Ahli Ramai, Mesyuarat Tak Cukup Korum...


Setiausaha Agung Amanah, mengakui sejumlah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu di beberapa kawasan dan sayap dibatalkan berikutan tidak cukup korum...

Beliau mengesahkan laporan sebuah portal mengenai status sebahagian kawasan dan sayap parti yang terjejas...

Sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita AMANAH dibatalkan di seluruh negara dan sebanyak 81 yang terbatal membabitkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.

Kalau kita imbas semula, sembang Mat Sabu, persiden PAN sebelum ini yang menyatakan, berbondong-bondong ahli PAS dan UMNO menyertai parti itu, nyatalah dia hanya bercakap kosong dan syok sendiri... 

"kata ahli ramai, tapi mesyuarat pun tak cukup korum, apa cerita?" 

BEKAS ahli PAS Kelantan antara mereka yang paling ramai ‘lompat parti’ menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan purata 2,000 ahli sebulan.

Data terbaharu itu didedahkan ketika Konvensyen AMANAH Selangor, hari ini yang mencatatkan Kelantan merekrut ahli baharu berdaftar paling ramai menyertai parti itu.

“Angka itu menjadikan keahlian keseluruhan AMANAH mencecah 100,000 ahli walaupun baharu tiga tahun parti ditubuhkan,” katanya. Harian Metro 18 Nov 2018 

Presiden Amanah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata keanggotaan parti itu kini sudah mencecah angka 100,000 ahli dan terus meningkat.

"Ramai mahu menyertai Amanah termasuk ahli parti politik lain... kalau ahli biasa kami akan terus terima tetapi kalau pemimpin parti, kita perlu berbincang dahulu sebelum menerima keanggotaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Guar Petai sini hari ini. Astro Awani 16 Jun 2018

Parti Amanah Negara (AMANAH) semakin diterima baik oleh rakyat dengan mencatat peningkatan bilangan ahli secara berterusan, terutama di Kelantan.

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata malah, parti itu menerima 5,000 keahlian dari Kelantan pada bulan lalu.

“Jumlah itu membabitkan 40 peratus ahli berasal daripada PAS, manakala bakinya pelbagai parti lain.

“AMANAH sedang berkembang begitu pesat di Kelantan. Sebelum pilihan raya umum (PRU), keahlian kita dianggarkan antara 80,000 hingga 90,000 tetapi kini jauh melepasi 100,000.

“Kita sedang memacu dan keahlian bertambah, selain dasar kekal dengan Islam serta bersifat inklusif, walaupun baru berusia tiga tahun,” katanya. Berita Harian 20 Jan 2019


Comments

tokwancha said…
Rasa nak gelak berguling-guling macam depa buat demo dulu.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID