TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk memberi pengampunan kepada mantan perdana menteri Najib Razak. Hanya setakat itu sahajalah yang termampu dibuat oleh UMNO, hanya boleh merayu dan minta simpati YDP Agong. Tapi itulah nasib Najib bin Razak, pembebasan dia tidak disukai oleh kawan dan lawan, hanya penyokong setia UMNO dan bossku sahaja yang masih megharap dan menanti Najib di bebas. Kenapa aku cakap pembebasan Najib tak di sukai oleh kawan dan lawan? 1. Siapa yang paling kuat memfitnah Najib kononnya cukai GST digunakan untuk membeli bag tangan Rosmah dan membayar hutang 1MDB?, sudah tentu menteri ekonomi kan? bayangkan kalau Najib keluar, kemudian Najib memberikan input-input yang baik bagaimana pengurusan ekonomi yang sepatutnya negara buat, berbanding formula-formula Rafizi yang ntah apa-apa tu, rakyat sudah boleh melihat bertapa bodohnya Rafizi yang selama ini han...