SEGALA YANG KU BUAT DEMI ANAKKU


Aku mula mengikuti perkembangan politik si boboi ni sejak dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno dulu, kalau korang masih ingat selepas PRU13 dulu, berlaku pertembungan diantara Khiry Jamaluddin, Khir Toyo dan Boboi bagi merebut jawatan itu.

Sepatutnya, pertembungan itu hanya berlaku diantara KJ dan Khir Toyo, tapi last minit, boboy pun nak jugak bertanding, maka jadilah perang tiga penjuru.

Maka boboi dan Khir Toyo pun tewas.

Sepanjang aku mengikuti kempen boboi masa dia nak bertanding jawatan ketua pemuda Umno tu, aku lihat dia tak ada idealisma dia sendiri, kemana arah pemuda Umno yang dia nak bawa sekiranya dia dipilih menjadi ketua pemuda Umno kelak, tidak jelas. 

Dalam siri-siri kempen dia aku boleh katakan macam ni, satu minit memperkenalkan diri, bermula dari minit kedua hinggalah habis kempen, dia akan bercerita pasal bapak dia, dia langsung tak cakap apa perjuangan dia, kemana arah dia nak bawa pemuda, apa misi dan visi dia, langsung tak di sebut. senang cerita, si boboi ni hanya jual nama bapak dia untuk raih sokongan.

Begitu juga sewaktu dia nak bertanding jawatan naib presiden Umno, sama juga peelnya, last minit hantar nama nak bertanding, cara kempen pun sama, aku ingat lagi masa aku pergi dengar dia kempen di sebuah resort berdekatan Putrajaya dulu, majlis tu dianjurkan oleh Umno Bahagian Puchong kalau tak silap, dari awal dia angkat microphone sampai la habis, dia dok bercerita pasal bapak dia, dah jadi macam sesi pengkisahan bapak dia la pulak.

Misi, visi dan halatuju yang nak dia bawa kalau dia menang jawatan naib presiden tu langsung dia tak bagi tau, bapaknya pun turut berkempen ketika itu, ye la sapa tak sayang akan kan?

Akhirnya boboi tewas lagi...

Maka itulah pemulaan penentangan atok terhadap Umno, pada pandangan atok, kekalahan boboi bertanding jawatan-jawatan penting dalam Umno dilihat sebagai penolakan pemimpin Umno keatas diri dia, pulak..

Dan kini, kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.

Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka atok pun buat perangai lagi.

Itu je yang sebenarnya, kenapa atok meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.

Perjuang atok hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau atok kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa dia jadi pm ari tu, rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni dia dianugerakhan projek berbillion-billion, kalau dia kata dia berjuang nak lawan rasuah, dia lah sebenarnya bapak segala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH dia arahkan AG untuk buang kes, kemudian dia buat-buat terkejut.


Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.