Wabak Husam Sedang Melanda Kelantan...

Selepas banjir besar melanda Kelantan pada penghujung tahun 2014 yang telah memusnahkan banyak harta benda dan kemudahan awan, namun alhamdulillah tidak ada jiwa yang menjadi mangsa, nampaknya dipenghujung tahun 2015 ini Kelantan bakal ditimpa musibah lagi yang kesannya barangkali boleh menghanyutkan sebuah negeri.

Fenomena Husam yang mula bertiup di Kelantan sekarang telah bertukar menjadi wabak, hampir semua golongan dari semua peringkat masyarakat telah terkesan dengan wabak ini, bahkan ada yang sudah menggila kerananya. Saya meramalkan wabak ini sudah sukar dibendung, bahkan kesannya dibimbangi melebihi musibah banjir besar sehingga boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Wabak ini hanya boleh dikawal sedikit barangkali secara:

1. Sebagai Adun Salor, Kerajaan Kelantan hendaklah menyaman Husam kerana mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum atau telah menfitnah kerajaan yang Husam adalah sebahagian daripadanya, jika kerajaan gagal atau tidak berbuat sedemikian, maka segala apa yang dibangkit oleh Husam adalah betul, benar, tepat dan sahih.

2. Sebagai ahli Pas, partinya hendaklah memecat Husam kerana telah menimbulkan mudharat yang besar kepada parti, jika Pas tidak memecat Husam, maka Pas akan dituduh sebagai Parti yang tidak ada prinsip, tinggal di dalam pun kena marah, keluar pun kena sumpah, tapi hendak bertindak pecat tidak berani.

Namun jika tindakan ini dibuat, dibimbangi ianya boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain yang lebih ditakuti oleh pemimpin Pas Kelantan terutama Amanah akan menguasai persekitaran politik Kelantan .

Wabak ini akan menjadi semakin parah sekiranya Husam bertindak sehingga mengisytiharkan hilang keyakinan kepada Menteri Besar dan Exconya dengan kedudukan Pas yang menguasai majoriti Dewan sebanyak 32 kerusi, jika 10 daripada Adun Pas termasuk Husam membuat satu deklarasi tidak lagi menyokong Ahmad Yakob sebagai MB, kedudukan kerajaan kelantan akan goyah dan boleh tumbang kecuali 12 ADUN BN tolong tongkat.

Husam dan 9 ADUN lain boleh memilih kekal dalam Pas kerana mereka tahu Pas tidak akan memecat mereka kerana tindakan pecat akan menyebabkan adun Pas bebas daripada "BAIAH TAKLIK",  namun deklarasi mereka tidak menyokong Ust Ahmad Yakob sebagai MB sudah cukup untuk menyebabkan Kerajaan Pas  Kelantan hilang majoriti dalam DUN.

Jika ini berlaku, jumlah penguasaan kerusi DUN akan menjadi seperti berikut:


  • ADUN Pas yg sokong - 22
  • ADUN Pas berkecuali - 10
  • PKR                 - 1
  • UMNO/BN            - 12
  • Majoriti mudah       = 23

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID