Posts

Showing posts from September, 2019

PH Boleh Singkir Mahathir Kerana Menipu...

Image
"Janji pengerusi Bersatu itu mahu menyelamatkan negara semasa kempen pilihan raya sebagai satu penipuan" Syed Husin Ali, bukan nama kecil dalam politik Malaysia... Berdekad lamanya dia bermain politik... Sebagai politikus yang dah season, gerak laku Mahathir sudah ada dalam koceknya... Mungkin selama ini ahli PKR tak nampak apa yang dia nampak... Mungkin selama ini dia ada menegur pemimpin PKR akan kelakuan Mahathir yang konon nak buat come back... Tapi dek kerana kedudukan dan pangkat, mereka tolak pandangan dari politician tua itu... Lama sebelum berlakunya PRU 14, dia menyarankan agar PKR menolak kerjasama dengan Mahathir.. Aku pernah terbaca beberapa tulisannya, dia mengatakan, perjuangan keADILan, kini PKR untuk menjatuhkan Mahathir, tetapi kini PKR sanjung Mahathir... Malah dalam tulisannya yang lain, dia kata, apa gunanya Reform yang di perjuangkan dulu, bilamana kita mengangkat orang yang menentang Reform kembali berkuasa.. ...

Bila IGP Nak Kutip 6 JANANAM Ini...?

Image
Mahkamah Koroner telah memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah. Enam jahanam yang dimaksudkan adalah Tommy Thomas (Peguam Negara), YB. V. Ganabatirau (Exco DAP Selangor), M. Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia), P. Waytha Moorthy (Menteri Perpaduan), Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli). Mereka adalah enam orang yang menjahanamkan perpaduan kaum.  Mereka berlaku khianat atas jawatan yang disandang. Rusuhan berlaku kerana ada di antara mereka yang menyimbah minyak ke api yang sedang membara. Sebaliknya, sebagai seorang Peguam Negara, Menteri atau Exco Negeri, mereka sepatutnya memadam api perkauman dan menjulang keharmonian antara kaum yang menjadi tunjang utama masyarakat Malaysia.  Jawatan yang di amanahkan sewajarnya digunakan sebaik-baiknya untuk mendukung perlembagaan dan menghormati perasaan kaum lain. Apa yang berlaku menunju...

Tiada Dana, Kerajaan Melaka "KUTIP" Hiasan Deepavali Milik Singapura...

Image
Sebuah NGO di Melaka mempersoalkan kenapa kerajaan negeri Melaka menggunakan hiasan Deepavali milik kerajaan Singapura sebagai hiasan di jalan-jalan besar sekitar bandar itu.. Menurut jurucakap Melaka Consumer and Environment Association, mereka rasa terhina dengan tindakan kerajaan negeri yang menggunakan bahan terbuang yang diambil dari negara lain untuk di gunakan di bandar itu... Tambahnya, sepatutnya kerajaan Melaka menggunakan idea sendiri untuk mencipta hiasan, bukan mengambil bahan terbuang dari negara jiran... Menurut seorang penggunjung "little india" yang hanya mahu dikenali sebagai Nathan, dia berasa kesal dengan tindakan kerajaan Melaka yang menggunakan bahan terbuang milik negara lain, kata beliau, perkara ini tidak pernah berlaku dahulu... Menggunakan bahan terbuang sebagai dekorasi perayaan Agung agama Hindu merupakan satu penghinaan kepada masyarakat India. Jawapan yang diberikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Da...

Kenyataan IGP, Tak Tahu Nak Gelak Atau Nak Nangis...

Image
Pepatah orang tua ada menyebut.. "Bodoh tak boleh diajar" "Cerdik tak boleh diikut" Inilah yang berlaku diatas kematian Pegawai Bomba Muhammad Adib... Kata Ketua Polis Negara yang bijak laksana, "Polis akan buru pihak sebabkan kematian Adib"... Apa yang kau nak buru? Masa pembunuh tu ada dalam tangan, kau lepaskan dengan jaminan polis dan bon, konon mengharapkan mereka akan hadir ke mahkaah secara sukarela bila perbicaraan di mulakan... Huhh... kirim salam la yeop...

Keputusan Inkues Adib, Pemimpin PH Tutup Mulut...

Image
KEPUTUSAN koroner bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia akibat perbuatan jenayah adalah adil, kata PAS dan Umno.  “Kami berpuas hati dengan kesimpulan dan keputusan itu adil kerana koroner mengambil kira semua pandangan,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS  Ahmad Fadhli Shaari yang ditemui pada himpunan di luar kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini. Sebelum ini, siasatan kes kematian Adib menimbulkan kontroversi apabila, ahli parlimen Kangar dari PH mengugut seorang jururawat dikenali sebagai Cik Miera yang merawat Adib di IJN akan menarik semula posting yang di buat didalam facebook mengenai laporan yang di buat oleh Doktor Ahmad Hafizam kononnya kecederaan Adib disebabkan dilanggar pintu EMRS bukan disebabkan pukulan... Sehingga kini, masih belum pasti, mengapa dan kenapa, ahli parlimen Kangar itu berminat untuk masuk campur atas kes kematian Adib...

Hikayat Jho Low @ Jason Bourne

Image
Cerita pasal Jho Low ni dah polak aku nak dengar, dari zaman BN perintah, sampilah PH perintah, cerita pasal Jho Low ni sama je.. Cina gemuk digambarkan macam Jason Bourne, cukup liat nak kena tangkap... PH kata dia bersembunyi di sebuah negara.. Ada pemimpin PH kata di negara China.. Tetapi Duta Besar China menafikan Jho Low berlindung di negara dia... Pada 14 May 2018 , Mahathir kata kerajaan dah dapat kesan dan tahu di mana Jho Low berada... Dan di sambut pula oleh Daim, Daim turut megakui kerajaan tahu dimana Jho Low berada... Tetiba, selang sebulan, dalam satu sidang media pada 6 Julai 2018 , Mahathir (Kerajaan) kata dia tak tahu dimana Jho Low. Pulakk.. Padahal 14 May 2018 dia kata dia tahu... Dan tetiba lagi, pada 30 Okt 2018 , kerajaan umumkan yang kerajaan dah tahu dimana Jho Low berada... selang 2 bulan lepas Mahathir kata dia tak tahu dimana Jho Low, tetiba pulak kerajaan tahu.. Selepas pada pengumuman tu senyap sekejap...

Bersatu Johor Tolak Salahuddin Ayub..

Image
Setakat malam tadi, masih belum jelas siapa pengarah pilihanraya kecil Tanjung Piai, tetapi nama yang disebut-sebut oleh Mahathir adalah Timbalan Presiden Amanah dan juga Pengarah Pilihanraya PH Johor, Salahuddin Ayub. Menurut sumber yang baru dapat malam tadi, kepimpinan akar umbi Bersatu Johor dan bahagian Tanjung Piai menolak pelantikan Salahuddin sebagai pengarah PRK tersebut. Mereka berpendapat, Salahuddin bukanlah orang yang layak untuk menjadi pengarah bagi PRK itu, memandangkan dia sendiri tak tahu "culture" orang Johor, kemenangan dia di parlimen Pulai adalah hasil sokongan pengundi DAP terhadap dia, undi melayu dia tak dapat. "Benar, rumah Salahuddin di kampung serkat, famili dia pun duduk disana, tapi hujung minggu je dia balik situ, jumpa orang, itu pun sebab ada jeti nelayan kat kampung dia, pasal dia Menteri Pertanian, kalau la dia jadi Menteri lain, aku rasa dia balik duduk rumah je la". "Bersatu Johor bukan tak ada pemimpin ...

Ditembak Kerana Pertahan Maruah Rasulullah SAW..??

Image
Innalillahiwainnailaihirojiun... Jenazah Allahyarham Sheikh Muhammad Khairil yang meninggal dunia setelah ditembak oleh anggota Polis kerana mengamuk di kilang BBraun semalam, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Bayan Baru petang tadi.  Dikatakan punca Allahyarham mengamuk kerana dua rakan sekerja Allahyarham telah menghina Rasulullah SAW. Moga Allah kurniakan Syurga Firdaus pada Arwah. Al-Fatihah... Sumber: https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/2498226063748197/ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=694322051079771&id=100015059463653

Ahli Ramai, Mesyuarat Tak Cukup Korum...

Image
Setiausaha Agung Amanah, mengakui sejumlah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di beberapa kawasan dan sayap dibatalkan berikutan tidak cukup korum... Beliau mengesahkan laporan sebuah portal mengenai status sebahagian kawasan dan sayap parti yang terjejas... Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara dan sebanyak 81 yang terbatal membabitkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu. Kalau kita imbas semula, sembang Mat Sabu, persiden PAN sebelum ini yang menyatakan, berbondong-bondong ahli PAS dan UMNO menyertai parti itu, nyatalah dia hanya bercakap kosong dan syok sendiri...  "kata ahli ramai, tapi mesyuarat pun tak cukup korum, apa cerita?"  BEKAS ahli PAS Kelantan antara mereka yang paling ramai ‘lompat parti’ menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan purata 2,000 ahli sebulan. Data terba...

VIDEO: ANWAR Dedah Siapa Yang Nak Sebat Tanah Kampung Baru

Image
Siapa yang gila sangat nak SEBAT tanah Kampung Baru? Anwar dah cerita benda ni lama dulu...