Kapal Pengawal Pantai Cina Ceroboh Negara Kita, Sampai Bila Kita Nak Diam...???


Beting patinggi ali (loconia shoals) terletak kira-kira 84 batu nautika (155.6 kilometer) dari perairan miri sarawak...

Ia adalah diantara salah satu daripada kawasan yang tercantik di dunia serta kaya dengan minyak dan gas asli yang ada di negara kita...

Kawasan itu kini telah di cerobohi oleh kapal pengawal pantai negara cina, (china coast guard)...

Pada bulan mei lepas, kita di kejutkan dengan pencerobohan kapal pengawal pantai cina ke kawasan itu, bukan setakat mereka ceroboh perairan negara kita, malah mereka menghalau nelayan-nelayan kita yang menangkap ikan di kawasan itu...

Kejadian ini di sahkan oleh pengerusi persatuan nelayan kawasan miri, jamali basri...



Insiden pencerobohan itu di sahkan sendiri oleh menteri di jabatan perdana menteri, shahidan kasim, apa bila dia sendiri pergi melawat kawasan itu pada bulan jun lepas dan nampak kapal pengawal pantai cina ada di situ...



Soalnya sekarang, kenapa bergitu mudah kapal pengawal pantai cina menceroboh kawasan perairan negara kita, sudahlah mereka ceroboh, kemudian mereka halau pulak nelayan-nelayan tempatan yang mencari rezeki di kawasan itu...

Perbuatan pihak cina seolah-olah tidak menghormati negara kita sebagai sebuah negara berdaulat...

Berita mengenai pencerobohan kapal pengawal pantai cina bukan aku yakin bukan sekali berlaku, silap-silap kapal itu memang berkampung kat kawasan kita...

Aku tak pernah dengar lagi kerajaan kita hantar memo bantahan kepada kerajaan cina pasal kejadian pencerobohan itu, sampai bila kita nak berdiam diri...???

Jangan sampai kawasan beting patinggi ali jadi macam pulau batu putih, dek kerana kebebalan kita pulau itu terlepas ketangan negara asing...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.