Posts

Showing posts from 2016

Tun Razak Menatang PAS Bagi Minyak Yang Penuh, Akhirnya...

Image
Selepas peristiwa 13 mei 1969, tun abdul razak telah mempelawa pas menyertai gabungan parti-parti perikatan yang di beri nama barisan nasional, ada berberapa pemimpin pas di lantik menganggotai kabinet dan banyak juga pemimpin-pemimpin pas di berikan jawatan-jawatan penting dalam perhubunggan umno negeri dan biro-biro dalam umno pusat...
Gembiranya tun razak ketika itu kerana pas telah bergabung dengan umno, sehinggakan bendera pas di letakan di sebelah kanan bendera umno, malah di katakan, tiang untuk meletakan bendera pas tu sedikit lebih tinggi dari tiang bendera parti komponen lain seperti mca dan mic... 
Perbuatan meletakan tiang bendera pas sedikit lebih tinggi dari bendera parti komponen lain menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin mca dan mic, tapi tun razak mempertahan perbuatan itu dengan mengatakan "pas berasal dari perut umno, maka selayaknya lah bendera pas di tinggikan sedikit dari bendera parti-parti komponen lain" bergitu sayang dan bangganya all…

PAS Pernah Mengkhianati UMNO, Masih Nak Bersama Dengan PAS???

Image
UMNO khianat PAS ketika pernah bersatu dulu?
Benarkah terdapat unsur pengkhianatan oleh UMNO terhadap PAS? siapa yang khianat siapa?
Kepada budak-budak yang baru nak up, jadikan sejarah sebagai panduan kepada anda semua. Saya tahu ada menyokong PAS kerana "ditutupi" dengan imej keIslaman. Ada yang mahu melihat kesatuan antara UMNO dan PAS, baik kita baca balik sejarah dahulu...
Apa yang berlaku pada puluhan tahu yang lalu, ketika zaman Tun Hussien Onn bukanlah senang.

Tahukah anda bahawa ketika PAS dan UMNO bersatu dahulu, Dato’ Haji Mohamad Nasir dipilih untuk menerajui jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan UMNO tidak langsung mencampuri urusan tersebut. Namun, selepas beberapa ketika, Datuk Nasir dilucutkan jawatan.

UMNO telah mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Namun, siapa sangka yang peristiwa pemecatan Datuk Nasir telah menimbulkan darurat kepada Negeri Kelantan. Terdapat huru-hara berlaku di Kelantan dan rusuhan semakin parah. 
Tun Hussien Onn pada waktu i…

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Di Fitnah???

Image
Baru aku persan yang BERSATU dah lantik beberapa awek cun untuk memegang jawatan dalam sayap wanita mereka, kikikiki tertinggal bas betul la aku ni...
Apa pun aku nak ucapkan selamat la untuk korang semua akan menerima pelbagai cercaan dan fitnah termasuk fitnah skandal seks dan pelbagai lagi...
Segala gambar lama korang sebelum bertundung akan dikorek semula dari facebook, tagged, instagram, myspace, twitter dan pelbagai lagi...
Selamat datang ke dunia politik negara, terimalah apa jua fitnah keatas diri anda kerana itulah culture politik negara kita, tak boleh jawab dengan fakta, kita fitnah aje, janji menang...

Kesatuan Ulama Islam Terkejut Hadi Pergi Melawat Iran...

Image
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat.

“Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara berke…

UMNO Tetap Saingan PAS...

Image
Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit.
Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada.
“Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah.
“Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya di sini, semalam.

Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem ke…

Lihatlah Perangai PAS...

Image
Pening dan tak paham dengan perangai PAS ni...

Presiden nak bersatu dengan UMNO...

Timbalan presiden makin rapat dengan pakatan...

Apa nak jadi ni?

Apa wayang yang PAS nak main...?

Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah percaya pada PAS...

Korang semua lihatlah sendiri...


Apa Masaalah Hadi Duduk Sama Pentas Dengan Najib Di Himpunan Solidariti Rohingya?

Image
Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?.
Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam.
Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah. Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno.
Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH dudu…

Bubar PAS Kalau Berkawan Dengan UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man...

Image
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno.

“Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi?
“Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily.Bekas Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian berikutan desas desus wujud usaha agar kedua-dua musuh tradisi itu bergabung selepas PAS dipinggir Pakatan Harapan.
Sebaliknya, bekas ADUN Jengka itu menegaskan PAS akan terus menentang parti pemerintah itu dalam setiap pilihan raya.
“Sekarang ini PAS masih kekal bahawa kita lawan Umno seperti mana di Kelantan yang mana hampir 80 hingga 90 peratus kerusi PAS kita lawan dengan Umno.
“Realitinya kami bertanding melawan Umno pada setiap kali pilihan raya dan PAS tidak lawan MCA, MIC tetapi yang PAS lawan adalah Umno…

Bukan Orang Melayu Terhutang Budi Pada UMNO, Tetapi UMNO Yang Terhutang Budi Pada Orang Melayu...

Image
"Sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada UMNO." -YB Datuk Ayub Rahmat
Ini baru ada kelas! Bukan ayat-ayat membodek yang membuat orang rasa jelek.
"Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan UMNO. UMNO yang terhutang budi dengan   orang Melayu. 
UMNO itu wujud kerana orang Melayu. UMNO berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu. 
Dan jangan sesekali kita lupa, UMNO tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.
Jadi, sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada UMNO. Malah sudah tiba masanya untuk UMNO berhenti mengenang-ngenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu.
Tetapi, telah tiba masanya UMNO yang berterima kasih dengan sokongan orang melayu selama ini. UMNO tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali.
Kerana itu UMNO Johor percaya, sudah sampai masanya, UMNO tampil m…

PRU 14, Kerajaan Disaran Guna Sistem Biometrik SEGERA...

Image
Cerita pasal pengundi hantu ni aku jelak dah nak mendengarnya, sejak dari prk lunas tahun 2000 dulu, sampai la sekarang ni tak habis-habis cerita pasal pengundi hantu...
Dipihak pembangkang, menuduh bn bawa masuk pengundi hantu...
Dipihak bn pulak, tuduh pembangkang gunakan warga china untuk menjadi pengundi hantu...
Tapi apa penyelesaian pon tadak...
Sudahnya bodoh gitu la kita dengar cerita pasal pengundi hantu...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah dua kali mencadangkan supaya di gunakan sistem biometrik, sekali pada tahun 2009 dan sekali lagi pada tahun 2011...
Tetapi cadangan itu seolah-olah di pandang sepi oleh kerajaan, kenapa?
Kalau kita baca balik saranan spr itu, cukup clear, isu pengundi hantu ini tidak akan timbul lagi, pasal pada pandangan aku, sistem itu cukup tepat.
Jika dulu kita mengundi, just tunjuk ic kemudian pendaftar akan bagi kertas undi, dengan adanya sistem biometrik ini, selagi cap jempol ko tak sama seperti yang ada dalam sistem, jangan harap la kau dapat…

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 3 Akhir

Image
Kita dah lihat dlm Bhg 1 artikel latarbelakang negara Burma (kini Myanmar) yg tidak aman dari pergolakan dalaman dgn wujudnya pelbagai pasukan gerila yg melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut kemerdekaan wilayah masing-masing. Parti Komunis Burma dgn 15,000 anggota merupakan yg terbesar dan lain-lain pertubuhan spt Karen State Army, Shan State Army dan Mon juga mempunyai ribuan pejuang. Konflik antara etnik pula melibatkan Rohingya dan Rakhine di Arakan.
Bhg ke-2 kita telah melihat sejarah asal usul Rohingya ini. Mmg sebahagian kecil mereka berasal dari Arakan itu sendiri ttp raja-raja Islam Arakan telah membawa masuk org2 Bengal bekerja disana. British juga mambawa masuk ramai buruh2 ladang dari Bengal sehingga keseimbangan demografi terjejas dan mendapat bantahan org2 Rakhine Buddha.
Apabila datangnya Jepun pada Perang Dunia 2, org2 Rohingya ini dibekalkan dgn senjata oleh British tapi peluang ini digunakan utk menyerang kampung2 Rakhine sehingga mencetuskan perang saud…

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 2

Image
Kecelaruan identiti bangsa Rohingya, antara penduduk asli (Islam) Arakan dan pendatang Bangladesh. Satu tinjauan dari abad ke 16 hingga 21 juga melibatkan dendam antara etnik Rohingya dan Rakhine.
Asal – usul bangsa Rohingya
Mereka adalah penduduk asal (Muslim) di utara Arakan (Rakhine State menurut wilayah pemerintahan Myanmar) yang bersempadan dengan Bangladesh. Pada tahun 1799, seorang bangsa Scott, Francis Buchanan Hamilton yang menulis tentang “Burmese Empire” mengatakan terdapat tiga dialek utama yang dituturkan di Burma, salah satu darinya adalah Rooinga iaitu bahasa penduduk asli Arakan. Rohingya berasal dari nama “Rohang” atau “Rohan” sebutan yang digunakan di Bengal, iaitu nama yang digunakan bagi merujuk kepada penduduk Arakan semasa abad ke-9 dan ke-10. Bentuk muka bumi Arakan yang dipisahkan dari bahagian lain Burma oleh banjaran gunung menjadikannya lebih rapat kepada kerajaan Bengal di utara, dari segi sejarah dan budaya.
Ada juga sumber mengatakan asal keturunan Rohing…

Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 1

Image
Baru-baru ni dah banyak balik status fb yang simpati dengan pembantaian etnik minoriti Rohigya di Myanmar. Sebelum kita pergi jauh nak komited ambik pelarian Rohigya ini, mari kita baca-baca sikit apa sebenarnya masalah Myanmar ni.
Semenjak Burma merdeka, telah banyak puak-puak disana menuntut kemerdekaan utk wilayah masing2. Korang jgn cakap dorg ni bengong pulak. Negara Myanmar tu besar, mcm2 etnik ada. Kita kat semenanjung ni brp byk raja ada...ahh mcm tu jugaklah dorg. Masing2 nak tadbir wilayah sendiri. 
Etnik2 ini adalah Kachin, Kayah, Kayin, Rakhine dan Shan.
Gambar2 yg aku up ni bukan askar Myanmar tau. Tapi pemberontak. Korg tengok kelengkapan mereka mcm mana askar Myanmar tak tension. Dorg ni byk duit hasil sokongan luar, kutipan cukai dan lain2 aktiviti haram. Jgn ingat pemberontak kt sana x cukup mkn dgn pakaian compang-camping.
Sebagai contoh pasukan pemberontak yg pernah wujud, Communist Party of Burma (1939 - 1981) pernah mempunyai 15,000 anggota bersenjata. Shan State…

7 Parlimen Dan 20 Dun Menjadi Sasaran PAN Dalam Pru Akan Datang...

Image
PAN telah menyenaraikan kawasan sasaran mereka untuk bertanding pada pru akan datang...
Dilihat pada kawasan-kawasan itu, terutama di kawasan dewan undangan negeri, nampak macam PAN tak ada masaalah untuk dapat separuh dari kerusi yang disasarkan, itu pun kalau perlawanan 1by1 ler, kalau 2,3,4 penjuru, PAN memang ruyub...
Nampaknya 3 orang exco daripada PAS kena berkeja keras la sikit untuk pertahankan kerusi dun mereka, iskandar samad, cempaka, zaidy abd talib, taman templer dan ahmad yunus, sijangkang.

MCA Akan Jadi Parti Untuk Pelbagai Kaum...

Image
MCA mengorak langkah dengan membuka pintunya kepada ahli bukan Cina, dengan cadangan pindaan kepada perlembagaan parti bagi membolehkannya menjadi realiti.
Sayap pemuda MCA akan membentangkan usul ada pada perhimpunan agung bulan depan untuk meminda perlembagaan parti.
Pengerusi Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata draf usul sedang disediakan untuk diluluskan oleh jawatankuasa pusat.
Cadangan ini untuk mengakui ahli gabungan dan organisasi dalam tempoh peralihan sebelum kemasukan penuh ahli bukan Cina.
“Jadi mari kita mulakan dengan itu,” katanya kepada akhbar The Star.
Pemuda MCA membuka cadangan idea ahli gabungan bukan Cina pada Julai.
Sebulan kemudian, Chong berkata satu pasukan petugas ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan parti dan “perkara lain yang perlu dibincangkan secara terperinci.”
Cadangan membuka keahlian MCA timbul beberapa kali sejak beberapa dekad lalu.
Pada 1993, parti itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Cina, termasuk mereka yang tidak mempunyai na…

BN Berpotensi Merampas Kembali Negeri Selangor...

Image
BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menurut firma kajian Politweet.
Menurut simulasi PRU14 oleh firma kajian itu, BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.
Keputusan tersebut diperolehi daripada 1,000 simulasi yang dijalankan oleh Politweet setelah mengandaikan pertandingan satu lawan satu antara parti pemerintah dan BN di Selangor, sentimen pengundi yang tidak berubah dan peratusan keluar mengundi yang sama seperti PRU13.
Laporan itu turut menekankan PAS mungkin menjadi pihak yang paling banyak rugi kerana berisiko hilang lapan DUN.
PAS kini menguasai 13 DUN di negeri berkenaan setelah dua daripada wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai Parti A…

PERHATIAN KEPADA PENYOKONG PASUKAN SELANGOR...

Image
Kepada fans SELANGOR yang tak dapat masuk stadium tu jangan susah hati, ulat tiket masih banyak lagi berkeliaran di luar stadium, cuma harga je la keras sikit, pandai2 la korang deal rege... 
Selangor dalam MISI mengejar Piala Malaysia buat kali ke 34, bio la orang kata piala kampung ker, liga kampung ker, janji, ko hader...? sampai khiamat pon takakan ada team dalam malaysia + singapura yang boleh chelen menang piala malaysia SEBANYAK 33 kali... 
Apa pun layan lagu ni dolu. SELANGOR SAMPAI MATI.

Mampukah Geng Baju Merah Menarik Minat Pengundi Untuk Mengundi BN?

Image
Di mana ada baju kuning, di situ akan ada baju merah... (kuning, merah adalah warna selangor kehhh)...
Ok... soalnya? adakah tindakan jamal md yunos, yang juga ketua umno bahagian sungai besar itu mampu menarik minat pengundi untuk memberikan undi mereka kepada barisan nasional...???
Bolehkah tindakan jamal dan geng baju merahnya merampas balik negeri selangor...???
Kalau ada yang kata, 'ya apa yang jamal buat itu mampu memberi undi kepada bn" aku jawab, bagus teruskan lah, no problem...
Geng baju merah cukup marah dengan bersih (geng baju kuning) kerana pada hemat mereka, geng baju kuning cuba menghasut rakyat bencikan kerajaan (bn).

Dah nama pun pembangkang, mestilah dia benci dengan kerajaan, kan?
Tindakan geng baju kuning (bersih) bermula sekitar tahun 2007, mereka turun ke jalanraya dengan kekuatan 10-30 ribu peserta, apa yang mereka dapat setelah berlakunya demo itu? pada pru12, bn hilang 5 negeri dan kerusi parlimen bn menyusut dari 198 kerusi pada pru11 ke 140 kerusi…

VIDEO: Lawyer "Middle Finger" Kena Sekolah Dengan Pegawai Jabatan Perhutanan...

Image
Aku ingat dia nie hebat sangat, semua perlembagaan, akta dan undang-undang dia khatam, rupanya dia nie pon benak jugak macam aziz bari rupanya...
Sudahnya malu sendiri, bila mana pegawai jabatan perhutanan sekolahkan dia...
Betul la pesan orang tua-tua, dalam hutan ni jangan dibuat main, hutan ada rule nya, hutan ada penjaganya, kan dah malu sendiri...
Ko suruh viralkan video tu, so aku viralkan...

Berapa Majoriti Yang Menteri-Menteri Kabinet Kita Dapat Pada PRU Lepas...?

Image
Kita ada 35 orang menteri, tolak 2 orang senator jadi 33, dalam 33 orang menteri tu, ada 4 orang menteri yang pada pilihanraya lepas dapat majoriti bawah 1000 undi dan menteri yang dapat majoriti bawah 3000 pulak ada 7 orang...
So kepada pak-pak menteri tu, jangan dok seoronok sangat yer...
Kerusi kamu belum tentu selamat...
HITAM = Atas 3000
BIRU = Bawah 3000
MERAH = Bawah 1000

Sumber: Laman Web SPR...






PAS Perak Setuju Gabung Dengan Bersatu Untuk Tumbangkan BN...

Image
Pas Perak bersetuju bergabung dengan parti Bersatu bagi menumbangkan BN pada PRU akan datang.
Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, gabungan itu adalah bersyarat iaitu perlulah menghormati prinsip dan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam dari semua segi termasuk kepimpinan.
Menurutnya, Pas tidak akan tunduk terhadap kehendak mana-mana pihak yang mengetepikan prinsip perjuangan hanya untuk memenangi PRU.
“Pendirian itu adalah ketegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang mahu bergabung perlulah melakukan perubahan untuk menegakkan Islam.
“Pas tetap memperjuangkan Islam dan gabungan itu perlulah menghormati prinsip perjuangan parti masing-masing. Kalah itu perkara biasa tetapi kami setia kepada perjuangan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa bukan mudah untuk menumbangkan sebuah parti kerajaan seperti BN yang terdiri daripada gabungan 14 parti yang saling menyokong antara s…

Ali Hamsa Dah Bagi Green Light, Kalau Nampak Penjawat Awam Hidup Mewah, Report SPRM...

Image
Ketua setiausaha negera, ali hamsa dah bagi green light kepada rakyat untuk melaporkan kepada pihak sprm sekiranya terdapat mana-mana kakitangan kerajaan yang dilihat hidup mewah...
"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah tu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat,"  katanya...
Tapi bagai mana pula dengan pegawai-pegawai menteri yang hidup mewah bak jutawan kosmetik?
Mereka berkerja di kementerian, tapi mereka bukan dilantik memalui suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) mereka adalah lantikan politik tapi menggunakan grade seperti penjawat awam...
Apa pun terima kasih kepada ali hamsa kerana dah bagi green light kepada rakyat...
Jangan terkejut kalau lepas ni ramai yang kedalam...

Tidak Patut Nazri Kata Bergitu Kepada Jamal Yunos...

Image
Pada aku la, apa yang dibuat oleh jamal yunos semata-mata mahu membantu umno...
Macam ali tinju la, dia pernah kata "kalau dia mati siapa nak jaga najib dan rosmah"
Bergitu jugalah halnya dengan jamal, kalau umno sendiri perlekehkan usaha dia, siapa lagi yang boleh diharap...? pemuda? wanita? puteri?
Jamal buat semua tu untuk megembalikan sokongan orang melayu kepada umno...
Salah ke jamal buat macam tu?
Tak salah pada aku...
Jamal cuba megembalikan kegemilangan umno seperti waktu almarhum datuk harun idris...
Jamal cuba megembalikan cara umno seperti dizaman almarhum datuk onn jaafar...
Janganlah kata, apa yang jamal buat bukan mewakili umno...
Cara jamal berjuang itulah cara umno...
Cuma jamal silap, dia tak pakai baju berlogokan umno...
Sepatutnya jamal mengikut cara dan style datuk aziz sheikh fadzil sewaktu menghantar memorandum bantahan kepada SUQIU di dewan perhimpunan cina selangor sekitar tahun 2000-2001 dulu, dia datang lengkap berbaju melayu putih, bersampin mera…

SPRM Jangan Hanya Tumpu Penjawat Awam Sahaja, Ahli Politik Juga Perlu Di BERSIHKAN...

Image
Setinggi-tinggi ucapan tahniah aku ucapkan kepada pihak sprm kerana menumpaskan penyangak rasuah...
Inilah kes terbesar dalam malaysia dalam sejarah penubuhan bpr hingga ke sprm...
Tahniah sekali lagi...
Tidak dinafikan, ada penjawat awam yang kaki songlap duit projek ini dan banyak juga yang berkerja secara jujur dan amanah...
Tetapi harapan aku kepada sprm, jangan lah hanya di tumpukan kepada penjawat awam sahaja, sprm kena selidiki siapa dalang di sebalik berlakunya rasuah itu...
Kalau tiada backup yang kuat di belakang perasuah itu, aku yakin dia sendiri tak berani nak buat...
Cuba siasat taukei-taukei besar juga...
Cuba siasat juga ahli-ahli politik...
Pada aku kalau sprm betul-betul nak bersihkan rasuah di malaysia ni, bersihkan sehingga ke akar umbi...
Ahli politik perlu di siasat, kes-kes dulu yang melibatkan ahli politik perlu di sungkit semula oleh sprm...
Kemewahan ahli politik yang baru sepenggal dua menjadi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri boleh juga dijadika…

WOII Geng, Ada Orang Sakit Otak Kata Bumi Ini Leper...

Image
Aku ingatkan dalam filem "god must be crazy" yang mana seorang "bushman" dalam filem tu pergi mencari hujung bumi untuk buang botol coke yang jatuh dari langit...
Rupanya ada makhluk yang bergelar profesor dan doktor pon terpengaruh juga dengan filem tu...
Adehh... la, apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni...
Hebat sungguh pengaruh filem hollywood nie, sampaikan ada prof dan doktor pon kata planet bumi ini leper macam tikar mengkuang...
Bingai...bingai...

Annuar Musa Kata Selangor Mungkin Milik BN - Kahhhkahhhkahhh...

Image
Tergelak bila aku baca kenyataan ketua penerangan umno malaysia dalam web astro awani, kenyataan annuar musa berbunyi "kelantan, selangor mungkin milik bn pada pru 14", 10 sept 2016...
Adoii la, aku tak mau komen pasal kelantan, pasal aku tak tau apa jadi kat sana, yang aku nak komen kat sini pasal selangor...
Apa penanda aras yang annuar musa bergitu kofident bn kembali memerintah negeri selangor?
Pada aku, peluang terbaik untuk bn kembali merampas kembali selangor adalah pada pru lepas, kenapa aku cakap macam tu? nanti aku berikan dalil-dalilnya...
Jangka waktu dari tahun 2010- 2013 (pilihanraya) adalah waktu-waktu emas umno/bn selangor untuk kembali merampas negeri ini...
Ketika itu najib menjadi panglima perang bn di selangor, gerak kerja bn dan umno pada aku cukup cantik dan tersusun, pelbagai program yang di anjurkan oleh bn/umno, malah banyak juga program-program pusat di adakan di selangor...
MEDIA...
Ketika berdepan dengan pru 13, media arus perdana banyak membantu…