Siasat CEO 1MDB - Zahid Hamidi...

Bertindak atas saranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi disiasat.

Menurut Zahid, PAC menyarankan Shahrol dipertanggungjawabkan keatas kelemahan dan kekangan yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad.

“Penelitian harus dibuat keatas syor yang dibuat jawatankuasa (PAC), termasuk badan penguatkuasaan yang perlu lakukan siasatan terhadap mantan CEO yg telah menguruskan badan ini.

“Tentunya jawatankuasa ini telah meneliti terdapat beberapa urusniaga yang dijalankan tak berdasarkan kepada daya urusniaga (viability) sesuatu projek itu.

“Disamping itu kita tahu tuduhan yang mengatakan ada tangan ghaib yang memperolehi faedah atau lakukan pengarahan sesuatu transaksi urusniaga laporan PAC jelas menyatakan sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Timbalan Perdana Menteri menggesa semua pihak supaya menerima laporan PAC keatas 1MDB yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini sebagai laporan rasmi, terutamanya wakil rakyat pemerintah dan pembangkang.

Beliau berharap isu ini tidak akan dipolitikkan lagi. Ketika ditanya samada beliau pernah membincangkan laporan 1MDB ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Zahid menjawab tidak.

“Dalam perkara ni kita hendaklah serahkan kepada pihak berkuasa lakukan siasatan agar perkara yang disyorkan oleh PAC dapat diteliti,” katanya. SUMBER

Comments

Anonymous said…
undilah umno utk kesejahteraan agama, bangsa dan negara........

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.