MALINNOV Syarikat Anak Tempatan Bangunkan Senjata Api...


DSA2016 kali ini mengenengahkan satu produk buatan Malaysia.

MALINNOV (Malaysian Innovation) Adalah syarikat tempatan yang mengusahakan sendiri senjata ringan berupa pistol semi automatik.

Kami memandang sendiri produknya dan ia sangat impresif.

Bertanyakan kalangan jurutera mereka,penghasilan pistol ini melibatkan research and development selama 4 tahun dengan hampir 10 prototaip yang diuji secara ekstrim dan ekstensif setiap satunya.

Mereka membangunkan setiap alat kerja,laras dan komponen sendiri, dan melalui banyak trial and error serta memperbaiki setiap rekabentuk prototaip yang mereka bina. 

Asas senjata mereka Adalah dari sidearm jenis Glock dan Baretta dan mereka membangunkan sidearm dengan klasifikasi M1P ini secara reverse engineering.


Berpangkalan di Technology Park, Bangi Malinnov mempunyai masa depan yang sangat baik dalam mengeluarkan sidearm buatan tempatan untuk pasaran domestik terutamanya mensasarkan pengunaannya pada pengiring orang kenamaan dan agensi keselamatan dalam negeri.

Kami di MMP menantikan jemputan pihak Malinnov untuk demonstrasi penembakan dan memandang sendiri kemampuan perkilangan mereka. Hebat karya anak tempatan kita ini.

Selain sidearm, Malinnov juga dalam proses membangunkan sendiri amunisi untuk mortar dan pelancar grenad. SUMBER.


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID