah komando apa cerita?"..soalan ringkas tersebut dijawab dengan ringkas oleh abg sam "dato bagi sy 30 minit saja biar saya bersiap ".. pegawai tinggi polis tersebut hanya memberi cabaran ringkas " hah apa tunggu lagi, jalan..."

Tanpa memakai uniform dengan senjata, sekeping papan dan tiga keping duit 50 sen beliau menuju ke lokasi kiram dengan sebuah bot, beliau kemudian berenang ke pantai. Tiba di pantai Sam bersiap2. Beliau tidak bersuara, beliau membuat mental note kedudukan beliau berpandukan ingatan sahaja. Sam kemudian mencuri pakaian di sebuah rumah dan menuju ke rumah kiram.

Setelah mengenakan pakaian dia terus menuju ke rumah sultan sulu dengan berlagak seperti orang tempatan, dia mahir dengan tagalog dan dialek sulu . Setiba nya ke lokasi beliau membuat pemantauan, beliau tandakan kedudukan pengawal, berapa kekuatan, dan mula merangka2 jalan untuk menyusup masuk. Beliau rancang laluan masuk dan kontinjensi jika di kesan, laluan melarikan diri, dan juga orang2 tertentu yang beliau boleh hubungi jika keadaan menjadi tak terkawal. 

Kemudian pada masa yang beliau sendiri tetapkan beliau berjalan ke rumah tersebut. Rumah tersebut tidak dikawal rapi, ramai orang keluar masuk melalui berberapa titi2 kayu. Setelah sampai depan rumah sultan sulu Sam memanggil seorang budak lelaki dan mengupah budak tersebut sebanyak 50sen utk menyerahkan duit tersebut kepada sultan sulu, sebaliknya duit tersebut diserahkn kepada pengawal sultan .. pengawal tersebut yang tidak memahami menyeerahkan duit syiling tersebut kepada sultan sulu..

Dengan sekelip mata gempar la manila dengan kejadian tersebut.. sultan sulu pun kecut telur dan minta jaminan keselamatan dari kerajaan Philippine.. bayangkan duit 50sen mampu menggetarkan telur para2 pahlawan sulu.. 

Benar atau tidak kisah ni saya pun tak tau.

Sumber: MMP

Comments

Anonymous said…
Yg aku tau dr risik,komando tu namanya bukan Sam tp Najib a.k.a pahlawan bugis yg bg duit 2.6sen billion
Anonymous said…
Pasal duit 2.6 billion lah buat pembangkang gila meroyan sampai ke parlimen....hebat tak pahlawan bugis bernama najib.
Anonymous said…
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!!!!
Anonymous said…
Dapat dosa lagi..NAJIB yg untung dapat bekal percuma dari manusia yg duduk di negara ini..menikmati segala kemudahan yg Kerajaan NAJIB sediakan tapi masih KUFUR NIKMAT.
Unknown said…
Salah tu. Komando tu Bernama Anwar bin Ibrahim. Sekarang tengah bertapa di Sg Buloh utk mendalami ilmu tahap tertinggi kencing macai.
Anonymous said…
Apa la hang ni, jangan lah macam tu.
assaad said…
Anom 20 Nov 2015. Anda keterlaluan. Anda tidak menghormati Perdana Menteri Anda. Anda tidak tahu asal usul masalah sebenar. Tetapi anda membabi buta dan berburuk sangka kepada orang yang memimpin Negara Anda. Fikir-fikirkanlah...

Saat Jais.
https://saatjais.wordpress.com
Anonymous said…
aku pulak dapat cerita lain.
mengikut yg empunya cerita, tanpa perawi sah -
pengganas sulu keluarkan duit syiling 50 sen Malaysia palsu utk kumpul dana tawan Sabah dan bebaskan kote Ketum (kote saje ..) dari penjara.
Anonymous said…
Risikan pundek pak hang!
Anonymous said…
apasal lah bangang sangat kau ni, ckp macam org keluar dari lubang taik, bodoh tak boleh ajar
Anonymous said…
Dak aih..tu anak nuar berahim bagi siap tangkap gambo lagi
Anonymous said…
Ha..ha..baik punya..!!
Anonymous said…
Anon 20 Nov tu dah mereng kot.....
KZSO said…
menurut sumber, kes 20 sen ini benar, sepertimana komando kita menyusup ke pejabat tentera singapura tempoh hari.
Anonymous said…
Kes pencerobohan Lahad Datu terjawab sudah... Siapa Perancang sebenar..
jiwaluva said…
kalau betul pon kisah 50sen ni apa salahnya kann, baguslah. Tapi selalunya
Org kita ni suka sembang lebih. Itu yg menambahkan kemusykilan tu. ;-)

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.