Najib desak aktivis media sosial pro BN jadi ‘nasionalis’


PERDANA Menteri Najib Razak kini menggunakan segala yang ada untuk mengukuhkan kedudukan pada pilihan raya umum depan dengan mengumpulkan sokongan aktivis media sosial Barisan Nasional (BN).

Dalam blognya hari ini, Najib berkata BN sudah terlalu lama berada pada “defensive mode” dan kini tiba “masa untuk menyerang”.

“Kita mesti tangkas dalam respons kita dan tidak terperangkap, seperti berlaku pada hari mengundi dalam PRU13 di mana pembangkang menyebarkan berita palsu mengenai kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, kononnya kita mewujudkan keadaan ‘blackout’ di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.”

Najib berkata pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip saja iaitu “Jika anda tidak boleh yakinkan mereka, maka kelirukan mereka”.

Pengerusi BN dan presiden Umno itu berkata beliau yakin aktivis media sosial akan terus memainkan peranan mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

Bagaimanapun, beliau menggariskan tiga perkara yang “nasionalis” itu perlu lakukan bagi memastikan kemenangan BN.

“Pertama, saya menyeru kepada semua untuk mengelakkan pertelagahan sesama sendiri.

“Kedua, kita mesti memperluaskan lagi rangkaian alam maya kita. Kita perlu tentukan kandungan dan mesej kita kepada rakyat dan berkongsi maklumat sesama kita agar ia dapat disebarkan dengan lebih meluas dan lebih berkesan lagi.

“Ketiga dan yang terakhir, amanat saya kepada semua adalah kita perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum dulu,” katanya dalam kiriman terkini di blognya.

Perdana menteri bertemu dengan beberapa aktivis media sosial yang pro BN ketika pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

JR Plus ialah platform untuk mendekati pengundi bersama Umno dan jentera pilihan raya BN yang lain ketika PRU14.

Pada PRU13, BN tidak mendapat undi popular, kali pertama dalam sejarah apabila mereka hanya memenangi 47.4% jumlah keseluruhan undi. Bagaimanapun, gabungan itu terus membentuk kerajaan kerana berjaya mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Jumlah itu kurang tujuh kerusi berbanding PRU12 ketika ia kalah majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat pada 2008. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.