FAM Yang Pekak Badak...


Kata setiausaha agung fam: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’, didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.

“Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sepatutnya FAM menyiasat siapa individu yang terlibat dalam ketirisan dalam badan induk itu, bukan mengambil tindakan terhadap whistleblower, mungkin orang yang mendedahkan itu telah berkali-kali melaporkan kepada pengurusan fam tetapi tidak dilayan, maka jalan yang paling mudah ialah mencari seorang yang berani untuk buat pendedahan...

Lagi satu, kenapa fam serahkan pen drive itu kepada kementerian belia dan sokan? kenapa tidak terus dibuat laporan polis atau sprm...?

Comments

Anonymous said…
Samalah mcm kes 1MDB, yang menyalur maklumat ditangkap dan dipenjara. Yang membuat onar lepas bebas. A Malaysian typical type!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID