Bagi Mengurangkan Kos Operasi, 30 Ribu Pekerja Bakal Di Berhentikan Julai Ini...

Gambar Hiasan.

30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan dianggarkan bakal berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata situasi ini akan berlaku sekiranya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini terus dilaksanakan.

“Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.

“Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan “retrenchment” sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran penguatkuasaan PGM 2016 dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

“Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan “voluntary retrenchment,” katanya.

Beliau yang khuatir dengan situasi ini menggesa kerajaan supaya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

“Sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

“Justeru, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini,” katanya. SUMBER

Comments

Anonymous said…
KUCAR KACIR HABIH DOH,HMARIN OREY KUAT MEF KATO PARA MAJIKAN PERLUKAN 1.5 JUTA PEKERJA.ARI PULOK KATO NOK BUANG 30,000 PEKERJA.KECEK GUANO KLUK KLEK2.
Anonymous said…
senang jadi majikan, rasa tak mampu bayar gaji buang je staff, sy pernah bagi kata dua pada staff saya dulu, sekarang ekonomi down, kontrak susah nak dapat, kamu semua nak saya berhentikan dan di ganti dengan pekerja indon atau bangla atau saya potong gaji kamu 30 peratus, meeting punya meeting sesama mereka, last mereka kata "tak apa boss, boss potong la gaji kami 30 peratus tu, janji kami masih ada kerja dan ada gaji dari pada mengangur lagi teruk" saya kat ok, effektif lepas raya, untuk cover cost sya terpaksa jual ML320 dan E280 sy dulu, tak apa la boss pakai landrover defender buruk dulu, apa pun saya masih lagi boss dan pemilik syarikat tu.
Unknown said…
Betul tu... Najib apa tau masalah majikan, kan? Saya sendiri dah berhentikan SEPARUH dari pekerja saya sebab sale merudum semenjak GST. Memang nak simpan pekerja sebab sayang..sebab semua budak local. Tapi apa nak buat...saya sendiri pun bajet tak lepas nak bayar kos utiliti. Hari2 dok melengung ja... Ini jibby pandai2 janji nak naikkan gaji plak! Vavi tul!!
Anonymous said…
walau apa pun, kita mesti pastikan umno dan bn sentiasa bertakhta.....hidup umno, hidup melayu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID