Isu Bauksit: Lawan Rakyat Lawan - Tengku Puan Pahang...

Fight people fight, (Lawan rakyat lawan). Demikian coretan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di dalam laman sosial Instagram milik baginda, @tengku_puan_pahang hari ini merujuk kepada isu perlombongan bauksit di negeri ini.

Selain membuat coretan itu, Tunku Azizah Aminah Maimunah turut memuat naik keratan laporan Utusan Malaysia semalam bertajuk ‘Bauksit: Kabinet arah berhenti sementara.’

Walaupun mahu tindakan tegas diambil bagi menangani isu bauksit, Tengku Puan Pahang bertitah, tidak wajar kerajaan disalahkan sepenuhnya.

“Memang sudah berlebihan. Jangan salahkan kerajaan sahaja. Salahkan juga pengusaha yang haram, salahkan juga tuan punya tanah.

“Kita semua salah di sini,’’ titahnya yang mengulas laporan muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini bertajuk ‘Hentikan Terus lombong Bauksit’ yang turut dimuat naik di dalam Instagram milik baginda.

Sedih dengan masalah bauksit yang ditanggung rakyat, Tengku Azizah Aminah Maimunah menyatakan, industri mineral itu membuatkan rakyat berasa tidak selesa

Selain itu, baginda juga memuat naik beberapa lagi keratan akhbar berhubung pencemaran bauksit.

“Berbuih sudah mulut saya ‘pok pek’. Saya ada rumah di Pantai Balok dan pantai di hadapan rumah saya juga merah.

“Pernah juga pelabuhan (Kuantan) membuang asid-asid ke dalam laut dan saya terpaksa henti cari kerang di pantai,’’ titah baginda.

Sumber: UtusanOnline

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID