ADUN Turun Padang Cari Langsuir.... Hebat Beb.


Seperti yang dilaporkan dalam sinar harian,

Muhammad Yusoff berkata, tinjauan itu untuk melihat sendiri lokasi yang didakwa penduduk bahawa mereka melihat kelibat langsuir.

“Alhamdulillah setakat tinjauan yang dilakukan, langsuir tersebut tidak muncul.

“Pada saya, perkara ini mungkin benar atau tidak, namun harapan saya agar ianya tidak sampai ke tahap menyebabkan ianya menjadi sesuatu yang khurafat,” katanya.

Katanya, hasil tinjauan mendapati, ada kawasan yang gelap dan tidak diterangi lampu jalan.

“Kita akan usahakan supaya kawasan ini iaitu di kawasan loji di Taman Desa Murni Fasa 1 ini diterangi lampu jalan.

“Bagi kawasan lain dan ada kawasan yang mana berhampiran sungai, kita dapati kawasan ini semak dan gelap, untuk itu kita sarankan supaya kawasan ini segera dibersihkan” katanya. SUMBER

Perghhh... hebat adun sungai dua ni, selain turun padang mencari dan membantu orang susah, dia juga turun padang mencari langsuir yang dikatakan sering menggangu penduduk yang lalu di kawasan itu...

Tapi biasalah, langsuir atau apa juga jenis hantu dan jembalang, kalau kita cari memang takan jumpa, lebih-lebih lagi kalau bawak satu platun kengkawan siap dengan wartawan bagai, lagi la dia tak muncul...

Tak pe #kipidap yb teruskan mencari...

Comments

Anonymous said…
dah takda kerja la tu.
Anonymous said…
Sapa? Ko?
Anonymous said…
Ada cara nak tengok benda ghaib ni... Caranya ialah cecah jari telunjuk dalam air longkang lepas tu sapu pada kedua belah kening mata.. Berani cubalah...
Anonymous said…
Sikalang hantu pun ADUN sudah mau kena turun padang carilah. Manyak berani ini Adun tapi betullah macam ini Admin ada cakap, kalau datang ramai2 apa hantu pun tak berani mau kasi tunjuk dirilah. Mau mampus ka. Nanti kena kasi masuk dalam itu botol kicaplah. Kipas udang punya lambang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.