Pertahankan Setiap Inci Tanahair, Sejarah Ringkas Pulau Layang-Layang (Stesen Lima)


Gugusan Semarang Peninjau (GSP) terletak 162 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu, Sabah.Ia juga terletak di dalam lingkungan 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Kerajaan telah mengisytiharkan terumbu ini terletak di dalam ZEE Malaysia pada 20 September 1979 selaras dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat pada 13 Julai 1979 yang memutuskan supaya kedaulatan Malaysia ke atas kawasan terumbu-terumbu berkenaan dibuktikan dengan pembinaan tugu sebagai tanda penempatan.

Tugu pertama Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980. Ia disusuli dengan penempatan anggota PASKAL TLDM pada bulan Mei 7 Mei 1982 dengan keadaan yang cukup mencabar.


Survivaliti tim PASKAL seramai 18 orang pada ketika itu menunjukkan kesanggupan mereka menggadai nyawa dan meletakkan keberanian demi mengawasi kedaulatan Negara walaupun keadaan ketika itu terlalu daif dan serba kekurangan.

Selain pulau ini, trup PASKAL turut ditempatkan di Terumbu Ubi (Stesen Uniform) pada April 1986, Terumbu Mantanani (Stesen Mike) pada November 1986, Terumbu Siput (Stesen Sierra) pada April 99 dan Terumbu Peninjau (Stesen Papa) pada April 1999. Kesemua stesen ini dikenali sebagai Stesen Luar Pantai di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2).




Dari awal pendudukan PASKAL seawal 1983 di Pulau Layang-Layang telah banyak perubahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hingga menjadikannya sebuah pulau peranginan, yang mana terdapat Resort untuk peginapan pelancong, landasan kapal terbang dan lain-lain kemudahan.

Kredit
- Pusmas TLDM
- Kepten Ahmad Ramli Kardi (Juruiring DYMM Sultan Selangor)


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.