ANTARA B40, M40 DAN UB40 YANG MANA AKAN TENTANG BN...?


Sebelum aku lanjutkan tulisan ini, bio aku terangkan pada korang apa itu Golongan B40, M40 dan UB40...

Karang taklah korang tercangak2 tak paham apa yang 40 tu, maklumlah orang melayu ni bukan suka sangat membaca, depa baca tajuk jer kemudian kupas cerita macam lah dah baca artikel tu sampai habis...

Baik apa itu golongan B40?

Kumpulan B40 berpendapatan isi rumah bulanan maksimum RM3,855

Golongan M40 pula? 

Kumpulan M40 berpendapatan isi rumah bulanan RM3,860 sehingga RM8,319.

Baik dalam dua golongan ini yang mana paling banyak menentang kerajaan?

Pada pandangan aku yang banyak menentang kerajaan ialah golongan M40, kenapa? golongan ini lah yang sebenarnya mendapat sedikit bantuan dari kerajaan dan banyak membantu kerajaan.

Betul atas kertas nampak macam mereka ni kaya, gaji besar, tetapi mereka ini sebenarnya yang terhimpit dengan masaalah kewangan terutama yang duduk di bandar-bandar besar.

Apa bantuan yang kerajaan berikan kepada golongan M40 ini? sejujurnya aku sendiri tak tahu apa bentuk bantuan yang diberikan kepada mereka, selain dari skim my deposit dan my home dari KPKT, itu pun belum tentu lagi bank boleh luluskan permohonan pinjaman perumah mereka, untuk bantuan lain? tak perlulah aku huraikan panjang lebar, aku yakin yang membaca ni semua kebanyakkan dari golongan M40 dan korang lebih mengetahui apa bentuk bantuan yang korang terima dari kerajaan kan? jangan menipu diri sendiri sudah...

Kerajaan lebih menumpukan kepada golongan B40, betul macam-macam bantuan yang golongan B40 dapat, rumah PPR, bantuan penjagaan anak, amanah ikhtiar, 1 azam dan macam-macam lagi. betul kita perlu bantu orang susah dan berpendapatan rendah tetapi jangan lah pinggirkan mereka yang berpendapatan sederhana, golongan M40 antara yang teramai di malaysia.

Kerajaan perlu lihat juga apa keperluan golongan M40 ini, perbanyak dan pelbagaikan skim bantuan kepada mereka.

Cukuplah buat masa ni, kalau aku tulis panjang-panjang pon, nanti ada lak sundel2 yang kata ni nak membangkag je la ni...

Baik apa pula UB40 tu?

UB40 tu group muzik dari birmingham england yang bawak lagu reggae, diaorang ni kerajaan tak yang bantu, depa ni dah kaya raya...

so kalau sape hati panas dengan tulisan aku ni, korang layan la Kingston Town dari UB40.

Kalau ada komen-komen seperti "kepala bapak kau" KBK atau KimK aku blok... serius

MK IV

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

Anonymous said...

Ada juga M40 yang tidak pandai mengukur baju di badan sendiri. Terlebih berbelanja, tidak cekap menguruskan perbelanjaan bulanan, berbelanja perkara yang tidak perlu dan sebagainya. Setiap orang perlu muhasabah diri apabila ianya berkaitan perbelanjaan keluarga atau individu. Jangan disalahkan orang lain apabila mahu memandu kereta honda, tetapi tidak mampu menabung pada setiap bulan. Wallahu'alam

Surrhead said...

Mantap.....mmg M40 perlu diberi perhatian.....