KERAJAAN KEKAL PERTAHAN KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK ISLAM...


Pagi tadi, sebelum mesyuarat kabinet bermula, saya bersama Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Setiausaha Agung UMNO) telah mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri bagi menzahirkan pandangan dan pendirian akar umbi UMNO terhadap isu kalimah Allah.


Alhamdulillah, YAB PM menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan ketetapan dasar Kerajaan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutaan pada 2014. 


Pada masa yang sama, Kerajaan akan memperkemaskan isu-isu penguatkuasaan terhadap dasar penggunaan Kalimah Allah dan memutuskan untuk mempersembahkan cadangan-cadangan kepada Majlis Raja-Raja.


Ini bagi memastikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan akan terus terpelihara di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia.

Ahmad Zahid Hamidi

Sebelum ini pada 5 Mac 2014 Pendengaran permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kelulusan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang The Herald daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya; Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 23 Jun 2014 Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, menolak permohonan gereja itu untuk mendapatkan kelulusan merayu bagi penarikan balik larangan kerajaan tentang penggunaan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam edisi bahasa Malaysia The Herald.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, memutuskan bahawa 28 persoalan mengenai undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan persoalan umum yang dikemukakan gereja itu, tidak memenuhi syarat asas mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, untuk diberi kelulusan untuk merayu.

Katanya Mahkamah Rayuan secara betul menggunakan ujian objektif berhubung keputusan menteri berkenaan melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Arifin berpendapat Hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan gereja berkenaan untuk mencabar kesahan atau kuasa dari segi perlembagaan pelbagai enakmen negeri yang bertujuan mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID